Tag Archives: air asia terbabas

Gambar Pesawat Air Asia Yang Terbabas di Kuching

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas dan terhempas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitau sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini. Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur. Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini. Empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat. “Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal. Hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. sumber: bernama

 

p/s:  nak tengok pemandangan dari kapal terbang di awan biru? Klik sini

Pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing Hilang? Klik sini http://wp.me/pT4Fs-1Tw

Nak tengok keadaan di dalam MH17? Klik sini – http://ayufatarina.com/kenangan-12-jam-bersama-mh17-malaysia-airlines

Pelawat menemui web ini melalui carian:

air asia terhempas,kapal terbang air asia terhempas,kapal terbang air asia,air asia terhempas di kuching,pesawat air asia terhempas,kapal air asia terhempas,airasia terhempas,pesawat air asia terhempas 2014,kapal terbang terhempas,kapal terbang air asia terhempas 2014,kapal airasia,pesawat terhempas,kapal terbang airasia terhempas di kuching,pramugari air asia,gambar Pesawat Air Asia,kapal terbang air asia hilang,gambar pesawat,pesawat air asia,kapal terbang airasia,kapal terbang air asia terhempas di kuching,kapal terbang terhempas hari ini,kapal terbang airasia terhempas,airasia terhempas di kuching,Kapal air asia,air asia terhempas 2014,pesawat airasia terhempas,airasia terhempas 2014,kapal airasia terhempas,kapal terbang terhempas di kuching,gambar pesawat air asia terbabas