Sihat Sebelum Sakit..

Assallammualaikum..

Dalam keadaan badan masih tak sihat ni, terasa sangat kebenaran Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara tu –

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Dah sakit ni, macam2 benda tak boleh nak buat, semuanya terbatas sebab keadaan diri yang tak berapa nak kuat & fokus.. Rumah memang dah seminggu tak berkemas, baju dah seminggu tak berlipat, banyak benda yang pending bila sakit ni.. Nak karang satu surat pun makan masa setengah jam sebab macam blank, kesan ubat2 ni semua.. huhu..

Ubat Radang Tekak Xepasone

 

Antibiotik masih ada 4 biji lagik utuk dihabiskan.. Ubat radang tekak & ubat2 lain saya dah tak makan sebab dah ok kan.. Cuma ubat batuk aje la yang saya masih makan.. batuk ni bukan berterusan.. Ia datang mengganas dalam sejam dua, batuk yang kaw2 punya sampai boleh bergegar badan, meja & air dalam tumbler, pastu kena berlari2 gajah ke toilet sebab rasa nak muntah yang amat sangat, pastu jenuh la muntah sampai rasa nak terkeluar bijik mata.. Haish, letihnya badan.. Malam pun camtu.. masa dah tertidur, tiba2 dalam pukul 12 camtu akan batuk2 teruk sampai la dalam pukul 1 @ 2 pagi.. So sekarang ni memang rasa letih sangat, nak MC pun tak sampai ati sebab dah 3 hari Mc (Isnin Selasa & Rabu) pastu tanggungjawab kat opis ni pun bukan main banyak menunggu.. Pasrah aje la, buat la apa saja yang mampu.. huhu.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan ya Allah.. Rabbi Yassir Wala Tuasir, Rabbi Tammin Bi Khair Ya Qareem.. Aminnnn

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

fungsi ubat xepasone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge