Salam semuaaaaa…..
Hari ni saya betul2 geram dengan seseorang..
Pagi-pagi lagi saya dah hangin dengan seorang nyonya di blok saya.
Kami sama-sama menunggu lif. Sebaik sahaja lif terbuka, dia terus berlari masuk dan menekan butang tutup bertubi2. Saya tersepit di celah pintu lif!! Saya tenung wajahnya, dan terus berkata “ Haiya, u tak nampak ka orang mau masuk. Tolonglah tekan butang open!!” Dia merengus sambil menjeling pada saya, dan terus menekan butang tutup bertubi-tubi. Kemarahan saya bertambah bila ada seorang wanita yang sarat mengandung juga tersepit di celah pintu lif. Saya terus menekan butang buka, sambil memandang wajahnya. Ketika itu, orang lain sudah mula masuk dan memenuhi lif. Menyedari semua orang memandangnya dengan “disgusted look”, si nyonya terus merengus2, menghentak2 kaki dan keluar dari lif dan naik lif di depan kami.
Aduh, lawak pula saya lihat kelakuannya. Kami semua di dalam lif itu tergelak melihatnya.. “What is wrong with her?”, kata seorang staff di dalam lif itu. “I don’t know, but there must be something wrong somewhere in her head”, jawab saya pula. Seorang abang pula menyampuk “Nak terberak kot”, disusuli dengan derai tawa dari kami semua.
Memang sudah banyak kali saya naik dengan nyonya ini. Dia akan merengus setiap kali lif berhenti di setiap tingkat, dan dia memang akan menekan butang tutup bertubi-tubi setiap kali ada orang yang keluar. Adatlah, naik lif, mesti ada orang berhenti di setiap tingkat, kan? Dia juga akan berasak-asak masuk ke lif sebaik sahaja lif behenti, tanpa memberi laluan kepada orang2 di dalam lif itu untuk keluar terlebih dahulu.. Ish, memang geram betul tengok kelakuan si nyonya ini..
Ops, saya terpaksa sambung selepas ini, ada tugasan menanti.. Kita sambung esok ya..
ala.. nyonya tue suke naik lif sorang2.. nak privacy.. senang nak buang angin…
ahaksss.. mungkin la Ima..
saya memang geram sangat, rasa nak sekeh dia laju2 jerrrrrr…. huhuhuhuhu
he..23x suruh je die naik ikut tangga..cusah la nie olang manyak penting liri sendili
itu la pasal.. dia hingat ni private lif ker nak naik sorang2.. cehhh!
kalau beranai tanya la… nyonya… lu apa pasat? selalu bikin hal dalam lif. u mau menopause ke?
Ahakss… agaknya la kot.. Masalahnya, setiap kali jumpa, camtuhlah perangai dia
Pelik2.. heheheh