Setiap hari Selamat Hari Raya???

Assallammualaikum,

Semenjak seminggu yang lalu, setiap hari adalah hari raya di rumah saya.. Setiap hari ada biskut2 dalam balang.. Setiap hari nak main bunga api.. Jiran2 pun dah tegur, kenapa setiap hari ada selamat hari raya kat umah saya???  Jawapannya adalahhhhhhhhhhhhhhh: – SEBAB SI IEMRAND TU DOK DENGAR LAGU SELAMAT HARI RAYA DARI UPIN & IPIN TU BERKALI2 DARI SIANG SAMPAI MALAM!!! huhuhuh…

Putri Asyiela, penyanyi & suara latar utk animasi Upin & Ipin

 

Punyalah minat sangat kat Upin & Ipin ni, anak saya tu tak jemu2 dengar lagu Selamat hari raya dari Upin Ipin tu dari waktu saya sampai ke umah, sampai ler time dia nak tido nanti.. Haish, siap dengan nyanyi2, sampai tahap hafal dialog dalam lagu tu lagik.. hehehe..

Mula2 sakit telinga jugak ler, tapi lama2 rasa seronok pun ada sebab rasa cam meriah pulak.. Itu la “keajaiban” lagu hari raya, hari2 biasa pun terasa meriah & seronok kan.. hehe

Nah, pada yang tengah gundah gulana tu, layan la lagu Selamat hari raya dari upin ipin ni 2-3x, mana tau boleh terubat stress anda tu 😉

www.youtube.com/watch?v=qS1dXaH0_f4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge