Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Assallammualaikum,

Apa khabar semua!! Wahhhhh, nampaknya semua bersemangat dengan azam sempena tahun baru ni yer..

Setiap tahun, kita pasti ada satu senarai panjang.. Ada yang tercapai, ada yang tidak.. Untuk yang berjaya mencapai semua cita2 dan azam pada tahun lepas, saya ucapkan Tahniah!  bagi yang masih bekerja keras merealisasikan cita2 dan azam anda, cuba lagi, jangan putus asa!

Urm, tak salah mempunyai azam dan cita, cuma saya ingin anda berfikir sejenak.. Antara semua azam dan cita2 yang ingin anda capai sempena tahun baru, ada tak cita2 dan azam untuk kehidupan di akhirat? Ada tak anda senaraikan – SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM atau PUASA SEBULAN PENUH DI BULAN RAMADAHAN?  Atau ISTIQAMAH BERSOLAT DHUHA DAN TAHAJUD?  Dan mungkin juga KHATAM AL-QURAN SEKURANG2NYA SEKALI DALAM SETAHUN?  Berazamkah anda untuk menjadi HAMBA ALLAH YANG SOLEH, ISTERI/SUAMI/ANAK YANG SOLEH? Pada yang mengangguk dan berkata, YA, ini antara azam saya tahun ini.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga Allah menyampaikan cita2 dan azam anda.. Pada yang “terlupa” atau “tertinggal”, jangan gusar, masih ada waktu.. Tanamkan niat untuk bersedia ke jalan Allah, kerana Allah Maha Mengetahui 🙂

Saudara/saudari,

Dalam mengejar dunia, ada kala kita alpa pada akhirat.. Kita nak carik duit banyak2, nak hidup senang di dunia, tapi kita lupa cari pahala untuk bekal di akhirat kelak.. Kita bina rumah besar2, tapi tak beramal untuk meluaskan liang lahad kita.. Kita sibuk buat itu, buat ini, sampai tertinggal solat.. Nauzubillah.. Semoga Allah memberikan kita petunjuk, taufik dan hidayahNya, dan tidak mengambil semula nur yang telah diberikan kepada kita..

Tahun ini, apa kata anda buat senarai besar bukan sahaja untuk dunia, malah untuk akhirat.. Print @ Tulis, dan lekatkan di tempat yang senang anda lihat.. Moga2 semua azam & cita2 kita diberkati dan diredhai Allah, dan moga Allah memudahkan segala pekerjaan dan urusan kita, di dunia dan di akhirat pada tahun ini.. Insya-Allah.. Aminnnnnnnnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge