Assallammualaikum wbt untuk semua pembaca2 budiman..
Jap ye, nak carik penyapu, vacuum, kain lap + mop
nak bersihkan blog ni jap pasal dah bersawang, dah lama tak jenguk.. heheheheheh
Pertamanya, saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semuaaaa pembaca2.. Moga2 Ramadhan kali ini membawa rahmat dan keredhaan Allah yang tidak putus2 untuk kita semua..
Bila tiba bulan Ramadhan, saya selalu teringat waktu kecil2 dulu.. Saya membesar di Kg Bukit China, Melaka.. Waktu itu saya dan emak tinggal bersama2 dengan nenek.. Setiap kali bulan Ramadhan, ada satu acara yang unik di Bukit China.
Di sana, pada waktu sahur, kami dikejutkan dengan alunan kompang + nyanyian dari anak2 muda + pakcik2 dari sekitar Bukit China dan Durian Daun.. Ia dinamakan “ketuk-ketuk”. Pakcik saya, Johari juga selalu menyertai kumpulan ini.. Mereka akan menyanyikan berbagai2 lagu, disertakan dengan paluan kompang, hinggalah tuan rumah bangun.. Hehe.. Biasanya, tuan rumah mengambil giliran juga menyediakan juadah sahur untuk mereka.. Aktiviti makan2 ini dinamakan “bol”.. Saya cukup seronok kalau dengar mereka datang, bukannya apa, rasa meriah pulak di waktu2 kedinginan subuh tu, ada orang main kompang untuk kejutkan kami bersahur.. huhu
Harapan saya, aktiviti ini diteruskan di kalangan generasi muda, kerana ia menyatukan kita semua bersama2, mengeratkan hubungan kejiranan + menambahkan perpaduan sesama kita..
Hingga jumpa lagi di artikel seterusnya, selamat berpuasa, jangan membazir di bulan yang mulia ini ya 😉