Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012!

Assallammualaikum..

Hari ni ribuan calon2 SPM 2012 akan memulakan perjuangan termasuk adik saya Nuriffah Syafiqa di Sek Men Keb Sungai Rambai, Melaka..

Saya doakan semua adik2 saya ni dapat menjawab dengan tenang & yakin… Inilah peringkat terakhir sepanjang tempoh persekolahan adik2 semua selama 10 tahun, bermula dari darjah 1 sampai la tingkatan 5! Moga Allah mudahkan adik2 semua memahami & menjawab soalan dengan baik & tepat..

Teringat 15 tahun lalu sewaktu saya menduduki peperiksaan SPM(V) di Sekolah Menengah Vokasional Alor Gajah.. Malamnya memang rasa nervous sangat2.. Kecut2 perut saya dibuatnya.. Tapi saya ingat pesan mama & ayah, baca selawat banyak2, solat hajat & berdoa banyak2 agar Allah mudahkan sepanjang tempoh peperiksaan.. Alhamdulillah, saya mendapat kelulusan yang baik, pangkat 1, 15 Agregat.. Walaupun tersasar dari target, tapi saya tetap bersyukur kerana lulus semua subjek.. Kelulusan ini lah yang membolehkan saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang2 dan akhirnya membolehkan saya memegang gelaran peguam, dan kemudiannya jawatan sebagai Penasihat Undang2 sehingga sekarang..

Sedikit tips utk adik2 –

1) bagi yang tinggal dengan mak ayah, salam mereka & minta mereka doakan moga anda dipermudahkan untuk menjawab soalan..

2) melangkah keluar dari rumah dengan bacaan Bismillah & Al Insyirah, masuk dewan pun baca Bismillah & Surah Al Insyirah..

3) jangan terburu2 menjawab soalan, baca dengan teliti 2 @ 3 kali, dan mula menjawab soalan2 tersebut

4) tinggalkan soalan yang sukar, siapkan soalan2 yang mudah terlebih dahulu..

5) dapatkan makann, rehat & tidur yang cukup & jangan stress.. tak guna anda stress kerana sedia @ tidak, anda perlu menduduki peperiksaan SPM ini..

6) tawaqal dan berserah diri kepada Allah kerana anda telah buat yang terbaik..

 

GOOD LUCK & ALL THE BEST UTK SEMUA CALON SPM 2012! GAMBATTE KUDASAIIIIIIIIIIIIIIIIII!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge