Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assallammualaikum wbt

Esok Insya-Allah semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri..   Sejak Sabtu yang lalu, ramai yang dah pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.. Kami sekeluarga akan bertolak ke Perlis hari ini, Insya-Allah jam 2.00 petang.. Tak tau la macam mana keadaan jalanraya, tapi jem atau pun tidak, kena redah jugak sampai la tiba ke rumah mertua di Padang Besar.. Doakan kami selamat sampai ye..

Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya penulisan saya selama ini mengguris perasaan anda semua tanpa saya sedari.. Saya hanya insan bisa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. Maaf zahir & batin ye…!  Terima kasih kepada semua pembaca, bloggers dan pengomen tegar – Cik Jarimanis yang tak jemu2 memberi sokongan 🙂  Saya amat menghargai lawatan dan masa yang anda luangkan untuk membaca posting2 saya.. Saaaaayangggggggggg anda banyak2!!

Semoga anda semua selamat balik ke kampung dan selamat pulang semula ke ibu kota atau destinasi masing.. Ingat, pandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang!

Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

6 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

  1. Ayu Post author

    Yuhuuuuuuuu JM!!
    Saya cuti sampai ari Rabu, Khamis & Jumaat sibuk mengemas sebab dah last day dengan company.. huhu

    Tq JM singgah beraya kat sini, saayanggggggggggg JM!

  2. Ayu Post author

    selamat hari raya afif, maaf zahir & batin juga dari akak.. semoga sentiasa dalam lindungan & keberkatan Ilahi 🙂

  3. jarimanis

    Selamat hari raya Ayu…amsih bercuti ker..huhuhu..JM dah start kerja hari ni..opis sunyi sepi seperti di langgar garuda huhhu..tak boleh boleh panjang next week nak cuti lagi

    Hoyeee..nama JM di mention dalam blog nih..hehehe..terima kasih Ayu..Sayang awak jugak..JM ni kalau ada masa free mmg suka sgt blog walking kwn2 nyer entri..

  4. Ayu Post author

    Terima kasih En Khairul, selamat hari raya, maaf zahir & batin juga dari saya & keluarga 🙂

    p/s: nanti saya makankan puluit ayam utk En Khairul yek! hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge