Selamat Hari Jadi yang ke 84, Nenek ku sayang..

Assallammualaikum wbt..

September meraikan hari jadi dua orang dalam keluarga, hari ini hari jadi nenek yang amat saya sayangi, Puan Hajah Fatimah binti Manaf.. Syukur Alhamdulilah, hari ini harijadinya yang ke 84.. Subahannallah, dalam usia 84 tahun, nenek masih sihat & kuat, masih kuat ingatannya, masih cerah matanya membaca Al Quran dan masih berupaya menunaikan solat 5 waktu tepat pada waktunya..

Dalam usia 84 tahun, nenek masih berupaya bangun jam 5 setiap pagi, rutin hariannya sejak muda lagi, mandi & bersiap2 menunggu solat subuh..Usai solat, nenek berkebun sehingga matahari celik di awan biru .. peluh bagus utuk kesihatan kata beliau.. kemudian beliau mandi semula, bersiap2 untuk bersarapan, menonton berita dan mengemas2 rumah mengikut kemampuannya.. Syukur, nenek tak nyanyuk, nenek bersih, sangat bersih dan sentiasa wangi.. selagi boleh, nenek melakukan semuanya sendiri dan tak mahu menyusahkan orang lain.. Nenek paling gembira bila semua anak2, cucu2 dan cicit berkumpul.. Nenek ada 8 cicit termasuk anak saya, tapi anak saya yang palingg disayangi, mungkin kerana faktor saya juga cucu kesayangan.. Nenek tak perlu wang ringgit, beliau bekas guru, ada pencen sendiri tapi sukanya beliau bila kita balik menghulur beberapa ringgit pada beliau.. Waktu saya belajar dulu nenek tak pernah lokek menghulur wang pencen untuk menampung perbelanjaan seharia saya.. Jasa nenek saya kenang sampai mati..

Setiap kali balik, beliau selalu berpesan – “nenek dah kahwin 35 tahun dengan arwah datuk, cuma sekali nenek bergaduh.. itu pun sekejap aje.. bila bergaduh, jangan sesekali libatkan ahli keluarga atau mak bapak.. kalua tak suka, sentiasa bersikap terbuka, cakap dengan suami, jangan buat apa yang suami benci & sentiasa berkasih sayang.. sembahyang jangan lupa..”  Nasihatnya saya simpan dalam ingatan, dah naik hafal sebab itu la yang nenek akan pesan setiap kali saya balik..

Nenek kehilangan arwah datuk waktu saya berusia 9 tahun, 17/05/1989.. Mulai saat itu, saya menemankan nenek tidur sehinggalah saya berusia 13 tahun, mama ditugaskan ke Sg Rambai maka kami sekeluarga dengan berat hati meningalkan nenek.. Mujurlah Sg Rambai & Bukit China cuma sejauh 45 minit sahaja, maka berulang alik menemui nenek merupakan satu kemestian..

Kini walaupun berjumpa nenek sebulan sekali, saya pastikan menelefon nenek 2 kali sehari, kalau ada perkara2 besar yang melibatkan hal2 seperti interview, kerja, kewangan dan sebagainya, saya pastikan nenek berdoa untuk saya – “Nenek tolong doakan Ayu ye..” Dan nenek biasanya akan menjawab “Hari2 nenek doakan.. Nenek sayang Ayu tau..” Aduh, syahdunya kata2 nenek.. Dan sekarang saya minta nenek doakan saya mendapat anak perempuan pula.. moga termakbul doa nenek 🙂

Nenek, Ayu sayang Nenek dunia & akhirat.. Ayu banyak terhutang budi dengan Nenek.. Semoga Allah terus berikan Nenek kesihatan & kesempatan untuk berjumpa lagi dengan cicit2 nenek.. Love u always & forever, Nenek.. 

p/s Pada yang masih ada Atuk & Nenek, hargailah mereka.. Kita tak tau berapa lama lagi masa yang ada untuk kita bermanja dengan mereka.. Tiada yang tua, tiada yang muda 😉

 

Nenek di hari jadinya yang ke 84 tahun

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cerita lucah nenek,novel lucah nenek,Lucah Nenek,cerita lucah main dengan nenek,lucahnenek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge