SELAMAT BERPUASA!

Assallammualaikum..

Buat semua pembaca & pengikut setia blog ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada anda semua!!

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, kita lebih menginsafi diri, bertaubat & beramal soleh pada Allah..

Pada yang tergerak hati nak memakai tudung bulan Ramadhan nih, semoga anda masih bertudung selepas bulan Ramadhan..

Pada yang berhenti pakai baju seksi2, skirt pendek, baju sleeveless, baju jarang, semoga berkekalan la sampai bila2…

Pada yang bercadang nak berhenti jadik makcik kepoh bulan puasa nih, semoga Allah pelihara anda dari keaiban..

Pada yang berniat untuk bersedekah pada bulan puasa ni, semoga amalan itu berterusan setiap waktu…

Pada yang bertekad nak jaga solat 5 waktu, tak nak miss satu waktu pun, Alhamdulillah, semoga solat anda diterima Allah, dan anda tetap menjaga solat 5 waktu selepas berakhirnya bulan Ramadhan…

Pada yang nak buat solat sunat dhuha, tahajud, witir & hajat semasa Ramadhan, semoga ia kekal jadi amalan harian..

Saudara/saudari, maaflah kalau ayat di atas macam diulang2, pokok pangkalnya, saya ingin menyeru anda semua… Janganlah berbuat amal kebajikan pada bulan Ramadhan sahaja, sebab bulan Ramadhan bukan “MUSIM SEMENTARA UNTUK BUAT KEBAIKAN”.. Kebaikan, pahala dan keredhaan Allah harus dicari setiap hari, setiap saat, setiap ketika, bukan hanya bulan Ramadhan.. Jangan hanya menjaga aurat di bulan Ramahdan, tapi selepas itu, anda kembali membiarkan mata-mata liar ghairah menjilat aurat anda.. Jangan berhenti mengumpat di bulan Ramadhan, tapi lepas tu sibuk jaga tepi kain orang, tepi kain kita pun ada cariknya cik kak.. heheh.. Kemudian, janganlah bersedekah di bulan Ramadhan semata2 ingin menunjuk2, tak berkat pun tuan2/puan2…

Sebenarnya, memang bulan Ramadhan dibuat titik awal kepada perubahan, namun yang menyedihkan saya, perubahan itu hanya satu bulan sahaja, demi menghormati Ramadhan, selepas itu, semuanya kembali sedia kala..

Oleh itu, saya seru kepada anda semua, jika anda betul2 ingin berubah, menjadi orang mukmin yang sentiasa merindukan keredhaan, keberkatan dan syurga Allah, maka berubahlah secara menyeluruh, bertekadlah untuk berubah menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal soleh, sehingga akhir hayat, bukan pada bulan Ramadhan sahaja, ok!! πŸ™‚

Sekali lagi, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa, semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada kita semua, dan semoga rahmat dan keredhaanNya melimpah ruah untuk kita, hingga akhirat kelak..

Renung2kan, dan selamat beramal! πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge