Hadiah percutian untuk rakan affiliate?

Ya, memang benar, saya dalam proses menyiapkan e-book PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI.  Buku berharga RM23.00 ini bukan sahaja untuk lelaki-lelaki yang masih single, tapi juga untuk semua lelaki yang telah berpacaran dan berkahwin, dan untuk para wanita yang masih tercari-cari apa ciri-ciri lelaki idaman dan bagaimana menyemarakkan hubungan cinta anda.
Saya akan memberikan anda voucher percutian […]

Kedai Hadiah Online Untuk Lelaki & Wanita!

 
 
Assallammualaikum semua,
Saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengumumkan perasmian kedai hadiah online saya di sini – http://lovelypresents4u.blogspot.com/.  Blog ini berkonsepkan hadiah online.  Mottonya ialah – make your loved one smile today!
Di blog ini, saya menyediakan beberapa jenis hadiah yang pasti menjadi kesukaan dan pilihan para lelaki dan wanita.  Barang-barang ini dari kualiti yang bagus dan […]

3 lagi hadiah kesukaan perempuan..

 
Ok, saya akan reveal 3 lagi hadiah kesukaan perempuan
1)  Kotak barang kemas
Semua perempuan ada barang kemas, so kalau bagi hadiah kotak untuk simpan barang kemas nih (jewellery box), memang sangatlah bagus..   Kotak barang kemas ni ada macam2 jenis, plastik, kaca dan besi.. Saya syorkan anda cari yang bahagian dalamnya beralaskan baldu, agar barang kemas terjaga rapi […]

Apa 30 hadiah yang perempuan suka?

Pagi ini, ada orang membawa sejambak bunga ros merah, yang saya kira mungkin dalam 2 dozen.  Ingatkan untuk saya, rupa-rupanya untuk ahmoi di corporate dept.. hehehhehe.. perasan pulak!
Hmm.. seronoknya kalau dapat bunga.. Tapi bak kata Mariah, rakan sekerja dengan saya, bunga tak boleh dimakan!  Baik bagi kek @ coklat! Ada benarnya juga..
Wah, macam-macam sebenarnya yang […]

Satu Pemberian, Dua Nikmat

Assallammualaikum wbt, semoga perkongsian ini membawa aura positif dalam kehidupan anda semua, Insya Allah..
Saya berulang dari Kelana Jaya ke Ampang park setiap hari untuk pergi ke pejabat.. Memang kebiasannya, saya jarang dapat duduk dalam train, tapi pada hari Isnin yang lepas, Alhamdulillah dapat duduk..
Sampai di KL Sentral, masuk seorang makcik. Tindakan refleks, saya terus bagi […]

JM – Arigato gazaimasu!

Assallammualaikum…
Hari ni rasa happy & terharu sangat sebab dapat hadiah dari rakan blogger yang sangat dekat di hati – Cik JM!!
Alhamdulillah, walaupun tak pernah bersua, tapi ukhuwah yang dijalinkan di alam maya ni terasa sangat rapat & erat.. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya dapat souvenir dari JM, sebelum ni dah dapat fridge magnet, tapi […]

Kembara Amsterdam 11 – Natura Artist Magistra Zoo

Assallammualaikum semua
Dah makan tengahari ke?  Cuaca sekarang ni panas sungguh kan.. nak keluar makan pun malas.. jadiknya saya menulis la pasal lawatan ke Amsterdam lagik ye..
19.05.2013 merupakan harijadi anak saya yang ke 3.. So dah pakat2 dengan suami nak bawak dia gi Zoo.. Excited gak sebab 1st time nak tengok zoo di bahagian Europe kan.. […]

Isteri-Isteri Nabi Muhammad S.A.W

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam’ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

(Masya-Allah, tengok usia Saudah.. bukan anak dara ye kawan2.. )

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam’un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

UPSR 1992 & Appraisal 2012

Saya masih ingat ketika saya mengambil keputusan UPSR 20 tahun yang lalu.. Ye, DUA PULUH (20) tahun lalu, iaitu dalam tahun 1992 di Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka.. Pada tahun itu, kami cuma mengambil 4 subjek sahaja, English, Matematik & Bahasa Melayu..

Seperti yang dijangka semasa menanda kertas soalan bersama2 dengan Cikgu Deris (cikgu matematik yang sangat ler garangnya), saya mendapat B untuk matapelajaran matematik.. Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bukan kepalang masa tu, air mata ni macam air terjun, laju jer mengalirnya.. huhu.. rasa macam that’s it, its the end of the world for me, bodohnya aku tak boleh score Maths ni.. Macam2 perasaan ada masa tu, bercampur baur, malu dengan kawan2 pun ada.. Mujurlah mama kesayangan saya memberi sokongan moral, begitu juga dengan Ms Lim Siew Hong, guru Bahasa Inggeris yang amat saya sayangi.. seminggu jugak la saya rasa down sangat, apatah lagi bila kawan2 lain dah mula isi borang ke sekolah asrama penuh.. saya pun isi jugak borang asrama ke Sharifah Rodziah, Melaka, tapi macam tak yakin dapat la sebab result tak best kan.. huhu..

Cuti-cuti Malaysia – Zoo Melaka

Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi Zoo Kedua Terbesar Di Malaysia. Zoo yang terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau.