Assallammualaikum semua
Seperti yang telah diberitahu pada posting sebelum ini, saya dan keluarga mertua telah melawat Zoo Songkhla pada 03Februari, 2013.
Perjalanan bermula dari Padang Besar, Perlis.ย Sepanjang perjalanan menuju ke Songkhla, saya dapati negaranya lebih kurang Malaysia sahaja.. Cuaca pun sama, so kalau ada sesiapa nak ke Songkhla ni, tak payah ler nak poyo2 bawak kot bagai ye, cuaca sama je dik non! huhu..
Kami ke sana dengan van yang telah disewa bersama dengan pemandu cum tourist guide, iaitu Abang Man yang hensem (sorry, abang Man dah kahwin, anak 3 ye.. sekian, fullstop) hehe.. Kalau ada yang nak menggunakan khimat Abang Man untuk ke Hatyai, boleh tinggalkan komen di ruangan komen ye..ย Kelebihan Abang Man ni, dia pandai cakap Siam, so kalau kena tahan dengan polis Siam (macam kami kena aritu) takder masalah sebab dia boleh menggunakan kemahiran bahasanya itu untuk berkomunikasi.. kalau kena kat kami, kami cakap Sawadikapppppppppp jer la memanjang.. muahahaha.. Abang Man ni based in Padang Besar, Perlis, dia dah kerap ke sana, so dia tahu selok belok & tempat untuk shopping & cari makanan halal (Abang Man, jangan lupa komisyen noo.. penat promote ni.. muahahah)
Ok, back to the journey, lepas dah tukar duit Thai Bhat kat Padang Besar, kami pun memulakan perjalanan..
Di sepanjang jalan menuju Hatyai, saya dapat melihat gambar raja Thailand.. Saya difahamkan, raja tersebut sedang gering ketika ini..
Setalah menempuh lebih kurang 40 minit perjalanan, sampailah kami ke Hatyai.. Dari jauh dah nampak signboard Welcome to Thailand! Sawadikaaaaaaa!
Apabila sudah sampai ke bahagian pekan, jalan sudah mulai sibuk.. Di sini terdapat ramai penjual kalungan bunga yang akan menghampiri kereta2 yang berhenti semasa lampu merah, harga satu kalung bunga ialah TB10 – RM1.00
Lebih kurang 15 minit kemudian, dah nampak dah signboard Welcome to Songkhla Zoo.. Yippieeeeeee! Anda tak mungkin terlepas zoo ni sebab banyak kali jugaklah jumpa sigboard Songkhla Zoo ni.. Pintu gerbang dia pun besar & cantik2..

Berbeza dengan Malaysia, zoo biasanya terletak di tepi jalan, tapi Zoo Songkhla ni terletak di hujung kawasan perumahan, di atas bukit.
Ok, ini jalan masuk ke Songkla Zoo.. Nak masuk ke dalam pun jauh babe, memang kena naik keta @ tut tut la.. tapi kalau gagah perkosa, boleh jer jalan sampai ke dalam.. ๐ย Cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan sudah mula renyai2 semasa kami tiba..
Inilah kaunter tiket Songkhla Zoo.ย Seorang pelawat dikenakan TB100 (RM10.00), dan kereta pula dikenakan caj TB50 (RM5.00), so kami sekeluarga kena bayar TB850.00.ย Soalannya – berapa ramaikah ahli keluarga saya yang membuat rombongan cik kiah ke Songhkla Zoo pada 03/02/2013? Ha, cepat2 kira.. heheheh
Songhkla Zoo ini amatlah luas sekali.. Berbeza dengan Malaysia, yang mana jarak antara kandang hanyalah sepelaung, kat sini pulak kena naik kereta @ train yang disediakan oleh pihak zoo bagi melawat setiap kandang..
Di sini juga ada masa-masa tertentu untuk pertujukan haiwan seperti burung, singa laut & harimau.. Tapi masa kami bergegas pergi ke pertunjukan burung, dah habis dah.. sempat tengok dalam 5 minit la.. rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!
Usai sahaja pertunjukan ni, kami bergegas nak tengok seal show, tak nak ketinggalan lagik, so terus naik keta dan vroommmmmmm ke tempat seal show.
Ini arca penguin di tapak pentas seal show.. Dalam flyers kata ada penguin, tapi kami perg, tak ada pulak.. sedih lagik..
Seal presentation ni memang amatttt menghiburkan! Ada dua ekor seal (anjing laut) yang membuat persembahan.. Tengok jer la gambar2 tu ek, memang best!
Lepas menonton pertunjukan seal tu, kami naik kereta balik dan menuju ke sangkar burung.. masa ni hujan lebat so kami tak turun, ambik gambar dari dalam van aje.. Arghhhhhhhhhhh, rugi! huhu
Dari sangkar burung, kami ke kandang gajah.. ada 3 ekor gajah kat sini.. kandang ni besar ye kawan2, memang luas, sesuai la dengan fizikal gajah yang besar kan.. Nampak happy je gajah ni..
Dari kandang gajah, kami meneruskan perjalanan ke kandang harimau.. Kat dalam kandang ni ada lebih kurang 6 ekor rimau, semuanyaaaaaaaaa nampak sihat dan aktive!
Ini yang paling menarik perhatian saya – harimau putih.. ada 2 ekor, sekor rehat2 di bahagian atas, sekor lagik sedang bersiram.. besar woooo.. dia dok perhati je pengunjung2 kat bahagian atas.. mungkin rimau ni berpikir, kalau aku BBQ ke, masak masam manis ke, tak pun buat daging manusia masak merah ke, ok gak kot? muahahahhaiaย
Dari kandang rimau, kami ke Pulau Oran Utan, tapi hampa sekali lagik sebab tak ada sekor pun orang utan, ada orang utan batu je! Keciwa..ย ๐
Dari Pulau Orang Utan, kami ke Gibbon Island, atau nama kampungnya, Ungka.. hehe
Ikan Arapaima, nampak dalam gambar kecik, tapi panjangnya lebih kurang sedepa.
Ikan ini sengaja diletakkan dalam kolam agar ungka2 ini tidak meredah air untuk melarikan diri.
Sekali je ikan ni melompat, tapi sangat pantas, nampak sikit je bahagian badannya..ย Bila nampak aje ikan ni, ungka2 tu bersahut-sahutan, mungkin memberi amaran kepada kawan2 yang musuh sedang berada di dalam kawasan mereka..
Dari Pualu Ungka, kami bergerak ke Anjung Tinjau.. View kat sini memang awesome! Sangattttttttttttt cantik!!
Sewaktu di anjung tinjau, hujan dah mula lebat semula, so kami mengambil keputusan untuk keluar untuk ke destinasi seterusnya..
Dalam perjalanan keluar, kami nampakla Songkhla Water Park.. Disebabkan mengejar masa & hujan, tak dapat la singgah.. Maybe next time, Insya-Allah ๐
Insurans Kereta Ke Thailand
Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.
1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.
Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1
Nak tnya abg man harga dari bkh ke hatyai brp rm untuk 1hari. Saya dan keluarga bercadang ke hatyai pada 20.12.14
Salam.
Blh dptkan no Abg Man.
Terima kasih.
Salam abang man, terharu rasanya abang man membaca posting saya.. hik2
Jan kata waalaikumsalam, pi krabi nanti free of charge je la sebagai hadiah promosi kat blog ni! haha
Raya cina ni kami balik sana, kalau ada kita jumpa la noo.. kirim salam kak ita ๐
tnx ayu 4 the info bout hatyai…n me…:-)
Bila nak p pulak..kita trus krabi lak pas ni….
Kim salam kt ur husband yek…
As,slm…
Waalaikumsalam Suzi,
sila rujuk di gambar abang man ye.. terim kasih..
Email me pls, nak phone number abg Man.
Tq,
ok dah nmpak kt gmbaq dia…tq
hai..
boleh bg sya contact no abg man tu tak….planning ths coming December nk gi visit tok belang n tok belalai kat sana nunnnn…tq
Salam semua, saya dah update no tel abang Man kat gambar dia tu, so apa2 soalan bolh terus call Abang Man ye.. terima kasih ๐
assalamualaikum,boleh tak saya cptkan no fon abg man tu cik_eka@yahoo.com
eka recently posted..TRICK ART
Klu sewa van 1 hari brape ye..
leh bg sy cntct num drver van 2 x…
plan next week nk ke hatyai..
017-5320297
salam bole i dapatkn no abg man?my plan nk g hatyai & nak naik van siappemandu…Tq
salam bleh tak nk tahu brapa sewa van tu dan dari mana
Saya nak kr hatyai disember ni..boleh bagi contact no abg man driver tu..boleh email atau wassup saya 0133848520
kalo nak mintak pick up kat sempadan ke hatyai blh ker??
soryy abg man ๐
bleh send bagi saya contact nbr en zul tu tak..van driver tq..
berapa sewa van dari danok to hatnyai utk 5-6/10/2013
Berapa sewa van ke songkla 3 hari 2 malam
Encik Rizal
nanti saya mintakan dari suami ye.. esok saya update..
Salam, ada no fon abang man tu x? cadang nk p songkhla… terima kasih ye.
thnx taw…
SALAM…..ley x bg contact no abg man tu??sbb nk pkai tour guide ke hatyai la….hujung tahun ni….tenkiu…this my num 0122998532
Ha’ah, ada sekor gajah ni, dia cam menari2 atas bukit tu, akak tak tau la dia happy ker, gersang ke, tapi nampak muka cam senyum! muahaahahaha
Haiwan2 kat Songkhla Zoo ni memang nampak sangat sihat & ceria.. takder la malas2 @ macam sakit jer, mungkin peyeliaan kat sana memang bagus..
takper, nanti adik kan nak ke Bangkok! Insya-Allah, semoga dipermudahkan ๐
Gajah tu happy yer kakak??hihi..nampak ke dia senyum?hihihihi..
best nyer dia asyik jalan2 je tau..jeles ni..