Sekarang ni hari2 dah dengar lagu raya kan.. kadang2 sedih, kadang2 gembira sangat dengar lagu raya tu, iye la, banyak kenangan sedih dan gembira sepanjang kita berhari raya kan..

Lagu favourite saya kalau hari raya ni ialah lagu Aidilfitri nyanyian Sanisah Huri.. Rasa tenang je dengar lagu ni – jom layan lirik dia :-

Comel la Sanisah Huri masa muda2.. simpe + sweet.. :)

Aidil Fitri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Ok, dah nyanyi2, jom kita kenal sikit pasal penyanyi lagu ni..

Biadota beliau saya dapat dari wikepedia je – Beliau mula merakam suara melalui EMI untuk album runut bunyi bagi filem A-Go-Go ’67 iaitu keluaran Shaw Brothers’ Malay Film Production Limited bagi lagu-lagu seperti “Siapa Gerangan” dan “Alam Seni” (iringan The Terwellos).

Selepas itu, beliau merakam dengan The Hooks untuk lagu-lagu seperti Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul dalam Mat Toyol arahan Mat Sentol keluaran Cathay Keris.

 


Beliau sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan The Hooks. Sanisah Huri juga pernah merakamkan lagu dengan Orkes Dendang Perindu pimpinan Kassim Masdor untuk lagu Selalu pada tahun 1969.

Pada tahun 1970, beliau merakamkan lagu dengan sebuah kugiran Indonesia iaitu Clique Fantastique. Dua EP yang dirakamkan adalah Malam Minggu dan Mana Utama. Lagu “Sedih Sekelip Mata” merupakan hasil ciptaan bersama Kassim Masdor dan Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit ketika itu.

Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakam lagu secara solo sehinggalah kontraknya dengan EMI tamat pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit beliau ialah “Semenjak Berjauhan”, “Permata Hatiku”, “Sejak Ku Bertemu Padamu”, “Kisah Tuah Dan Tijah”, “Indah Di Sepanjang Perkenalan”, “Tari Tualang Tiga”, “Joget Menanti Jodoh”, “Kau Penghiburku”, “Jauh Berjalan, Luas Pandangan”, “Kau Disayang”, “Kuberikan Padanya” dan “Taj Mahal”.
Beliau kemudiannya berpindah ke Senada Records, milikan Kassim Masdor. Selain menyanyi secara solo (seperti lagu “Kisah Cinta”), beliau juga sesekali merakam lagu dengan A. Ramlie (untuk dua lagu dangdut, iaitu “Rambut” dan “Hello Hello Sayang”) dan M. Ramlee (lagu “Wajah Cermin Hatimu”). Di samping itu, beliau juga pernah berpadu suara dengan kumpulan trio, Suara Perindu.

Tidak lama selepas itu, beliau sesekali muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan telvisyen di Singapura, khususnya pada hari raya. Kini, beliau tidak lagi aktif dalam bidang seni. Masanya banyak dhabiskan dengan mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumahnya. Beliau juga mengambil keputusan untuk menetap di Singapura.

 


Secara jujur, saya adalah peminat oldies, so saya memang layan la lagu2 dari beliau.. satu lagi lagu yang saya suka ialah Sejak Ku Bertemu Pada Mu – lirik pun sempoi je.. berbunga2 dan puitis gitu..ahakss.. layan jer la -

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 1 )
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Andainya kanda pikat asmara
Sudikan dengan jiwa raga ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 2 )
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku persembahkan diri pada mu
Kerna kandalah syurga bagi ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Ewah… nyanyi2 jugak lagu ni nampaknye.. hehehe.. best kan dengar lagu2 lama..

Apa lagu raya kegemaran anda? Jom kongsi kat sini ye!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

mulakan hari dengan lagu siapa sudi kan ku bantu,mulakan hari dengan lagu siapa sudi,mulakan hari dengan lagu,mulakan hari dengan lagu siapa,mulakan hari dengan lagu lirik,mulakan hari dengan lagu siapa sudi kan ku bantu lirik,mulakan hari dengan lagu siapa sudi kau ku bantu,sanisah huri meninggal dunia,mulakan hari dengan lagu iklan vaseline,siapa sudi kan ku bantu,sanisah huri meninggal

Tags: ,

This entry was posted on Tuesday, August 14th, 2012 at 1:19 pm and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

No comments yet

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player