Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi, Selangor – Sinar Mata Si Kecil Yang Meruntun Jiwa

 UPDATE AS AT @ 11 JULAI, 2014

PADA ANDA YANG INGIN MELIPATGANDAKAN SAHAM AKHIRAT DI BULAN RAMADHAN INI, BOLEH LIKE PAGE DI BAWAH INI YE.. INSYA-ALLAH, INI BUKAN SCAM SEBAB SAYA DAH BERSAMA-SAMA DENGAN KAK ELLY HAMPIR 5 TAHUN.. SEMOGA SEDEKAH JARIAH ANDA DIBERKATI.. AMIN..

 

UPDATE AS AT 14/06/2013 – UNTUK RAKAN2 PEMBACA, SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SAYA DIMAKLUMKAN OLEH BEBERAPA RAKAN BLOGGER DALAM KOMEN DI BAWAH BAHAWA RUMAH AMAL INI TIDAK BERLESEN & ADALAH ORANG2 KUAT AL ARQAM.. LULUH HATI SAYA MENDAPAT BERITA INI.. TERNYATA MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN & MEMPERGUNAKAN ANAK2 KECIL ITU.. LAPORAN PENUH BOLEH DIBACA DI BLOG MAZIDUL AKMAL SIDEK.

KEPADA RAKAN2 YANG TELAH MENGHULURKAN DERMA & BANTUAN, SAYA HARAP ANDA HALALKAN SEMUANYA DEMI ANAK2 ITU. SAYA AMAT TERKILAN KERANA SAYA SEOLAH2 TELAH MENYEBARKAN BERITA PALSU.. SAYA MOHON MAAF JIKA POSTING INI MEMBUATKAN ANDA SEMUA DATANG DARI JAUH UNTUK MELIHAT ANAK2 INI, & AKHIRNYA MENDAPAT TAHU BAHAWA IA TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA..

SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK & HIDAYAH KEPADA MEREKA INI & SEMOGA MEREKA KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.. 

ANDAI ADA YANG INGIN MENDERMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 2013 NI, BOLEH BACA POSTING DI SINI – MISI RAMADHAN SYAWAL 2013  INSAN2 YANG DICERITAKAN DALAM BLOG KAK ELLY NI MEMANG BETUL2 ORANG2 SUSAH YANG MEMERLUKAN BANTUAN KITA SEMUA.. SILA YE BACA POSTING SAYA TU.. TERIMA KASIH!

______________________________________________________________________________________________

 

Assallammualaikum Semua

Hari ni nak kongsi pengalaman saya menziarahi Rumah Amal Buah Hatiku yang terletak di Bangi Selangor.

Info mengenai rumah ini saya dapati dari laman Facebook. Sebak hati tak kala membaca informasi mengenai rumah ini.. Saya difahamkan, kerana kekurangan dana, penjaga rumah ini cuma mampu mamasak seekor ayam bagi hidangan 28 orang anak2, yang dibuat lauk untuk santapan siang dan malam.. Bayangkanlah, seekor ayam untuk mengisi perut 28 anak2 yang kelaparan dan sedang membesar..! Anak2 kita makan sekeping ayam seorang, itu pun memilih nak makan drumstick, tak nak makan bahagian lain, tapi anak2 kecil ini cuma mampu makan tanpa pilihan.. Sedih betul!!

Ekoran info tersebut, saya, suami & anak ke rumah tersebut semalam, dan kami sampai kira2 jam 2.45 petang.. berikut adalah alamat & no telefon Kak Asiah, penjaga rumah tersebut:-

Alamat & No Telefon Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi

Alamat & No Telefon Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi

 

Waktu kami sampai, kami dapati banyak bekalan makanan seperti beras, gula & susu di bahagian hadapan rumah tersebut.. Kami disambut oleh Puan Asiah, penjaga rumah tersebut.. Apabila melangkah, saya dapat melihat wajah2 anak2 yang penuh kesucian, tersenyum memandang kami.. Mungkin mereka tidak mengerti kenapalah ramai sangat orang yang datang melawat mereka.. Dek kerana ramai sangat orang yang menziarahi, saya tak dapat berbual panjang dengan kak Asiah.. Dari perbualan singkat, saya difahamkan ada satu lagi rumah anak yatim & asnaf yang bertempat di Sikamat, Kajang.. Mereka dalam proses untuk menyediakan @ membina asrama yang lebih baik bagi anak2 itu di sana.. Rumah tempat anak2 ini menumpang teduh buat masa ini diberikan secara percuma oleh Tuan Rumah, tidak perlu dibayar apa2 (semoga Allah melimpahkan rezeki berlipat ganda untuk Tuan Rumah).. Buat masa ini, ada 4 orang wanita lain yang membantu kak Asiah..

 

Bahagian hadapan Rumah Amal Buah Hatiku

Bahagian hadapan Rumah Amal Buah Hatiku

 

Di rumah ini, ada 28 orang anak2 yatim & asnaf.. Penghuni yang paling kecil berusia 1 tahun 1/2 dan yang paling besar ialah 7 tahun.. Bersih2 anak2 ini, yang lelaki bersongok, yang perempuan semuanya bertudung.. Sewaktu kami datang, ada lebih kurang  10 orang sahaja, selebihnya ada di Kajang.. Ada juga yang sedang menangis ketika itu, mungkin mengantuk & keletihan kerana orang datang menziarahi sejak awal pagi, seorang dari mereka demam…. Saya kemudiannya mengatur langkah ke sudut lain untuk memberikan ruang pelawat lain berbual dengan kak Asiah.

Di suatu sudut lain, 3-4 orang anak2 ini mengikut saya.. Seorang namanya Hani, seorang lagi namanya Marfuzah.. Kedua2nya datang hampir dengan saya, dan mungkin naluri keibuan, spontan saya memanggil mereka duduk di atas pangku saya.. Anak2 ini, bukannya berkira sangat tentang makanan, tapi saya pasti mereka mahukan belaian dari seorang ibu & ayah.. Di umur 33 tahun ini, saya masih merasa tenang jika di dalam pelukan ibu saya, tapi anak2 ini tidak berpeluang merasakan kehangatan pelukan itu.. Ketika mereka dalam pangkuan saya, mereka memegang saya erat, tak tau la jika mereka terkenangkan ibu mereka, atau cuma rasa “safe + comfortable”..

Rumah Amal Buah Hatiku

 

Seorang lagi anak lelaki yang comel datang kepada saya, minta tolong bukakan gula2.. pemalu orangnya, kurang berbicara, tapi nak duduk dekat2 dengan saya.. yang pegang bola tu anak saya.. hehe.. dia pun seakan faham, membenarkan kawan2 “meminjam” mamanya sebentar..

Ya Allah, lihat la kawan2, betapa sucinya wajah2 ini, apalah yang mereka faham pada umur2 sementah ini? Anak2 kita ada kita, ibu & ayah di sisi mereka setiap kali mereka memerlukan, tapi anak2 ini hanya ada penjaga mereka sahaja.. Sebak melihat kegembiraan mereka bergambar.. Bila ditanya, seronok tak tinggal di sini, semua kata seronok, ada ramai kawan2.. 
Rumah Amal Buah Hatiku 2 Rumah Amal Buah Hatiku 3 Rumah Amal Buah Hatiku 4

Dari pengamatan saya, Rumah Amal Buah Hatiku ini bukan sahaja memerlukan bantuan makanan & dana, tapi perlukan bantuan juga bagi mengemas dan menyelenggarakan rumah ini agar semua barang2 tersusun & teratur untuk membolehkan anak2 ini bermain.. Waktu kami datang, barang2 agak tidak teratur, saya rasa munking sebab terlalu ramai orang yang datang menghulur bantuan, jadi mereka tiada masa untuk mengemas & mengatur barang2 dengan lebih tersusun.. Pembantu2 ni cuma sempat angkat semua barang dan bawa masuk ke dalam rumah sahaja..

Rumah Amal Buah Hatiku 5

Yang berbaju pink & tudung pink tu ialah Kak Asiah.. Yang sedang tidur di pangkuaanya ialah salah seorang penghuni yang demam, panas kepalanya waktu saya pangku dia sebentar.. Anak kecil perempuan itu pula adalah penghuni yang paling kecil di Rumah Amal Buah Hatiku ini..

Rumah Amal Buah Hatiku 6

Ini pula bahagian dapur.. Saya tak pasti di mana mereka memasak & menjerang air untuk anak2 tersebut kerana bahagian dapur seakan tidak pernah digunakan untuk aktiviti memasak.. Saya rasa terkilan juga tak dapat berbual panjang dengan Kak Asiah untuk mendapatkan infor lanjut tentang rumah amal ini..

Rumah Amal Buah Hatiku 7

Ini pula gambar anak saya dengan salah seorang penghuni di sini.. Comel sangat adik ni, tak pandai bercakap sangat, tapi senyum2 bila kita cuba berbual dengan dia..

Rumah Amal Buah Hatiku 8

 

Makin petang, orang makin ramai.. Bantuan pun semakin banyak, Syukur Alhamdulillah.. Saya tengok bekalan beras untuk anak2 ni, boleh bertahan dalam setahun sebab memang banyak sangat… Yang lebih mengharukan, ada sepasang suami & isteri berbangsa Cina datang memberi bantuan makanan, memang satu Malaysia!! Nak buat amal kebajikan, memang tak boleh mengira agama & bangsa!  Saya syorkan pada kawan2 semua, lebih baik kita berikan wang @ karpet baru @ kita juga boleh anjurkan gotong royong untuk membantu membersihkan rumah ini.. Anda juga boleh hubungi kak Asiah jika perlukan lebih maklumat sebelum anda melawatdi talian 017- 392 5392.  Sumbangan juga boleh dibuat ke akaun  Maybank: 5628-3461-8936 atas nama Rumah Amal Buah Hatiku

Tapi kawan2, yang paling utama, jika anda ke sini, ambil la masa, belailah anak2 ini, berbual dengan mereka, peluk mereka, cium mereka, berikan mereka sesaat kasih sayang anda, agar mereka rasa dihargai + disayangi.. Bukan harta benda yang mereka dambakan, tapi kemesraan + perhatian dari kita semua.. 

 

 

Rumah Amal Buah Hatiku 9

Semoga anak2 ini diberikan kesihatan, kemuliaan & kebaikan, serta dipermudahkan segala urusan.. Untuk kak Asiah & pembantu2nya, moga Allah membalas segala jasa2 & kebaikan anda semua dengan syurga Firdausi.. Amin..

Sharing is Caring

Pelawat menemui web ini melalui carian:

rumah anak yatim bangi,rumah amal buah hatiku bangi,rumah amal buah hatiku,rumah anak yatim kajang,rumah orang tua bangi,rumah anak yatim seksyen 7 bangi,rumah anak yatim bangi seksyen 7,buah hatiku enterprise

29 thoughts on “Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi, Selangor – Sinar Mata Si Kecil Yang Meruntun Jiwa

  1. iqbal

    seksyen 4 tambahan. rumah anak yatim al kausar. yg tu ok.dah pegi dan selidik. mmg ada sijil dan segala support document.

  2. Ayu Post author

    Sal, saya tak pasti, tak pernah dengar pulak pasal rumah anak yatim Sek 4.. maaf ye..

  3. Ayu Post author

    Puan Ann,

    terima kasih atas update terbaru.. waktu saya pergi rumah tu sangat daif, keadaanya macam dalam gambar.. Saya pergi pun atas dasar belas kasihan sebab dapat email & gambar dari kawan2 di facebook.. tapi tak apa, saya halalkan semua yang saya dah bagi & saya harap kawan2 pun sama.. kita memberi atas dasar simpati & ikhlas kerana Allah.. jika mereka ni berniat mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak2 tersebut, so diorang jawab la nanti di akhirat kelak..

  4. aa nn

    Saya baru pergi dekat rumah ni isnin lepas. Saya amat terkilan xkaji dalam2 pasal rumah ni..masa saya pergi dah petang ..lepas balik kerja saya pergi.. sume anak2 yg kecik2 dr umur 2thn ke 6thn. Yg pelik dlm hati saya terdetik..apesal budak2 ni rupe dia sepesen je.. pastu suasana dia sgt berlainan dr rumah2 bakti ygbsy pernah pegi b4 ni.. dlm rumah tu ada 3penjaga perempuan dan sorang lelaki. Termasuk kak asiah dan asben dia. Dua orgvpenjaga lain ade anak kecik masing2.Saya tanye la berapa org jaga budak2 ni.dia kata 4org. Then sy tanye lagi..akak duk kat umah ni jugak ke malam2 jaga budak2 ni? Dia kata yea. Sepatah dia tanye sepatah dijawab.xfriendly langsung. Dlm hati terdetik..akak ni xde suami ke nk bermalam kt sini?? Then bila dh masuk mghrib asben kak asiah turun dan dua2 penjaga perempuan dgn anak2 kecik tu pun ikut sekali.dia kata ade program dkt branch lg 1. Sy ngan kawan sy tanye la pasal funding..mane dapat..cukup ke x..cara kak asiah jawab tu wat sy xyakin lah..mcm ade bende tersembunyi. Dkt branch lagi 1 sume anak2 yg dh sekolah dlm 70org. Diorg di latih utk buat bakery bg yg perempuan.lelaki bhgn marketing dia kata..tapi bukan ke budak2 tu patut belajar sekolah?? Lepas aje balik dr rumah tu saya google pasal rumah ni.rupenye mazidul akmal dh buat pendedahan. Rumah ni xberlesen dan saya dah agak dh dlm hati penjaga2 perempuan yg ade anak kecik tu memang bini2 kepada suami kak asiah tu. N anak2 kt rumah tu seramai 26org adalah anak2 jemaah bekas alarqam..kira ni saki baki arqam dulu dibwh global ikhwan. Sila google utk dptkan penjelasan.suami kak asiah ni mmg taksub kepada abuya. Bila anak2 dh start sekolah means 7thn ke atas diorg akan dihantar ke markas untuk dilatih..diorg ni kawin ramai.keje malas tp hidup nk dpt belas ikhsan org.kalau rasa cmampu nak kawin lebih xperlu la kawin ramai. Xtau nak kata la..kami terkedu lepas tahu cerita ni.. jiran kawan saya ahli arqam..bini yg ke4..baru umor 29thn..tapi anak dh 10org. Nnt umur 5thn dia kata anta ke markas.. apekah????saya tak faham la org2 macam ni. Utk pengetahuan rumah tu siap ber aircond lagi..rumah tu mmg nmpak mewah kt dalam.. kalau dh pakai aircond 24jam.. tau2 la bil tu berapa kan??? Maknrnye diorg ni terlebih mampu..aku pn xde aircond kt rumah.. kalau korang nk bg bantuan..bg kasih syg je kt budak2 tu..n bg dlm bentuk makanan..sbb kalau bg duit belum tentu budak2 tu dapat.

  5. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Sumijelly,

    Tq for the info.. kawan2 semua, harapa anda semua take note ye mengenai cerita ni.. kadang2 kita ni niat baik nak menolong orang, tapi ada pihak2 yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan.. Kalau ada antara anda yang dah menderma, kita ikhlaskan & halalkan semua wang @ barang2 yang telah didermakan & semoga Allah melipatgandakan rezeki kita semua.. Amin..

  6. Sumijelly

    Salam….

    Saya ada terbaca dlm blog mazidul Akmal siddiq dan beberapa blogger lain yg dah updated citer ni…

    Memuk mereka paparkan untuk minta bantuan dan sumbangan… tetapi setelah diselidik mereka dapati anak2 yang berada di Rumah amal ni adalah anak2 mereka dimana mereka si ayahnya berkahwin ramai.

    Ada 2..3 org jer kot yg mmg anak org kuar untuk mengaburi mata masyarakat.

    Dan tadi.. pukul 8.30 pg (14.06.2013 ) saya baru jer lalu disitu dan keadaan rumah sangat sunyi sekali..seumpama umah itu tiada penghuni.

    Jadi saya harap boleh follow up citer ni supaya org luar tidak tertipu dengan rumah amal ni…

    Terima kasih
    Sumijelly recently posted..Hershey’s Sundae Pie BK yang delicious!My Profile

  7. zana

    As salam sayup tengok keadaan tempat tinggal…dan betapa sucinya muka anak-anak ini…jom kita kemas ramai2 …..

  8. Ayu Post author

    Waalaikumsalam
    Insya-Allah, kalau ada plan tu saya akwan beritahu di blog saya ni ye.. Terima kasih dear 🙂

  9. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Fiza
    terima kasih drop by.. ada masa jenguklah mereka ye.. harap sudi share pasal cerita anak2 ni di blog @ facebook ye agar lebih banyak bantuan & sumbangan dihulurkan.. terima kasih, jazakallah 🙂

  10. Ayu Post author

    betul dik, mungkin sebab tak cukup kakitangan nak tolong mengemas & mengatur barang2.. sila share ye dik, terima kasih, Jazakallah 🙂

  11. ieda

    aduhh sedih tgk
    memang nampak x terurus lah rumah nie , kecil agaknyee .. bantuan nampak banyak .. cuma memang keadaan sempit utk budak2 tuu bergerak ,
    kak saya mohon kongsi di blog saya !

  12. Aann

    insyaAllah saya akan ke sana n mungkin akan buat csr dari kolej utk bantu buat gotong royong..saya akan cuba usahakan.thank you for the info

  13. jebon

    Tq atas kisah dipaparkan..mohon share..mudah-mudahan anak2 ini & mereka yg membantu sentiasa dinaungi kerahmatanNya..

  14. Ayu Post author

    Insya-Allah, kalau diizinkan Allah, kita boleh pegi sama2 untuk melawat anak2 kat sini & berikan apa2 pertolongan yang diperlukan.
    Kalau tak keberatan, sila share di blog jadi ramai lagi yang tau mengenai rumah amal ni.. Jazakallah..

  15. Cheqkaq

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul nya kakak..huhu..Alhamdulillah, kakak berkesempatan ke sana..InnshaaAllah, Yaya pon akan pergi..nanti kita pakat2 cari satu masa gotong royong bersihkan rumah diorang nak kakak?kesian laa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge