Assallammualaikum..

Syukur Alhamdulillah, Allah berikan saya kudrat lagi untuk membebel di blog saya ini.. Hehehe.. Apa khabar tuan2 & puan2? Moga2 di rahmati Allah dengan kesihatan dan kegembiraan..

Saudara/saudari,

Dalam dunia ini, ada yang bernasib baik kerana lahir di dalam keluarga yang berada, sebaik sahaja anda keluar dari rahim ibu, segalanya telah tersedia, pendek kata hidup anda senang hinggalah ke akhir hayat.  Namun, ada yang susah sungguh hidupnya, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Itulah namanya rezeki yang Allah bagi, untuk menguji kesabaran dan kekuatan kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hambaNya.

Fokus saya kali ini, lebih kepada usaha untuk mendapatkan rezeki.  Seperti yang pernah saya tulis dalam post saya sebelum ini, saya suka menonton rancangan Bersamamu di TV3 kerana ia banyak memberi pengajaran dan menginsafkan saya.  Dalam salah satu episod, ada ditunjukkan tentang kegigihan seorang ibu mencari nafkah untuk menyekolahkan anaknya serta menjaga suaminya yang lumpuh.  Si ibu membuat berbagai2 kerja, membuat ikan kering, menjual penyapu dari lidi kelapa, menjual tin & botol, mengambil upah mengemas rumah orang dan juga bercucuk tanam buah2an dan sayur2an di keliling rmahnya, yang mana hasilnya dijual dan digunakan untuk hidangan harian.  Beliau melakukan semua itu tanpa rasa jemu dan malu, kerana yang penting baginya, rezeki itu adalah rezeki yang Halal… Dan, yang paling menarik perhatian saya ialah keazaman dan semangat si ibu yang kental, yang tidak MALAS dalam mencari sesuap rezeki untuk keluarga.

Sifat MALAS adalah penghalang kepada segala2nya, baik untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat.. Allah sendiri telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.. Saya rasa, di mana2 sahaja anda berada, anda mampu berjaya jika ada usaha, dan tawaqal kepada Allah.. Ada orang yang rajin beribadat, tapi bila datang pada bab rezeki, malas pula berusaha, dan berharap Allah akan menurunkan rezeki kepadanya tanpa perlu berusaha kuat.. Aduhai.. Orang macam ni pun masih ada lagi yer.. Saya cukuppppppp angin bila ada teman2 yang tidak bekerja, dan bila ditanya kenapa tak kerja, jawapannya – Tak ada kerja yang sesuai atau kena kerja shiftlah atau dah cuba semua kerja, semua tak sesuai.. Dan akhirnya, duduk lepak di rumah, menantikan ibu ayah, adik beradik, suami @ isteri menanggung biawak hidup.. huhhuhu..

Adik2, abang2, kakak2…

Tidak ada apa2 dalam dunia ini yang akan datang bergolek ke kaki anda, semunya mesti dilakukan dengan usaha.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Jangan buat alasan, jangan cari alasan kerana segala2nya bermula dari dalam diri anda.. Rezeki ada di mana2 asal saja anda menggerakkan tulang 4 kerat anda untuk mencarinya..

Untuk suami2 yang tidak bekerja, yang mengharapkan para isteri sahaja, sedarlah, bangkitlah dari tidur dan hidup anda yang sia2 itu.. Kesianlah pada isteri yang bertungklus lumus bekerja, sedangkan anda duduk goyang kaki di rumah, menantikan isteri pulang dengan rokok sekotak di tangan untuk anda!

Fikir2kanlah.. orang malas selalu rugi.. jangan mengeluh bila melihat orang lain berjaya, jangan cemburu melihat orang lain gembira, sebab semuanya salah anda, yang malasssssssss berusaha!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

rezeki ada di mana-mana,rezeki ada dimana-mana,rezeki ada dimana mana,rezeki allah ada dimana mana
This entry was posted on Wednesday, January 20th, 2010 at 8:46 am and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One comment

1.  jebon
January 20th, 2010 at 9:37 pm

terase plak ni..caiyok2!!

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash player