Perlu vs Kehendak

Assallammualaikum wbt..

Setiap hari saya berdoa untuk dapatkan anak lagi..

Setiap hari saya berdoa semoga Allah kurniakan anak perempuan pula..

Setiap kali juga saya kecewa bila datang Period setiap bulan..

Tapi sebenarnya, semua salah saya..

Saya asyik melihat rezeki kawan2 lain yang ramai anak, mudah dapat anak dan siap boleh rancang bila nak dapatkan anak tanpa masalah..
Saya terlupa pada kawan2 yang berbelas tahun, berhabis duit, mengurut sana sini, makan itu ini, menangis sampai basah bantal setiap malam sebab tak mampu menahan tohmahan dan mulut puaka orang yang asyik tanya bila nak ada anak..

Manusia, mmg suka tengok dan inginkan kelebihan yang tak ada pada diri sendiri.. Sbb itu kita akan kecewa, sbb kita tak serahkan semuanya pada Allah.. Kita fikir apa yang kita nak, sedangkan Allah bagi apa yang kita perlu..

Dan buat masa ini, hanya Iemrand yang perlu ada dalam hidup saya dan suami.. Bila nnt ada keperluan untuk si adik datang dalam keluarga kami, Insya Allah akan bertambah ahli keluarga kami.. Kunfayakun..

Maka nikmat Allah yang manakah yang aku dustakan?

20151110121527

2 thoughts on “Perlu vs Kehendak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge