Assallammualaikum,

Buat para collectors di luar sana, saya ada set pinggan makan yang digunakan dalam bussiness class di pesawat Malaysia Airlines (MAS). 

Set ini digunakan dari tahun 1980an hingga 2009 sahaja.

Set ini mengandungi satu coupe plate large, satu coupe plate small, satu mangkuk dan satu butter dish, semuanya pada harga RM100.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran). Noritake adalah pengeluar kepada set ini. Noritake dikenali sebagai pengeluar set pinggan mangkuk yang terkenal di Jepun kerana kehalusan kualitinya!

Jika ada collector yang berminat, sila telefon saya di 016-364 5324 @ email saya di atarina80(@)gmail.com.

p/s: sambil berseloroh dengan suami, saya berkata – tak dapat jadik pramugari pun takper la, tapi dapat rasa macam pramugari bila serve makanan pada sayang gunakan set ni pun cukuplah.. huuhuhuhu :p

 

Salam Ramadhan Al Mubarak

Posted by: Ayuin Love
13
Aug

Assallammualaikum

Sahabat2 pembaca yang dikasihi, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua.. semoga ibadah puasa pada tahun ini diberkati dan diredhai oleh Allah swt.

Semoga semua amal soleh dan kebaikan yang kita lakukan berterusan sehingga tamat bulan ramahdan, dan sehingga akhir hayat kita kelak..

Kalau beli makanan utk berbuka tu, berpada2lah, jangan ikutkan nafsu, sebab lepas berbuka, biasanya kita lebih banyak minum air, akhirnya terbuang begitu saje kuih2 atau lauk pauk yang dibeli.. Ingatlah, ketika kita berbelanja dengan begitu gembira, ada insan2 yanga kesusahan, yang berbuka dengan air pair atau nasi kosong sahaja.. Bersyukurlah dengan kelebihan rezeki yang kita ada, dan sama2 membantu mereka yang memerlukan.. Insya-Allah, Allah swt akan membalas kebaikan kita..

Di bulan ramadhan ini juga, bagi yang dekat dengan kg halaman, baliklah, jenguklah, dan berbukalah dengan ibu, ayah dan adik beradik sementara mereka semua masih hidup. Kita tidak tahu bila Allah akan memanggil kita semual utk pulang menemuiNya.. Rakan sepejabat saya, puan Mariah, kehilangan ibunda tercinta jam 2pagi, pada 1Ramadhan lepas.. bayangkanlah, kehilangan ibu pada bulan ramadhan, pastinya pilu dan sebak yang teramat kerana tidak dapat lagi bemanja dengan ibu & sama2 menyambut syawal.  Oleh itu, hargailah ibu dan ayah sementara mereka masih hidup.. kalau tak dapat balik kg, cukuplah dengan menelefon setiap hari bertanyakan khabar.. hati orang tuan pasti gembira dengan panggilan dari kita & cucu2nya..

Buat suami, samalah2 membantu meringankan beban isteri di bulan ramadhan ini.. pastinya isteri anda penat melayan kerenah anak2 di samping penat bekerja di pejabat & menguruskan rumah tangga.. Ringan2kanlah tangan membantu membancuh air, menyidai baju @ menjaga anak2 sementara isteri menyediakan juadah berbuka.. (Terima kasih buat suami tersayang yang sentiasa ringan tulang membantu saya selama ini.. )

Semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk berpuasa dengan sempurna pada tahun ini & berkesempatan menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang.. Insya-Allah.. Aminnnnnnn

Assallamualaikum,

Ada 8 helai jersi, semuanya dijual pada harga RM35.00 sahaja – untuk stok clearance.  Anda perlu tambah RM7.00 untuk pos laju, dijamin sampai ke rumah anda esok :)

Jika anda tinggal di kawasan Kelana Jaya, boleh jumpa terus dengan saya untuk beli jersi ini..

Berikut adalah gambar2 jersi yang dijual pada harga RM35.00 – HANYA ADA SATU HELAI SAHAJA UNTUK SETIAP JERSI (kecuali jersi England Merah, ada 2).  Semuanya beersaiz XL!  Sila sms saya di 016-3645324 jika berminat!

Terima kasih!

Muhammad Izz Iemrand

Posted by: Ayuin Love
16
Jun

Assallammualaikum..

Hari ini hari yang ke 28 saya bergelar seorang ibu.. Benarlah kata orang, syurga itu di telapak kaki ibu.. Baru saya tau betapa susah payahnya ibu menjaga saya ketika saya kecil dahulu.. Tak terbalas jasa & pengorbanan ibu buat saya..

Muhammad Izz Iemrand, begitulah nama si comel saya & suami.  Izz bermakna kekuatan, dan Iemrand bermaksud yang berbudi bahasa.  Buat pengetahuan semua, Iemrand dijangka lahir pada 06/06/2010, namun air ketuban saya sudah bocor.  Disebabkan itu, doctor terpaksa induce untuk mempercepatkan kelahiran baby saya itu.  So hari ni, saya nak kongsi cerita tentang saat2 kelahiran Iemrand.  Semoga pengalaman ini dapat dijadikan rujukan dan pengetahuan untuk first time mothers & fathers.. :)

Pada 08/05/2010, setelah solat Zohor, saya merasakan ada air keluar, disertai dengan lendir, seperti putih telur.  Air itu tidak berbau dan berwarna jernih.  Saya segera memaklumkan kepada suami & kami bergegas ke Pusrawi Kota Damansara untuk pemeriksaan.  Dr Zul memeriksa saya dan dia mengatakan tidak ada apa2, cuma jangkitan kuman.  Saya diberikan suntikan di bawah sana tu dan kemudian saya dan suami balik ke rumah.

Sehari selepas diberikan suntikan tersebut, bila waktu malam, saya dapati masih ada air berwarna jernih dan tidak berbau keluar.  Ada kalanya banyak & ada kalanya sedikit.  Selalunya, air tersebut keluar setelah saya buang air kecil.. Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa2, namun masuk hari ketiga & keempat, air jernih itu keluar makin banyak.. Pada 13/05, selepas Isyak, saya ke Pusrawi sekali lagi.. Dr Zul membuat scanning dan dia mengatakan memang air ketuban saya sudah kurang dan dia mengesyaki air yang keluar sejak 08/05 itu adalah air ketuban. Memandangkan pada ketika itu kandungan saya baru berusia 36minggu, Dr Zul tidak mahu mengambil risiko yang akan melibatkan saya dan bayi (bayi boleh lemas & meninggal jika air ketuban kurang), jadi saya dirujuk ke Hospital Sg Buloh pada malam itu juga.  Semasa di dalam kereta, air mata saya sudah tidak dapat ditahan lagi, saya amat risaukan keadaan bayi saya ketika itu.  Suami pun risau juga.  Kami menghubungi ibu dan ayah di kampung dan memaklumkan keadaan saya.  Setelah berkemas ala kadar, kami bertolak ke Sg Buloh.  Dalam perjalanan, berbagai2 perkara bermain di fikiran saya.. Yang pasti, saya tidak henti berdoa agar anak saya selamat…

Sampai di Sg Buloh, setelah pendaftaran, saya diperiksa oleh doktor.  Rahim diperiksa untuk bukaan.  Doktor mendapati rahim hanya terbuka sebanyak 1cm sahaja, dan tidak terdapat tanda2 air ketuban bocor @ pecah.. Perut saya discan sekali lagi, dan doktor mengatakan air ketuban cukup untuk bayi saya.. Namun demikian, saya ditahan selama satu malam, untuk memastikan tiada air ketuban yang keluar.  Pada malam tersebut, ada air jernih yang keluar, tetapi tidak banyak, sedikit sahaja.  Keesokan harinya, setelah diperiksa, saya dibenarkan pulang.  Diagnosis menyatakan yang keluar ialah lebihan air kencing.  Namun demikian, air jernih itu keluar lagi bila saya sudah sampai di rumah.  Pada pagi Ahad, ketika saya mahu bangun untuk solat Subuh, air jernih tersebut keluar dengan banyak sekali sehingga membasahi lantai.  Saya agak panik, namun berpegang pada kata2 dr, saya abaikan perasaan saya.

Tetapi, pada sebelah malamnya, saya agak gusar kerana saya sudah mengalami sedikit contraction.  Setelah berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dr Fatima di KJMC pada keesokan harinya.

Pagi Isnin, 17/05, saya menemui Dr Fatima dan menceritakan keadaan saya.  Beliau membuat scanning lagi dan mendapati memang air ketuban saya sudah kurang.  Menurut beliau, air ketuban di bahagian kaki anak saya sudah sangat sedikit, dan melalui scan tersebut juga, didapati air ketuban hanya banyak di bahagian muka anak saya, yang membolehkan dia bernafas.  Saya hampir menangis waktu itu kerana risaukan anak di dalam kandungan.  Dr Fatima bertegas menyuruh saya kembali ke Sg Buloh untuk ditahan di wad & di induce.

Saya menghubungi suami, dan kami pulang ke rumah.  Di rumah, saya sudah menangis2 mengenangkan bayi saya, ditambah pula dengan ketakutan dan ketidaksediaan untuk bersalin lagik.. Dan maaf ye, saya juga takut sebenarnya utuk bersalin di Sg Buloh kerana terlalu dimomokkan dengan teruknya keadaan dan layanan di hospital kerajaan.  Saya bersolat asar, memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah.. Antara doa yang saya panjatkan ialah- Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambamu yang serba kekurangan ini.. Andainya bersalin di Sg Buloh pilihanyang terbaik untukku dan anakku, Kau berilah aku kekuatan dan semangat untuk menghadapinya..

Benarlah, jika kita menyerahkan urusan hidup kita pada Allah, segalanya akan berjalan lancar.  Saya seakan mendapat ketenangan dan kekuatan usai solat itu.. Kemudia, saya memberitahu suami utk menghantar saya ke Sg Buloh setelah solat Maghrib.

Dalam pukul 8.30 malam, pada 17/05 itu, saya sampai di Sg Buloh dan diperiksa oleh Dr Faizul, muda lagi Doktor ini, namun layanannya sangat baik dan profesional.  Kebetulan sewaktu membuat pemeriksaan, ai ketuban saya keluar sedikit.  Jadi Dr mengatakan bahawa antibiotik mesti dimasukkan dalam badan agar bayi tidak terkena jangkitan, dan saya ditahan di wad semalam lagi.. Sepanjang di wad, CTG dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan bayi saya masih bernafas.

Jam 10.30 pagi, pada 18/05, Doktor memeriksa sekali lagi dan menyatakan bahawa saya perlu di induce (dipaksa bersalin dengan memasukkan ubat di bawah sana tu).  Saya dibawa ke tingkat 6, dan ubat induce pertama dimasukkan pada jam 12.00 tengahari.  Dalam masa 6 jam, andainya ada contraction & bukaan, saya akan ditolak ke labour room.  Masa berlalu, tiada kesakitan lagi.  Kemudian, jam 6.30 petang, sebiji lagi prostins dimasukkan.. Kali ini, dalam masa sejam kemudian, lendir disertai darah sudah mula keluar… Hati saya mula berdebar, namun tidak begitu terasa kerana ketika itu suami & keluarga saya ada menemani..

Doktor membuat pemeriksaan sekali lagi jam 12.30 malam, namun rahm masih lagi terbuka 2 cm sahaja, tapi sudah mula menipis.  Jam 3.30 pagi, air ketuban pecah sepenuhnya.  Kain, kain batik dan cadar basah dengan air ketuban.  Doktor datang memeriksa dan dia suruh saya tidur dahulu, Insya-Allah esok boleh bersalin katanya..

Jam 8, rahim saya diseluk sekali lagi, sakitnya hanya Allah yang tahu.. (Buat pengetahuan ibu2 yang baru 1st time mengandung, seluk maknanya Dr akan masukkan tangan di bawah sana tu untuk periksa rahim.. Memang sakit sangat2.. Ketika Dr masukkan tangan, cuba rileks, tarik nafas dalam2, dan tahan, setelah Dr keluarkan tangan, lepaskan nafas, dengan cara itu, anda tidak akan merasa kesakitan.. ) Jam 8.30pagi, 19/05, saya ditolak masuk ke labour room.. Aduhai, tak henti mulut asya membaca ayat2 suci Al Quran, berzikir dan berdoa.. Hati saya sudah gundah gulana, tak tahu apa yang patut saya expect dari kelahiran pertama ini.. dengan zero knowledge tentang kesakitan yang bakal dihadapi dan cara meneran, saya memang sangat takut! Huhuhuh.. Di dalam labour room, air dan ubat utk mempercepatkan kelahiran dimasukkan melalui tiub di siku saya.. Saya mula terasa mabuk.. Nurse menasihatkan saya agar menggunakan gas pelali yang diletakkan bersebelahan saya bila kesakitan mula terasa.  Lebih kurang jam 10.30, saya mula terasa contraction yang kuat.. Aduhai, memang sakitttttttttt sangat, contaction ni rasa macam nak buang air besar, tapi Dr dan nurse dah beri amaran supaya saya jangan teran dulu, kerana rahim belum terbuka luas, dan jika saya teran juga, akan mengakibatkan vagina saya terkoyal. bengkak & lebam dan anak saya juga akan mengalami bengkak di kepala kerana tersepit.  saya cuba menahan, namun saya sudah mula menangis2 kesakitan, dan ditambah dengan gas pelali, saya seakan mamai dan tidak sedar andainya saya ada terjerit @ bercakap yang bukan2.. hehehehhe… banyak kali juga saya memanggil nurse dan dr bila contraction datang, memegang tangan mereka dan menyatakan saya betul2 rasa nak terbuang air besar, namun mereka menyuruh saya bertahan dan mengatakan rahim saya belum terbuka luas lagi.. Aduhai, seksanya kesakitan itu…

Jam 1.30, nurse membuat pemeriksaan rahim, dan sudah terbuka 10cm.. Saya disuruh meneran, kata mereka, teran macam kena sembelit.  Puaslah saya meneran, namun disebabkan nafas saya pendek, bila kepala bayi saya sudah keluar sedikit, Doktor tidak sempat tarik, dan kepalanya termasuk semula.. Hampir sejam, saya sudah kehilangan tenaga, Doktor bertanya andainya saya mahu suami saya masuk, saya mengangguk dan suami dipanggil.. Ketika melihat wajah suami, datang sedikit kekuatan… Waktu saya bersalin, rasanya da dalam 20 orang di dalam bilik tersebut, dr pelatih, nurse pelatih dan dr pakar.. Sekilas, saya nampak wajah suami yang gusar dan risau yang amat sangat melihat saya yang dalam kesakitan, ditambah dengan kaki saya yang diletakkan di atas palang di tepi katil.. Semua orang dalam wad menyuruh saya push.. Suami juga memberikan kata semangat agar meneran, katanya dah nampak kepala anak.. Dan ketika doktor menarik tangan saya, saya memang dapat merasakan kepala anak saya di bawah sana tu..

Alamak, si kecil dah menangis, nanti saya sambung lagi yer..

Assallammualaikum,

Syukur Alhamdulillah, saya sudah bergelar seorang ibu.. Anak lelaki saya selamat dilahirkan secara normal di Hosp Sg Buloh pada tarikh dan masa yang tersebut di atas..

Subahanallah, saya tidak dapat dinyatakan dengan perkataan perasaan saya ketika melihat anak yang selama ini bergerak2 dalam perut saya, berada di atas  dada sejurus selepas dilahirkan.. Matanya tepat memandang saya.. “Assallamualaikum anak mama” itu 3 perkataan pertama yang saya ucapkan kepadanya.. Dia seakan faham, dan ternampak sepasang lesung pipitnya memberi senyuman kepada saya.. Kesakitan yang saya tanggung selama lebih 12 jam, hilang serta merta melihat wajah anak yang kelihatan seperti ayahnya yang hensem tu.. heheheh..

Insya-Allah, bila ada kelapangan nanti, saya akan kongsi bersama2 pengalaman saya bersalin.. Doakan anak saya menjadi anak yang soleh, dan semoga kami berdua diberikan kesihatan..  Amin..

Hendak seribu daya..

Posted by: Ayuin motivasi
6
May

Assallammualaikum..

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – peribahasa Melayu yang bagus dijadikan panduan dan pegangan..

Bila membaca peribahasa ini, saya teringat pada adik sepupu saya.. Dia bekerja sebagai seorang despatch sambilan di 6 buah pejabat guaman sekitar Melaka, pada masa yang sama,  bekerja sebagai seorang receptionist setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di salah sebuah hotel, berniaga vitagen dan barang-barang perhiasan rumah secara kecil2an.  Pendek kata, dia sentiasa berusaha dan tidak memberikan alasan penat dan sebagainya demi mencari rezeki bagi menampung kehidupanya dan keluarga.  Dalam masa yang sama, solatnya dijaga, puasa tak tinggal walaupun penat bekerja, ada masa untuk isteri dan anaknya.

Seorang kenalan saya pula, dah hampir 2 tahun tidak bekerja, di tanggung oleh isterinya.. Katanya susah nak dapat kerjalah, asyik kena buli la, tak nak kerja shift sebab tak nak tinggal isteri di rumah la, gaji kecik la, tak ada kelayakanlah, dan seribu macam alasan.. berniaga pun sekejap jer, lepas 2 minggu, berhenti, sebab katanya cuma balik modal ajer.. Aiseh, come on la, mana ada orang berniaga hari ni, esok dah pakai mercedes, kan?? huhu.. Kemudian, mereka balik kg, alasannya kat kg banyak kerja, tapi bila sampai di kampung, dah hampir sebulan, tetap tak bekerja juga, isterinya yang penat berniaga makan.. Ish, tak malukah dia sebagai seorang lelaki, makan hasil isteri?  Solat memang tak tinggal, bercakap pasal agama, memang nombor satu, tapi di mana tanggungjawabnya sebagai seorang suami, seorang ayah??

Nampak tak beza dua contoh yang saya berikan di atas?  Seorang gigih mencari rezeki, tidak merungut malah berusaha keras.. Yang seorang lagi, sering memberikan alasan, dan hanya bertawaqal kepada Allah tanpa berusaha..

Saudara/saudari,

Bumi Allah ini luas, orang2 yang berusaha, pasti diberikan ganjaran oleh Allah, as long as berusaha mencari rezeki yang halal dengan cara yang betul.. Janganlah asyik memberikan alasan, jangan mengharapkan rezeki turun dari langit.. Ada yang kata, ulat dalam batu pun boleh makan, tapi kalau ulat tu tak buka mulut, dia tak akan dapat mengunyah batu tu untuk dijakdikan makanannya, kan? So sekecil2 benda pun, kena usaha untuk mendapatkannya..

Kalau di kuala lumpur @ selangor ni, saya rasa tidak jadi masalah untuk mendapatkan pekerjaan (yang halal saja ya).  Ada banyak kedai2 makan, dan juga pasaraya yang memerlukan pekerja.. Kedai2 biasa juga banyak memerlukan sales girl @ pembantu kedai.. Pendek kata, cari sajalah, Insya-Allah, pasti ada kekosongan kerja.. Kalau gaji kecil, jangan merungut, buatlah part time di tempat2 lain di sebelah malamnya seperti di 7-11 @ pasaraya2 lain yang menawarkan perkhidmatan runcit 24jam sehari.. Ingat peribahasa ni – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Cuma beringat lah, dalam kesibukan mencari rezeki, jangan lupa untuk beribadat kepada Allah.. Kita mesti berusaha dahulu, baru diiringi dengan doa, tawaqal & redha kepada Allah..

Saya harap, selepas ini, mentaliti kita semua akan berubah.. Jangan mengharap rezeki Allah datang bergolek, semunya mesti dmulakan dengan usaha, doa & tawaqal kepadaNya.. Allah Maha Melihat, Maha Pengasih & Maha Penyayang, DIA akan sentiasa memberikan balasan atas semua yang kita lakukan.. DIA ialah Ya Razzaq, yang memberikan rezeki.. So, jom kita sama2 berusaha mencari rezeki yang halal.. Haiya ‘alal solah, haiya ‘alal falah.. Wallahualam..  :)

Assallammualaikum,

Syukur Alhamdulillah, saya masih dapat menulis kebaikan Asmaul Husna lagi untuk anda semua pada hari ini.

Ya Razzaq, membawa maksud Yang Maha Pemberi Rezeki.  Segala rezeki yang kita perolehi, makanan, minuman, wang ringgit, pakaian, kediaman, segala2nya datang dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Sesungguhnya semua rezeki itu milik Allah.  Allah lah yang menentukan bekalan rezeki serta menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber) untuk datangnya punca rezeki itu bagi semua makhluk-makhlukNya.

Fadilat & khasiat mengamalkan Asmaul Husna ini ialah dengan izin Allah, pengamalnya akan dilapangkan hidup dan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:-

Setelah mengerjakan solat Subuh, berdirilah di sebelah kanan rumah dengan mengadap kiblat dan bacalah Ya Razzak sebanyak 10kali.

Kemudian, berdiri di di sebelah kiri rumah pula, dengan mengadap kiblat dan bacalah Ya Razzak sebanyak 10kali lagi.

Setalah itu pindah ke hadapan rumah, dengan mengadap kiblat dan bacalah Ya Razzak sebanyak 10kali lagi.

Akhir sekali, pergi pula ke belakang rumah, ulangi Ya Razzaq sebanyak 10 kali lagi, mengadap kiblat juga.  Lakukan dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah, Insya-Allah rezeki anda akan dimurahkan oleh Allah.

Fadilat yang kedua ialah bacalah Ya Razzaq 20kali setiap pagi, yakni sebelum sarapan setiap hari.  Amalkan selama 20 hari berturut2.  Insya-Allah, Allah akan memberikan kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.

Orang yang mengamalkan wirid ini juga akan mendapati semua urusannya dipermudahkan oleh Allah.

Saudara/saudari,

Saya telah lama mengamalkan Ya Razzaq ini, dan saya akui ia amat berkesan sekali.. Kita ini hambaNya, segala rezeki datang dari DIA, jadi tak usahlah bimbang tentang rezeki kita, kita teruskan usaha, doa & tawaqal.. Serahkan segala2nya pada Allah.. Insya-Allah, rezeki pasti datang tanpa di duga2.. Jangan mengeluh, jangan kesal dengan kekurangan rezeki, kerana Allah pasti akan memberi yang lebih baik buat hamba2Nya yang bersabar dan sentiasa mengingatiNya.. Insya-Allah..

 

Assallammualaikum..

Wah, semua ceria jer hari ni yer, maklumlah, dah hari Jumaat, masing2 dah tak sabar nak bercuti esok & lusa.. Ada yang sudah ada rancangan dengan keluarga, dan ada juga yang nak keluar bersiar2 dengan kawan2..

Bercakap mengenai kawan2, saya sememangnya rindu pada kawan2 semasa di bangku sekolah dan di univesiti dahulu.. Rasanya, bagaikan tidak lengkap alam persekolahan dan universiti jika tidak ada “click” atau “group”.  Dari sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, hinggalah ke tahap pengajian tinggi, saya pasti ada 4 orang di dalam “click” saya.. Ye la, kalau 4 orang, maknanya ada 2 pasang dalam click tersebut, jadi yang tidak adalah kawan yang berjalan seorang atau tercicir.. hehe..

Masa di sekolah dulu, walaupun dah jumpa berjam2 di sekolah, kami tetap berhubung dengan telefon pada waktu malam, dari soal kerja sekolah, melarat2 ke perkara lain, apalagi kalau bukan gossip2 macam – siapa abang yang comel kat kelas 5A tu @ siapa yang break up dengan siapa.. Hahahah.. rasa macam minah propa pulak.. Tapi, masa tu, perkara tu dianggap biasa aje..  Lepas SPM, kami semua masih berhubung, masing2 berjanji untuk keep in touch.  Surat demi surat & reunion demi reunion kami hadiri bersama2, a lotttttttt of things to catch up & a lot of surpises happened along the way.  Masa tu juga, rasa macam tak nak kawan dengan orang lain dah, cuma nak stay together between 4 of us, because we were like sisters, tak boleh dipisahkan.. Itu cerita kawan2 sekolah

Masuk ke dunia U, jumpa kawan2 baru.. Di sini, pergaulan mula meluas, kawan2 datang dari berbagai latar belakang.. Dulu di skolah kawan dengan orang2 melaka aje, tapi dah masuk U, kenal dengan orang Selangor, orang KL, orang Neg 9, orang Perak etc etc.. Ia memang memberi kejutan kepada saya.. Saya juga mengambil masa mengenali & rapat dengan click2 di U kerana saya dulunya agak pendiam dan pemalu orangnya (confirm kena gelak gaban dengan kawan2 kalau diorang baca post ni.. hahahahaah) As the time goes by, saya mula rapat dengan beberapa orang teman, itupun kerana kami tinggal serumah & mengambil jurusan yang sama..

4 tahun di UiTM, hubungan kami macam adik beradik juga, susah senang dikongsi bersama, makan minum sama2, we share our stories about our crushes, our love story, our hopes, our dreams, everrything.. We even sleep on the sam bed & pillow!  And as usual, janji akan keep in touch la sampai bila2.. Kami tetap gaduh2 sayang, tapi ikatan persahabatan kala itu sangattttttt erat, sangat rapat, sangat kuat.. We can even finish each other’s line.. kalau waktu cuti semester, pantang hati tergerak @ teringat, pasti tiba2 telefon berdering @ sms berbunyi, pastinya dari teman yang diingati itu..

Saya ingat lagi, salah seorang teman rapat saya – di akhir semester, menangis tersedu2 pada hari terakhir.  She made us promised to keep in touch forever.. I still can recall how bad she cried that day.. But that was long ago..

Kini, masing2 dah bekerjaya.. Dah hampir 7 tahun zaman pembelajaran itu kami tinggalkan.. Dan secara jujurnya, saya telah kehilangan semua kawan2 saya, even the one yang menangis teresak2 dan berjanji untuk bersama2 selama2nya.. Entah mengapa dan di mana silapnya, saya sendiri pun tidak tahu.. Tahun pertama di alam kerjaya, kami masih berhubung, menceritakan kerinduan kami pada waktu2 kami bersama di U.. dan as the time goes by, panggilan telefon, sms & email makin jarang2 diterima.. Saya selalu merasakan, saya seorang saja yang beria2 untuk keep the friendship alive tapi yang lain2 macam terlalu sibuk dengan life masing2..

Teman saya yang menangis teresak2 tu, kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, memang sangat berjaya, sangat bergaya, walupun dulu dia yang paling selekeh antara kami semua.. Sedikit demi sedikit, dia menjauhkan diri @ mungkinkah kami yang malu mendekatinya lantaran perbezaan jawatan & pangkat?  Entahlah.. tapi memang susah utk menghubungi kawan saya nan seorang ini selepas kami memasuki alam pekerjaan.. Saya cuma tahu perkembangannya di facebook, melihat dia enjoy sana sini dengan teman2 baru di dalam dan luar negara.. Alhamdulillah, I’m sincerely happy for her..

Yang seorang lagi, senyapppppppp selepas kawin, banyak kali juga cuba dihubungi, namun diam membisu.. Kali terakhir kami ketemu, di hari persandingannya, dan kini hanya melihat dia di Facebook..

Yang satu lagi ni, kami still rapat, sehinggalah apabila saya berkahwin.. Dia tidak lagi sms saya macam biasa, call jauh sekali, YM pun dibalas sekali sekala.. Saya memang amat2 terasa hati dengan teman yang seorang ini, kerana antara banyak2 teman, saya palingggggggg rapat dengannya.. terlalu banyak suka duka yang saya kongsi dengannya, terlalu banyak rahsia yang kami pendam bersama, tapi tu lah, sahabat yang saya sangka akan jadi best friend forever ni, cuma best friend for a while.. Saya sangat2 terkilan dengannya.. Saya cuba telefon, sms @ YM beliau, tapi jarang2 dibalas, alasanya SIBUK BEKERJA.. owhhhhh, come on la, dulu pun sibuk kerja, kenapa masih ada masa untuk saya?  Adakah kerana saya dah berkahwin, maka kita dah tak boleh macam dulu lagi??? Sedih sangat, tapi nak buat macam mana, orang tak sudi nak kawan dengan kita, tak kan lah nak terhegeh2 lagi..

Owh, lupa pula saya, kawan2 persekolahan juga semuanya sudah menyepi, berpindah dengan suami & sibuk dengan anak2.. Sepi, senyap, sunyi..

Kini saya cuma ada suami dan adik sebagai “best friends” saya.. Cukuplah adanya mereka, orang2 yang tidak hipokrit & sentiasa bersama saya.. Ya, memang saya akui, perlu ada kawan2 dalam hidup, but people will come and go, so let it be.. Kalau ada yang ingin berkawan dengan saya, saya terima, tapi saya tidak akan mengharapkan lagi persahabatan yang berpanjangan, saya tidak akan mengharapkan lagi kawan2 yang sejati..

Adik2 yang masih belajar, ingatlah, kawan2 tidak akan selama2nya dengan kita, bila masing2 sudah meninggalkan alam persekolahan, alam universiti, masing2 akan bawa haluan masing2.. Mungkin anda yang akan meninggalkan mereka @ mungkin mereka yang akan meninggalkan anda untuk kawan2 baru yang lebih hebat dan bergaya.. Saya akui, amat sukar mencari seorang rakan yang sejati, yang akan bersama2 anda hingga ke akhirnya.. Bagi anda yang telah menemui rakan sejati, tahniah, saya doakan persahabatan anda dirahmati Allah, bagi yang mengalami nasib seperti saya, life must go on.. Sedih, memang sedih, tapi ada hikmah disebalik semua kejadian.. Insya-Allah…

Apa2 pun, saya doakan yang terbaik buat sahabat2 saya ini, di dunia & akhirat.. Aminnnnnnnn

p/s: My biggest appreciation goes to Along for being with me thruout this motherhood journey… Thank you very much Long.. U know who u are ;)

Tandas oh Tandas..

Posted by: Ayuin motivasi
22
Apr

Assallammualaikum..

Semoga kita semua berada dalam lindungan & peliharaan Allah dari segala bala dan malapetaka pada hari ini.. Insya-Allah..

Pagi2 tadi, masa masuk tandas, hati saya dah panassssss semacam.  Masakan tidak, tandas sangatttttttt kotor, ada orang dah membuang, tapi tak tau nak flush.. Hairanlah saya.. Di level saya ni, rasanya semua sekolah hingga tingkatan 5, rasanya semua berpelajaran, tapi bila tiba bab jaga tandas, perangai mengalahkan orang zaman neolitik & paleolitik!!

Satu lagi, memang setiap pagi, akan ada taburan “bunga2″ abu rokok & putung rokok merata2 dalam toilet tu.. Kat sini, perempuan lebih hebat menghisap rokok dari lelaki tau! So, toilet tu memang selalu “berasap”.  Lepas tu, yang tak tahannya, hisap rokok tu sambil tengok cermin yang besar tu, mungkin sedang berangan-angan melakonkan watak apa agaknya di depan cermin tu.. padahal, depan cermin tu, dah ada papan tanda besar – NO SMOKING! Tapi mungkin ada yang tak pagam bahasa @ buat2 tak paham la tu.. Hadoi, macam2 perangai… kata kakak cleaner di tempat saya ni, tandas lelaki lebih bersih dari tandas perempuan, penat dia memberus dan mencuci tandas perempuan setiap pagi..  

Perasaan saya bercampur baur bila cerita tentang tandas ni.. Mana2 saja yang saya pergi (dalam Malaysia la), susah betul nak jumpa tandas yang bersih, terutama yang percuma la, rasa macam masuk dalam loji kumbahan kalau masuk toilet percuma ni. Yang berbayar sekalipun, ada yang kotor juga, rasa tak berbaloi bayar RM0.30 untuk masuk toilet tu.. Air kencing, najis, tisu dan tuala wanita, bersepah2 atas lantai @ di dalam lubang tandas.. Kadang-kadang terbantut “hajat” sebab geli dan loya tengok keadaan tandas tu..

Hairan ye, nama tandas perempuan, tapi kotornya mengalahkan tandas lelaki pulak.. Bukankah perempuan sepatutnya terkenal dengan sifat kebersihan dan ketelitian? Kadang-kadang saya terfikir, macam manalah agaknya tandas di rumah mereka? Kotor dan jijik juga @ dijaga rapi & bersih?  Manusia ni, kalau barang sendiri, biasanya akan dijaga elok2, dibersihkan dan sebagainya, tapi kalau dapat barang free, buat tak endah saja.. Bilalah mentaliti ini akan berubah agaknya???

Rasanya kerajaan pun kena buat 1MALAYSIA, 1TANDAS la, baru semua orang akan jaga tandas elok2.. Ataupun agaknya kena letak seorang Security Guard dalam toilet, setiap kali ada seorang pengguna keluar dari toilet, security guard akan check keadaan toilet, kalau kotor, si pengguna tadi kena cuci sampai bersih, kalau ingkar, kena saman, yang perlu dibayar di pintu masuk toilet.. Hehehhe.. Melampau ke cadangan saya ni? Agaknya kalau buat macam ini, barulah tandas terjaga dengan rapi & bersih..

Satu lagi, mungkin kerajaan kena buat iklan – SAYANGILAH TANDAS ANDA.  Iklan tu mesti tunjuk tata cara yang betul untuk masuk ke tandas, dari saat masuk tandas, buang hajat, flush, buang tisu hinggalah keluar tandas semula. Iklan tu pulak, mesti dimainkan waktu2 prime time, masa berita semasa @ time2 cerita best2 ditayangkan, dan dalam panggung wayang, supaya melekat dalam kepala otak semua orang tatacara yang betul menggunakan tandas.. Pastu, dalam tandas tu sendiri, kena mainkan iklan tu, pasang2 kuat2 supaya mereka ikut semua etika penggunaan tandas!!

Another way is that, pastikan tandas tu ada pinru automatik.. Ni mungkin mahal sikit la, tapi setiap kali orang gunakan tandas, mesin akan tanya – Have u flushed your toilet?  If not, please do so.. 2)  Please throw the tissue inside the bin. Please make sure the toilet is clean.  Haaaaaaaa, dah siap2 semua tu, baru pintu toilet akan dibuka.. Hahahahha.. Maaf, agak biul sikit hari ni, emosi bila cerita pasal toilet ni! :p

Kalau difikir2kan, bukan susah sangat nak flush toilet lepas digunakan, cuma tarik @ tekan saja butang dalam toilet tu.  Tempat buang tisu pun ada disediakan.  Tapi entah mengapa yer, susah sangat tangan tu nak menarik flush tersebut @ buang tisu dalam bekas yang disediakan..

Saya harap, selepas baca post saya ni, kita semua sama2 ambil tanggungjawab menjaga tandas2 di negara kita ni.. kalau kita boleh jaga tandas di rumah agar bersih, harum2, maknanya, kita boleh juga buat benda yang sama pada tandas2 awam.. Kita buat benda yang sama dalam semuaaaa tandas, so tak ada bezanya tatacara penggunaan tandas di rumah @ di luar.  Bersama2lah kita jaga kebersihan, bukankah kebersihan dituntut oleh setiap agama…?  

Malaysia ni tempat tarikan pelancong, tapi kalau masuk toilet, FAIL! Biarlah pelancong2 ni balik ke negara mereka dengan cerita2 baik mengenai negara mereka, dan bukan tentag betapa jijiknya tandas2 kita, ok!  Malaysia boleyyyyyyyy!

Satu Malaysia, Satu Tandas! heheheheh ;)

Orang ikhlas itu tertindas?

Posted by: Ayuin motivasi
19
Apr
Assallamualaikum semua
cuma ingin berkongsi satu petikan email yang saya rasa bagus untuk dijadikan panduan, Insya-Allah

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
 
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.
 
Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes