Rugi hampir 2 minggu :(

Posted by: Ayuin Love
16
Mar

Assallammualaikum..

Hari ni saya mampu menarik nafas lega sebab blog dah boleh akses..

Sebelum ni ada masalah sikit sebab saya yang buta IT ni, tak tau cam maner nak settle.. Domain ni, beli dengan namecheap, hosting lak dengan exabytes.

Bila saya email kat exabytes, ini jawapan yang diberikan:-

Dear Ayu,

Thank you for your email.

Kindly be informed that both the domains of ayufatarina.com & panduancintalelaki.com were no longer pointed to our server. This is because you did not update the DNS of both domains to ns101.mschosting.com & ns102.mschosting.com

You will need to request your current domain provider to update the DNS for you.

If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You!
Sincerely,
Sharon
Customer Service Executive
MY – Customer Service Department

Mujur lah adik angkat merangkap sifu saya – FirdausNs memberikan bantuan.. Alhamdulillah.. Terima kasih Aus, i owe u a good lunch! hehehe.. Lepas ni memang kena belajar la benda2 ni semua.. huhuhu..

Saya bercuti dari 8-15hb Mac. Pengasuh anak saya balik ke Sabah, so saya dan suami pun bawaklah anak cuti2 Malaysia.. Kami ke Colmar Tropicale di Pahang, dan ke Aquaria, KLCC.. Insya-Allah saya akan update dan berikan informasi mengenai percutian kami, manalah tau, anda juga sedang merancang percutian, so maybe coretan saya boleh membantu anda merancang percutian..

Salam sayang :)

Ya Khafidh – Maha Menjatuhkan

Posted by: Ayuin Love
2
Mar

Assallammualaikum,

Hari ini saya kongsikan satu lagi nama Allah yang amat indah.

Ya Khafidh bermakna Maha Menjatuhkan.  Ini bermakna Allah menjatuhkan orang yang selayaknya dijatuhkan kerana kelakuannya sendiri, yakni dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan..

Sesiapa yang membaca Ya Khafidh sebanyak 500x sehari, Insya-Allah akan dikabulkan hajat dan dijatuhkan martabat musuh atau penentangnya.  Wirid ini hendaklah dibaca dalam keaadaan khusyuk dan bersih dari najis dan hadas.

Yang keduanya, amalkan Ya Khafidh sebanyak 1000x, Insya-Allah akan mendapat keamanan dari musuh..

Selamat beramal :)

Azam Bulan Mac, 2011

Posted by: Ayuin Love
1
Mar

Assallammualaikum,

Sekejap aje dah bulan Mac kan.. Bulan Januari dan Februari, saya memang dilanda kesibukan yang amat sangat sebab terlalu banyak projek baru yang masuk dalam company.. So sebagai kuli terhormat, kenalah siapkan semua kerja2 tu dulu.. huhu

Bersempena dengan bulan Mac ni, saya berazam untuk update blog ni setiap hari (yer la tu.. hahaha)… Saya harap Allah mudahkanlah impian saya ni, sayang terngok blog terbiar aje.. every year renew, tapi tak gunakan sebaik2nya.. So, tolong doakan agar saya bersemangat dan terus bersemangat untuk update blog, hatta untuk memberikan sepotong doa buat amalan kita semua..

Ok,  nak g cari idea jap untuk menulis esok.. hehehe..

Salam sayang!

Tupperware Clearance

Posted by: Ayuin Love, produk
23
Feb

Assallammualaikum….

Saya ada beberapa item Tupperware yang saya nak jual, sebab dah penuh sangat dalam stor.. hehehhe…

So, jom cuci2 mata, mana2 yang berkenan, bolehlah email @ sms @ call saya terus yer..

Ni set deco cannister – harga = RM150.00 termasuk postage



ni namanya Take-A-Lot set = RM90.00 termasuk postage yer..


yang ni pulak saya namakan orange set jer la – RM150.00 gak, termasuk postage!

saya cuma ada satu set untuk setiap unit yer, so cepat2, jangan lengah! heheheheh..

ada free gift untuk pembeli ;)

Tolonglah jangan selfish sangat!

Posted by: Ayuin Love
21
Feb

Assallammualaikum.

Apa khabar semua?  Harap semuanya sihat dalam peliharaan Allah selalu.. Insya-Allah..

Sabtu lepas, saya ke McD di Nilai.. saja berjalan2 dengan suami di hujung minggu.. Waktu saya sampai tu, lebih kurang jam 2 petang, orang memang ramai, yer la kan, pukul 12-3 kan ada diskaun untuk lunch..

So, saya, suami, baby dan adik ipar pun masuklah ke dalam mcd.. pusing2 cari tempat, semua occupied.. so saya beratur la dulu, mengharapkan ada tempat kosong in a few minutes.. dalam 20 minit beratur, ada satu family ni bangun, so Alhamdulillah, ada tempat kosong untuk kami bertiga..

Tapi, saya rasa annoyed pulak bila tengok ada beberapa orang yang sangat “cerdik”, duduk di meja utk 4 orang, padahal, mereka datang seorang sahaja.. sementelah McD memang ada menyediakan wifi, si orang2 cerdik ni pun melambakkan buku2 dan kertas atas meja, konon2 buat assignment, tapi bila saya jenguk, tengah buat assignment Facebook dan menonton youtube!!

Saya rasa geram juga la.. yer la, waktu2 pack macam tu, janganlah selfish sangat.. Kalau anda seorang diri, cari la tempat duduk untuk dua orang.. jadi orang2 yang datang dengan keluarga, atau berempat, boleh menggunakan meja yang lebih besar.. kalau anda gunakan meja untuk 4 orang, padahal anda hanya datang berseorangan, kesian pada kakak2 / makcik2/ baby2/ adik2 kecil yang tak ada tempat duduk disebabkan “kecerdikan” anda yang tidak memikirkan orang lain..

kalau bukan waktu pack, tak mengapalah kan, duduklah seorang hatta di meja yang disediakan untuk 8 orang!!!

Malaysians, please change your attitude! please dont be selfish.. its not hard to be generous, to be polite, to be kind, to be considerate people.. it always starts with tiny little things.. So, the next time you go to mcd or any other food outlet, do give a thought of what i’ve written today ya!

salam sayang :)

That’s life…

Posted by: Ayuin Love
18
Feb

We never get what we want

We never want what we get

We never have what we like

We never like what we have

And still we live & love

That’s life…


….

Tanda Kebesaran Allah

Posted by: Ayuin Love
19
Jan

Assallammualaikum kawan2 sekalian,

Subahannallah, Allah yang Maha Agung, menunjukkan kepada kita betapa hebatNya DIA..

Gambar ini diambil di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali..

Lihat dengan teliti ranting2 pokok di dalam gambar itu, ianya membentuk kalimah Allah.. Subahannallah, Alhamdulillah, Allah Huakbar!

Apabila Pakar Berkata-kata :)

Posted by: Ayuin Love
14
Jan

Assallammualaikum,

Untuk bacaan semua, fikir2kan, dan selamat memilih.. hehehe ;)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas dan terhempas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitau sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini. Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur. Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini. Empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat. “Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal. Hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. sumber: bernama

Assallammualaikum Semua..

Saya terjumpa satu blog yang aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz.

 

Tuan2 & Puan2 boleh lawati blog tersebut – http://eksekutifsuri.blogspot.com/

Marilah kita sama2 membantu meringankan bebanan saudara-saudara Muslim kita.. insya-Allah, ini saham akhirat yang kita laburkan untuk mendapat keredhaan Allah.. :)

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes