Muhammad Izz Iemrand

Assallammualaikum..

Hari ini hari yang ke 28 saya bergelar seorang ibu.. Benarlah kata orang, syurga itu di telapak kaki ibu.. Baru saya tau betapa susah payahnya ibu menjaga saya ketika saya kecil dahulu.. Tak terbalas jasa & pengorbanan ibu buat saya..

Muhammad Izz Iemrand, begitulah nama si comel saya & suami.  Izz bermakna kekuatan, dan Iemrand bermaksud yang berbudi bahasa.  Buat pengetahuan semua, Iemrand dijangka lahir pada 06/06/2010, namun air ketuban saya sudah bocor.  Disebabkan itu, doctor terpaksa induce untuk mempercepatkan kelahiran baby saya itu.  So hari ni, saya nak kongsi cerita tentang saat2 kelahiran Iemrand.  Semoga pengalaman ini dapat dijadikan rujukan dan pengetahuan untuk first time mothers & fathers.. 🙂

Pada 08/05/2010, setelah solat Zohor, saya merasakan ada air keluar, disertai dengan lendir, seperti putih telur.  Air itu tidak berbau dan berwarna jernih.  Saya segera memaklumkan kepada suami & kami bergegas ke Pusrawi Kota Damansara untuk pemeriksaan.  Dr Zul memeriksa saya dan dia mengatakan tidak ada apa2, cuma jangkitan kuman.  Saya diberikan suntikan di bawah sana tu dan kemudian saya dan suami balik ke rumah.

Sehari selepas diberikan suntikan tersebut, bila waktu malam, saya dapati masih ada air berwarna jernih dan tidak berbau keluar.  Ada kalanya banyak & ada kalanya sedikit.  Selalunya, air tersebut keluar setelah saya buang air kecil.. Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa2, namun masuk hari ketiga & keempat, air jernih itu keluar makin banyak.. Pada 13/05, selepas Isyak, saya ke Pusrawi sekali lagi.. Dr Zul membuat scanning dan dia mengatakan memang air ketuban saya sudah kurang dan dia mengesyaki air yang keluar sejak 08/05 itu adalah air ketuban. Memandangkan pada ketika itu kandungan saya baru berusia 36minggu, Dr Zul tidak mahu mengambil risiko yang akan melibatkan saya dan bayi (bayi boleh lemas & meninggal jika air ketuban kurang), jadi saya dirujuk ke Hospital Sg Buloh pada malam itu juga.  Semasa di dalam kereta, air mata saya sudah tidak dapat ditahan lagi, saya amat risaukan keadaan bayi saya ketika itu.  Suami pun risau juga.  Kami menghubungi ibu dan ayah di kampung dan memaklumkan keadaan saya.  Setelah berkemas ala kadar, kami bertolak ke Sg Buloh.  Dalam perjalanan, berbagai2 perkara bermain di fikiran saya.. Yang pasti, saya tidak henti berdoa agar anak saya selamat…

Sampai di Sg Buloh, setelah pendaftaran, saya diperiksa oleh doktor.  Rahim diperiksa untuk bukaan.  Doktor mendapati rahim hanya terbuka sebanyak 1cm sahaja, dan tidak terdapat tanda2 air ketuban bocor @ pecah.. Perut saya discan sekali lagi, dan doktor mengatakan air ketuban cukup untuk bayi saya.. Namun demikian, saya ditahan selama satu malam, untuk memastikan tiada air ketuban yang keluar.  Pada malam tersebut, ada air jernih yang keluar, tetapi tidak banyak, sedikit sahaja.  Keesokan harinya, setelah diperiksa, saya dibenarkan pulang.  Diagnosis menyatakan yang keluar ialah lebihan air kencing.  Namun demikian, air jernih itu keluar lagi bila saya sudah sampai di rumah.  Pada pagi Ahad, ketika saya mahu bangun untuk solat Subuh, air jernih tersebut keluar dengan banyak sekali sehingga membasahi lantai.  Saya agak panik, namun berpegang pada kata2 dr, saya abaikan perasaan saya.

Tetapi, pada sebelah malamnya, saya agak gusar kerana saya sudah mengalami sedikit contraction.  Setelah berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dr Fatima di KJMC pada keesokan harinya.

Pagi Isnin, 17/05, saya menemui Dr Fatima dan menceritakan keadaan saya.  Beliau membuat scanning lagi dan mendapati memang air ketuban saya sudah kurang.  Menurut beliau, air ketuban di bahagian kaki anak saya sudah sangat sedikit, dan melalui scan tersebut juga, didapati air ketuban hanya banyak di bahagian muka anak saya, yang membolehkan dia bernafas.  Saya hampir menangis waktu itu kerana risaukan anak di dalam kandungan.  Dr Fatima bertegas menyuruh saya kembali ke Sg Buloh untuk ditahan di wad & di induce.

Saya menghubungi suami, dan kami pulang ke rumah.  Di rumah, saya sudah menangis2 mengenangkan bayi saya, ditambah pula dengan ketakutan dan ketidaksediaan untuk bersalin lagik.. Dan maaf ye, saya juga takut sebenarnya utuk bersalin di Sg Buloh kerana terlalu dimomokkan dengan teruknya keadaan dan layanan di hospital kerajaan.  Saya bersolat asar, memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah.. Antara doa yang saya panjatkan ialah- Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambamu yang serba kekurangan ini.. Andainya bersalin di Sg Buloh pilihanyang terbaik untukku dan anakku, Kau berilah aku kekuatan dan semangat untuk menghadapinya..

Benarlah, jika kita menyerahkan urusan hidup kita pada Allah, segalanya akan berjalan lancar.  Saya seakan mendapat ketenangan dan kekuatan usai solat itu.. Kemudia, saya memberitahu suami utk menghantar saya ke Sg Buloh setelah solat Maghrib.

Dalam pukul 8.30 malam, pada 17/05 itu, saya sampai di Sg Buloh dan diperiksa oleh Dr Faizul, muda lagi Doktor ini, namun layanannya sangat baik dan profesional.  Kebetulan sewaktu membuat pemeriksaan, ai ketuban saya keluar sedikit.  Jadi Dr mengatakan bahawa antibiotik mesti dimasukkan dalam badan agar bayi tidak terkena jangkitan, dan saya ditahan di wad semalam lagi.. Sepanjang di wad, CTG dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan bayi saya masih bernafas.

Jam 10.30 pagi, pada 18/05, Doktor memeriksa sekali lagi dan menyatakan bahawa saya perlu di induce (dipaksa bersalin dengan memasukkan ubat di bawah sana tu).  Saya dibawa ke tingkat 6, dan ubat induce pertama dimasukkan pada jam 12.00 tengahari.  Dalam masa 6 jam, andainya ada contraction & bukaan, saya akan ditolak ke labour room.  Masa berlalu, tiada kesakitan lagi.  Kemudian, jam 6.30 petang, sebiji lagi prostins dimasukkan.. Kali ini, dalam masa sejam kemudian, lendir disertai darah sudah mula keluar… Hati saya mula berdebar, namun tidak begitu terasa kerana ketika itu suami & keluarga saya ada menemani..

Doktor membuat pemeriksaan sekali lagi jam 12.30 malam, namun rahm masih lagi terbuka 2 cm sahaja, tapi sudah mula menipis.  Jam 3.30 pagi, air ketuban pecah sepenuhnya.  Kain, kain batik dan cadar basah dengan air ketuban.  Doktor datang memeriksa dan dia suruh saya tidur dahulu, Insya-Allah esok boleh bersalin katanya..

Jam 8, rahim saya diseluk sekali lagi, sakitnya hanya Allah yang tahu.. (Buat pengetahuan ibu2 yang baru 1st time mengandung, seluk maknanya Dr akan masukkan tangan di bawah sana tu untuk periksa rahim.. Memang sakit sangat2.. Ketika Dr masukkan tangan, cuba rileks, tarik nafas dalam2, dan tahan, setelah Dr keluarkan tangan, lepaskan nafas, dengan cara itu, anda tidak akan merasa kesakitan.. ) Jam 8.30pagi, 19/05, saya ditolak masuk ke labour room.. Aduhai, tak henti mulut asya membaca ayat2 suci Al Quran, berzikir dan berdoa.. Hati saya sudah gundah gulana, tak tahu apa yang patut saya expect dari kelahiran pertama ini.. dengan zero knowledge tentang kesakitan yang bakal dihadapi dan cara meneran, saya memang sangat takut! Huhuhuh.. Di dalam labour room, air dan ubat utk mempercepatkan kelahiran dimasukkan melalui tiub di siku saya.. Saya mula terasa mabuk.. Nurse menasihatkan saya agar menggunakan gas pelali yang diletakkan bersebelahan saya bila kesakitan mula terasa.  Lebih kurang jam 10.30, saya mula terasa contraction yang kuat.. Aduhai, memang sakitttttttttt sangat, contaction ni rasa macam nak buang air besar, tapi Dr dan nurse dah beri amaran supaya saya jangan teran dulu, kerana rahim belum terbuka luas, dan jika saya teran juga, akan mengakibatkan vagina saya terkoyal. bengkak & lebam dan anak saya juga akan mengalami bengkak di kepala kerana tersepit.  saya cuba menahan, namun saya sudah mula menangis2 kesakitan, dan ditambah dengan gas pelali, saya seakan mamai dan tidak sedar andainya saya ada terjerit @ bercakap yang bukan2.. hehehehhe… banyak kali juga saya memanggil nurse dan dr bila contraction datang, memegang tangan mereka dan menyatakan saya betul2 rasa nak terbuang air besar, namun mereka menyuruh saya bertahan dan mengatakan rahim saya belum terbuka luas lagi.. Aduhai, seksanya kesakitan itu…

Jam 1.30, nurse membuat pemeriksaan rahim, dan sudah terbuka 10cm.. Saya disuruh meneran, kata mereka, teran macam kena sembelit.  Puaslah saya meneran, namun disebabkan nafas saya pendek, bila kepala bayi saya sudah keluar sedikit, Doktor tidak sempat tarik, dan kepalanya termasuk semula.. Hampir sejam, saya sudah kehilangan tenaga, Doktor bertanya andainya saya mahu suami saya masuk, saya mengangguk dan suami dipanggil.. Ketika melihat wajah suami, datang sedikit kekuatan… Waktu saya bersalin, rasanya da dalam 20 orang di dalam bilik tersebut, dr pelatih, nurse pelatih dan dr pakar.. Sekilas, saya nampak wajah suami yang gusar dan risau yang amat sangat melihat saya yang dalam kesakitan, ditambah dengan kaki saya yang diletakkan di atas palang di tepi katil.. Semua orang dalam wad menyuruh saya push.. Suami juga memberikan kata semangat agar meneran, katanya dah nampak kepala anak.. Dan ketika doktor menarik tangan saya, saya memang dapat merasakan kepala anak saya di bawah sana tu..

Alamak, si kecil dah menangis, nanti saya sambung lagi yer..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

petua mempercepatkan bukaan serviks,air ketuban keluar sedikit,cara mempercepatkan bukaan rahim,bersalin di hospital sungai buloh,pusrawi kota damansara,petua tambah air ketuban,air ketuban bocor,bukaan 1cm,tips mempercepatkan bukaan rahim,risiko air ketuban banyak,bersalin di pusrawi kota damansara,cara cek bukaan rahim,bukaan rahim,mempercepatkan bukaan rahim,bukaan rahim 1cm,mempercepatkan kelahiran,pengalaman bersalin di pusrawi kota damansara,pengalaman bersalin induce,risiko air ketuban kurang,hospital pusrawi kota damansara,tambah air ketuban,cara periksa bukaan rahim,pengalaman bersalin di hospital sungai buloh,punca air ketuban banyak,dr zul pusrawi kota damansara,hospital bersalin pusrawi kota damansara,air ketuban banyak,pengalaman bersalin di hospital sg buloh,petua mempercepatkan kelahiran,air ketuban kurang

14 thoughts on “Muhammad Izz Iemrand

  1. julaiha

    ops mata masuk habuk.. bergenang air mta baca pengalaman brsalin awak. saya juga masa brsln anak sulung tidak indah.. susah n koyak besar dibawah sana. anak 2nd lahir dgn suksea sbb sudah ada ilmu. skrg menanti ank ke 3 di hosptl besar klg. msh nebes mcm kelahiran selalu tu n msh rasa seluk bwh tu sgt menyakitkn… pg ni doc yg seluk saya sgt rough wpon dia perempuan. xde seni n sgt menyakitkn ati.. anyhow.. saya akan di induced nnt. semoga saya slmt melahirkn anak dgn jayanya..

  2. Ayu Post author

    Waalaikumsalam.. betul tu, hanya kaum ibu aje la yangtau betapa sakitnya nak beranak ni.. dah 3 tahun berlalu pun saya masih terasa sakitnya 🙂

  3. Ummi Hanie

    salam, dok google2 pasal bukaan rahim, tercampak ke sini…

    mmg pengalaman brsalin anak pertama, kita zero knowledge kan.. sy siap kena epidural lg.. huhu.. ank ke-3 dan ke-4 pun brsalin induced… sakitnya tahan berjam2 nak tunggu bukaan penuh tu.. lepas tu dah serik nak induced2 klu x de sebab sgt..
    Ummi Hanie recently posted..Shopping kasut raya anak di ZaloraMy Profile

  4. rabiahtul adawiyah bt bakar

    salam..sya pun air ketuban sikit..bila baca kisah puan..mengalir airmata saya,teringatkan kandungan sya ni..hr ni adalah due date sya..tp xda lg tanda2 sakit nak bersalin..takut sekali bila mndgr risiko air ketuban sikit..

  5. Ayu Post author

    Salam Farouq,
    betul, sakitnya, hanya Allah yang tahu
    sebab tu jangan menderhaka pada emak.. emak bertarung nyawa tau masa nak melahirkan kita semua.. 🙂

  6. mijie

    tahniah ayu sebab selamat dah melahirkan anak, minta maaf sbb lama tak bertandang ke sini dan hari ni baru tau, em maknanya dah 2 bulan lebih yer baby awk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge