Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian Akhir)

Assallammualaikum wbt

18.07.2013 – hari ke 9 berpuasa! Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan & kesihatan untuk puasa.. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua pada hari ini & semoga puasa kita lebih baik dari semalam, Insya-Allah 🙂

Finally, hari ni dapat nak menulis tentang Grand Place, Brussels!  Grand Place ni adalah salah satu tempat paling packed, sebab lawatan anda ke Brussels tak lengkap kalau tak ke sini.. Sini kiranya cam meeting point la.. Ada beberapa bangunan di Grand Place ni.. Nama lain bagi Grand Place ialah Grote Markt.  Di sini juga terletaknya Town Hall dan The Breadhouse (French: Maison du Roi, Dutch: Broodhuis). Grand Place ni berukuran  68 by 110 metres (223 by 360 ft) dan diiktiraf sebagai tapak sejarah UNESCO.

 Grand Place

 The Grand Place, with its ornate baroque and gothic guild houses, is listed as a UNESCO World Heritage site, and one of the most beautiful squares in Europe. Built as a merchants market in the 13th century, it serves as the city center and a great place to enjoy Belgian hospitality at one of the many terrace cafes. It is also a venue for many concerts & events throughout the year and during the warmer months has a vibrant, daily flower market.

Kami memulakan perjalanan dari hotel kira2 jam 9.30 malam.. Cuaca serendah 9C so memang pakai berlapis2 baju, siap bawak selimut untuk anak saya.. Jalanraya masih lagi sibuk so still feel safe masa tu..

Kira2 20 minit kemudian, kami sampai ke Grand Place.. Waktu tu, tak ada lampu lagi, keadaan sekeliling malap, cuma ada beberapa biji lampu saja dihidupkan.. Namun ramai tourist yang dah lepak2 sambil minum beer.. Polis pun ada sebab ada beberapa orang tengah set up pentas untuk Pesta Jazz keesokan harinya..

Brussels Jazz Marathon

 

Inilah dia rupa Grand Place pada waktu malam, sebelum dilimpahi cahaya..

Grand Place 2

 

Tiba-tiba, keadaan terang semacam.. jeng jeng jengggg!  Grand Place pun serta merta berubah rupa!!

Grand Place

 

Bangunan sekeliling pun mula bermandikan cahaya.. Masa ni semua tourist pun mula la bangun dan masing2 tak lekang cakap wahhhhh, ooooooooooo, aaahhhhhhhhhh, woooooooooooowwwwwwwww, termasuklah akak jugak dik non! haha.. Di waktu siang, bangunan2 ni nampak cantik, tapi bila malam, bangunan2 di situ seakan2 menjadi bangunan yang dibuat dari kaca @ kristal, sangat cantik!  Tak dapat nak describe, biar gambar aje berbicara, anda lihat beza bangunan di waktu siang & di waktu malam 🙂

 

Grand Place Brussels 1

Grand Place 3 Grand Place 6

Grand Place 11 Grand Place 10 Grand Place 5

Grand Place Brussels 2Grand Place 9

Grand Place 4

 

Grand Place 7

 

 

 

Grand Place 8

Grand Place DayGrand Place 12

Grand Place 16

Grand Place 13 Grand Place 14 Grand Place 15

Grand Place Guilds Grand Place 17

Antara banyak2 bangunan, yang paling menarik perhatian saya ialah The Town Hall.. Subahannallah, betul2 macam bangunan kristal..

Grand Place Brussels 3

 

Grand Place at Night

 

Town Hall 3

 

Clock at Grand Place

Lenguh jugak kepala terteleng2 tengok semua bangunan.. haha.. Rasa tak puas, macam nak baring kat situ & tengok semuanya!  Tapi masa tak mengizinkan.. Kami pikir nak kena jalan balik ke hotel, risau gak sebab kena lalu jalan yang agak sunyi sebelum jumpa jalan besar.. So dengan hati yang berat, kami melangkah balik.. Bye2 Brussels.. Semoga kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti.. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge