Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 3)

Assallammualaikum semua..

Masuk hari ni dah 8 hari kita puasa.. Kejapnya masa berlalu! Kalau zaman kecik2 dulu ni, dah tanda kalendar siap2 dan setiap hari kira berapa hari lagik nak raya kan? hehe.. Harap2 jangan ler ada mak2 budak @ bapak2 budak yang buat perangai cam ni, malu kat anak tau! haha..

Ok, bersambung dari entry yang dulu.. Masa kami singgah kat kedai kebab tu, hujan batu yang turun ok! saya tak tau la anda nampak ke tak, tapi cuba tengok betul2 bahagian yang saya bulatkan tu.. ha, tu ler bentuk ujan batunya.. besar2 manik camtu, sakit gak badan bila kena la! haha.. kalau pakai payung pun bengkok dibuatnya!

Hujan Batu di Brussels

Jadinya, kami pun makan pelan, minum teh pelan2 dalam kedai tu.. tuan kedai tu pun ok je, takder la kata nak halau kitaorang ke.. so we took our own sweet time dalam cafe tu..

Brussels juga terkenal dengan Belgium Frites.. Tengok dalam gambar tu, gemuk2 fries dia, rangup kat luar, lembut kat dalam.. Cicah pulak dengan samurai sos, makan time hujan & sejuk tu, perghhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nyaman!!  Harga bagi satu set ni ialah 5 Euro.. Teh 1 Euro.. pekat gila, melekat kat tekak..  Tak sure pemilik dia ni orang Turki @ orang Perancis sebab fasih sungguh dia berbahasa Perancis dengan customer2 dia, tapi rupa ada ala2 Turki la.. segan nak ambik gambar, kang dia kata nak ngorat dia pulak.. haha

Halal Food in Brussels Halal Food In Brussels 2

 

Usai makan & bila tengok dah ada matahari sikit, kami pun bergerak semula.. Berpandukan map, kami pun berjalan menuju ke The Royal Palais.. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat mural2 yang cantik menghiasi dinding2 bangunan..

Iem & Pingu Murals at Brussels
Murals at Brussels 2 Murals at Brussels 3

 

Akhirnya setelah berjalan kira 20 minit, kami pun nampak la taman yang cantik ni.. The Royal Palais terletak di atas tangga tu.. Kami tak pergi pun, setakat tengok dari jauh aje..

Royal Palais Brussels Royal Palais Brussels 2 Royal Palais Brussels 3

 

Dari sini, kami mengambil keputusan nak balik hotel sebab cuaca dah mendung.. On the way tu, jumpa building kaca dan jam ni, unik kan?

Building in Brussels Building in Brussels 2 Building in Brussels 3

Dari situ, terus aje berjalan ikut map & terjumpa dengan arca yang sangat tinggi ni.. Tak tau apa namanya sebab tak ada sign dalam bahasa Inggeris..

Tallest Statute in Brussels Tallest Statute in Brussels 2 Tallest Statute in Brussels 3 Tallest Statute in Brussels 4 Tallest Statute in Brussels 5

Taman Bunga

 

 

 

Tiang yang ada ukiran budak2 ni pulak terletak di tangga menuju ke bunga2 & singa tu…

Artistic Lamp post in Brussels

 

Patung2 ni pun tak tau ler apa maksudnya.. Tak sejuk ke tak pakai baju? hahahaha

Statutes in Brussels

 

 

 

Ini pulak sebuah sekolah di Brussels.. cantik kan? Walaupun bangunannya dah kira antik, masih well preserved & nampak kukuh..

School in Brussels2School in Brussels

Berhampiran dengan sekolah tersebut ada sebuah Chappel..

Chappel in Brussels

 

Signboard yang comel.. hehe

Unique Signboard at Brussels

Taman ni dikenali dengan nama Botanical Garden.. Cantik sangat, tapi kami tak berani nak masuk sebab ramaiiiiiiiiii homeless people kat sini.. Buatnya diacu pisau kat kami, naya aje kan.. so ambik gambar dari kejauhan.. 
Botanical Garden Brussels

 

Jalan2 lagik, tengok2 dah sampai BOTA.. ate, dah sampai perok ke? hahaah.. Tak la, ni masih di Brussels, nama tempat ni Bota – singkatan untuk Botanical Garden.. hehe.. Hotel Retro terletak betul2 di seberang jalan..

Bota Brussels

Apa yang dapat anda rumuskan dari posting hari ni? Tak tau?? Cuba tengok balik semua gambar yang saya posting kali ni – semuanya arca & mural & bangunan, semuanyaaaaaaaaaaa FREE OF CHARGE! Tapi walaupun free, semua arca, mural & bangunan ni cantik2 kan?   So siapa kata kena belanja banyak di Europe? Sometimes its the free things which make our journey more memorable.. 🙂

2 thoughts on “Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 3)

  1. Ayu Post author

    JM,
    kalau budak2 cute ler, cuba tengok arca orang2 tua naked tu! hahaha
    batal pose hahahaha

  2. jari manis

    JM mmg suka kalau free-free ni..arca pun cantik2 dan paling penting suka tgk pic budak2 naked tu cute..oppsss..JM..hati2..ko tu puasa heeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge