Merentas Sempadan 2 – Dari Antwerp ke Ghent, Belgium

Assallammualaikum semua..

Ada yang demam, sakit mata & selsema?? Minum air masak banyak2 ye & jangan lupa pakai mask, keadaan jerebu tahap membimbangkan sekarang.. Nak cuti, cuti dah ciput, nak tak nak kena la datang kije jugak kan.. Kat opis ni terbayang2 muka anak, kesian dia kena pegi school jugak walaupun cuaca buruk.. Semoga keadaan cuaca semakin baik esok, sama2 kita berdoa ye!

Ok hari ni saya sambung tentang percutian saya ke Belgium.. Dari Antwerp, kami menaiki train ke Ghent.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiket sehala untuk seorang dewasa berharga 9.20Euro (RM36.80).  Kami berhenti di station Ghent St Pieters.  Masa sampai tu, tercangak2 la carik lift, rupanya TAK ADA lift! So terpaksalah mengangkut beg & stroller ke bawah dengan menuruni tangga- sangatlah tidak user friendly!  Dah masuk dalam stesen, tercangak2 pulak carik tourist information centre.  Tidak seperti Antwerp, Ghent is NOT a tourist friendly centre.  Kami berpusing2 dalam station, tak jumpa pun mana2 tempat untuk informasi.. Akhirnya, beratur kat train counter untuk bertanya arah ke hotel yang telah ditempah, iaitu Parkhotel.   Menurut petugas, kami kena naik bus, turun di Bus Station Ghent Zuid, pastu kena jalan kaki ke Parkhotel! Adoi la, dengan satu backpack besar, 1 bagpack kecik, 1 beg tarik + 1 stroller, nak kena naik bus pulak????? tensen.. tapi no choice, kami keluar dari centrale, perhentian bus terletak di belah kiri.. Mujurlah banyak bus yang ke Bus Station Ghent Zuid.. Dengan bayaran 4Euro, kami tawaqal je naik bus tu..  Bus tu panjang, macam 2 bus disambungkan bersama, dan luas jugak la..

Sampai ke Bus Station Ghent Zuid, kami tanya orang lagi untuk ke Parkhotel.. Tanya 3-4 orang, baru la sampai, itu pun dah sesat 2 kali.. Rupanya hotel tu terletak di bahagian belakang kami dah lalu dpan hotel tu 2kali, Kena lalu satu pintu gerbang besar, pastu ikut laluan & papan tanda untuk ke receptionist.. Masa tu dah pukul 4 petang.. check in cepat, 5 minit je dah selesai, terus masuk bilik.. badna memang dah penat sangat.. Nasib baik bilik tu cantik! Siap ada towel bentuk swan lagi.. So lepas susun barang2, mandi, solat, kami pun keluar menuju ke old town.. Masa tu dah mendung dah.. risau sangat jadi macam di Antwerp.. Saya tak putus berdoa supaya cuaca baik..

Parkhotel Ghent 3 Parkhotel Ghent Belgium

 

Perjalanan dari hotel ke old city mengambil masa lebih kurang 20 minit jugak la kalau berjalan.. Cuaca sangatttttttt la sejuk! Bila angin bertiup tu, adoi la, rasa nak balik ambik comforter balut badan! huhu.. Sekali lagi, nasib tak menyebelahi kami sebab hujan mulai renyai.. bila hujan, nak ambik gambar pun tak best sebab tak nampak clear.. Tapi dah alang2 menyeluk pekasam, kami posing2 jugak walaupun kesejukan menggigit tulang.. Bangunan di Ghent ni pun dah beratus2 tahun, tapi masih kukuh & seni binanya sangat cantik.. Rasanya kalau malam lebih cantk sebab dilimpahi cahaya..

Ghent 1 Ghent 2 Ghent 3

St Bavo's Cathderal

St Bavo’s Cathderal

Ghent 5

Belfort

Belfort

 

Pos Plaza
Pos Plaza

 

Ghent 7

Ghent 12Ghent 13

 

Gravesteen Castle
Gravesteen Castle

 

Ghent 8 Ghent 9 Ghent 10 Ghent 11

Ghent 15 Ghent 16 Ghent 17 Ghent 18 Ghent 19

Ghent 44

Law Courts

Law Courts

Ghent 21 Ghent 22

 

 

Makin lama angin makin kencang, sejuk tak boleh nak cakap la, muka, tangan, semua dah kebas!.. so kami decide patah balik ke hotel.. perut pun lapar sangattttttttt masa tu.. kedai pulak banyak dah tutup.. kami redah je la kot2 jumpa kedai makan kan.. hampir sejam jugak kami ronda2 cari kedai makan, tapi tak jumpa.. dah la sejuk, lapar, sesat, mula la nak beranginnn jer kan.. huhu.. kesian kat anak saya jugak sebab sejuk.. nasib baik ada biskut & chocolate so bagi dulu kat dia untuk alas perut.. sepanjang jalan tu tak putus baca ayat Qursi, minta Allah mudahkan kami untuk jumpa kedai makan, dan Alhamdulillah, Allah membantu.. jumpa satu kedai kebab.. Syukur… kami tapau aje sebab waktu tu dah 10.30 malam.. Sampai hotel terus makan dulu, pastu mandi, solat, tidoo.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Esoknya (22/05/2013) saya dah terjaga awal.. Cuaca elok sangat2.. Suami & anak masih pengsan kepenatan.. Saya tengok jam baru pukul 7. pagi.. tak sampai hati nak kejut mereka untuk berjalan sama2 so saya minta izin suami untuk jalan2 seorang diri ambik gambar.. suami kata ok, jaga diri baik2.. hehe.. dah dapat green light, saya cepat2 siap2 dan meneruskan perjalanan ke old city.. Gambar2 hari kedua lebih elok sebab cuaca cerah..  🙂

Tengok gambar dulu ye, nanti Insya-Allah saya update informasi tentang bangunan dalam gambar2 ni..

Dalam perjalanan balik ke hotel, terjumpa Mr Raymond, seorang  penduduk tempatan yang sudi memberikan sedikit pencerahan tentang arca2 & bangunan yang berada di sekitar old city tu.. Tq Mr Raymond!

 

Belfort

Belfort

Ghent 24 Ghent 25 Ghent 26 Ghent 27

City Hall

City Hall

Mason's Guild Hall

Mason’s Guild Hall

Ghent 30 Ghent 31

Saint Nicholas Church

Saint Nicholas Church

Ghent 33 Ghent 34

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 37 Graslei & Korenlei

St Michael's Bridge

St Michael’s Bridge

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 41

Graslei & Korenlei

Graslei & Korenlei

Ghent 43

Town Hall

Town Hall

Ghent 47

Royal Dutch Theatre

Royal Dutch Theatre

Ghent 49 Ghent 50

Arca Pelukis Mystique of the Lamb

Arca Pelukis Mystique of the Lamb

Mr Raymond yang mmeberi sedikit penerangan tentang Ghent :)

Mr Raymond yang memberi sedikit penerangan tentang Ghent 🙂
Saya sampai di hotel lebih kurang jam 8.30.. Hotel sediakan sarapan, so kami pegi la tengok apa yang boleh dimakan.. ada telur, roti, croisant, buah, yogurt, coffee & tea.. so kami makan dulu & bergerak pulak ke Brussels.. Kena naik bus semula ke Ghent St Pieters, pastu naik train ke Brussels… Kat Brussels lagik stress, nanti saya citer ek.. Adiyos!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bercuti ke belgium

5 thoughts on “Merentas Sempadan 2 – Dari Antwerp ke Ghent, Belgium

  1. Pingback: Bye-bye Belgium, hello again Amsterdam (Part 1) | AyuFatarina.com

  2. Ayu Post author

    kena minum air masak lebih2 JM.. cuaca tak elok skrg ni kan..

    ha time ni ujan, gigil lutut.. huhu

  3. jari manis

    JM pun dah mula sakit tekak nih

    eeee..rasa sejuk pulak bila tgk picture2 ni..yo lah hujan time 🙂

  4. Ayu Post author

    Ha’ah boss.. Ujan lebat, pastu dah malam, dah pukul 9.00 camtu.. diorang kat sana kan pukul 6.00 dah tutup kedai.. kitaorang je pelancong gigih yang dok jalan dalam ujan! hahahah

    pastu gammbar2 yang cerah sikit tu, ambik pukul 8.00 pagi, depa tak bangun lagik.. hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge