Mampukah anda jadi sesetia Atuk Chew???

Assallammualaikum semua…

Sebelum anda menonton iklan tersebut, sediakanlah tisu banyak2!!

Klik di sini untuk lihat iklan tersebut:

Saya menangis tak kala menonton kisah Atuk Chew ini.. Ini sebenarnya iklan insurans di Thailand… Kisah seorang lelaki tua yang setiap hari mereneh sup, dan kemudia mendaki bukit dengan sup & gitar ditangannya.. Dia telah melakukan aktiviti itu untuk 30 tahun, kerana dia telah berjanji dengan mendiang isterinya yang dia akan mereneh sup & memainkan lagu2 untuk isterinya selama2nya…

Menitis2 air mata saya menonton iklan ini dari awal hingga akhir.. Aduhhh, setianya lelaki ini.. Adakah agaknya lelaki sesetia ini di luar sana??? Pastinya ada, tapi mungkin hanya 1 dalam seribu..

Sucinya cinta beliau untuk si isteri,. hinggakan janji untuk mereneh sup & mendendang lagu itu tetap dilaksanakan walaupun 30tahun telah berlalu… Beruntungnya mempunyai dan memiliki cinta seorang lelaki yang sesetia ini..

Di akhir iklan – ada satu soalan di berikan kepada penonton –
HOW DO YOU TAKE CARE OF SOMEONE U LOVE TODAY?

Soalan yang sangat bagus, untuk kita berfikir dan menghargai orang-orang yang kita sayangi dan cintai, selagi mereka masih hidup dan bernafas.. Kadang-kala, kita cuma tahu menilai bila seseorang itu sudah tiada, sudah pergi meniggalkan kita dalam kesuyian.. Saat itulah kita baru nak melafazkan kata-kata cinta, melakukan perkara-perkara yang mereka suka, atau belajar menghargai mereka.. Namun, rasanya sudah terlambat, sebab mereka tidak dapat melihat & merasai lagi kasih sayang & cinta itu..

Saya harap, anda semua setia pada cinta, sesetia Atuk Chew.. Dan hargailah orang2 yang anda cintai, sementara mereka masih hidup…

2 thoughts on “Mampukah anda jadi sesetia Atuk Chew???

  1. Ayu Post author

    Hi Sofie,

    Terima kasih atas komen yang diberikan..
    Sebenarnya, fokus saya sekarang ialah pada kaum lelaki, sementelah saya sedang dalam prmosi ebook Panduan Cinta Untuk Lelaki.. Saya bukan meragui cinta lelaki, kerana ramai lelaki yang baik & setia di luar sana, manun saya sebenarnya memberikan pertanyaan agar ia difikirkan dan dijadikan titik permulaan untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik..
    Artikel2 & persoalan ini juga untuk orang perempuan yang tidak tahu menghargai cinta dan kesetiaan pasangan masing2..

    Nanti bila saya dah terbitkan ebook motivasi & cinta untuk orang perempuan, saya akan pastikan lebih banyak artikel difokuskan kepada kaum wanita pula, ok? 🙂

    Owh, kita semua manusia yang diaugerahi kehebatan, mungkin kita sahaja yang tidak bersyukur @ tidak tahu meggunakan kehebatan itu..

  2. Sofie

    seringkakli saya lewati web/blog..pembaca disajikan persoalan/titipan kisah cinta si lelaki..dimana kisah cinta si wanita?? tidak hebatkah mereka? lalu kurangnya keraguan.. dan diragukan cinta si lelaki sahaja.. setia dan keangungan adalah milik semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge