Salam semuaaaaaaaa!!

Hari ni saya tak ada mood nak bekerja.. rasa cam malasssssss jer.. heehhehe.. tapi, kena buat kerja jugak, tak nak makan gaji buta! huuhuhuuh

Urm, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat saya mengenai pemakaian baju kaftan @ dikenali juga dengan baju kelawar, secara khusus, baju kelawar untuk tidur.  Ada 3-4 kali, saya terjumpa dengan perempuan, makcik-makcik dalam lingkungan 45-55 tahun, dan kakak-kakak dalam lingkungan umur 30-35, yang memakai baju kelawar ini di Jaya Jusco, Tesco atau C4.. Mungkin anda akan berkata, biarlah, kan dia pakai baju?? Betul tu, tapi baju kelawar tu kan, baju untuk bersantai-santai di rumah, untuk tidur, wajarkah, atau sesuaikah di pakai untuk keluar membeli belah? 

Kalau anda semua perasan, bahagian lengan baju kelawar itu sedikit besar, jadi kalau angkat tangan, apa yang anda nampak?  Dot dot dot.. I leave that to your imagination.

Ada satu kejadian lagi, saya nampak seorang perempuan dalam usia 25-27 tahun, dengan selamba memakai baju tidur di Jaya Jusco.. Orangnya cantik, gebu.  Baju tidur itu, nipis, dibuat dari kain cotton, berwarna putih dan ada bunga-bunga kecil.. Seluarnya singkat sampai takat betis sahaja.. Bayangkanlah, baju tidur yang nipis itu, pastinya menampakkan baju dan seluar dalamnya.. Aduh.. Dot dot dot.. Dan dia seakan bangga apabila ramai lelaki yang melihat dan tersenyum penuh makna kepadanya..

Come on la, tak kanlah tak ada masa atau tak sempat bertukar pakaian untuk membeli-belah?  Tak kanlah tak terfikir baju itu tidak sesuai langsung untuk pergi ke tempat awam seperti itu?  Tak kanlah tidak terlintas di benak tentang aurat anda dengan berpakaian sebegitu?  Kalaupun itu kecemasan, tidak ada baju lain untuk dipakai, tak kanlah anda tidak boleh mencari alternatif lain dengan meminta pertolongan dari rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain???

Untuk para suami, tidak bolehkah menegur isteri atau anak-anak untuk bertukar pakaian sebelum ke tempat sebegitu?  Mana letaknya rasa tanggungjawab anda, untuk memelihara kehormatan isteri dan anak-anak anda?  Ingat, anda akan disoal di akhirat nanti mengenai tanggungjawab anda ini!

Seperkara lagi, untuk makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, jangan ambil mudah tentang pakaian anda.. Berpakaian selekeh atau tidak kemas, hanya memberikan alasan dan peluang kepada suami untuk cari lain… Tukarlah baju, kalau pakai seluar track dan t-shirt pun, saya masih boleh terima, tapi baju kelawar dan baju tidur, aduh, out of the list kalau nak pergi berjalan-jalan atau membeli belah di tempat awam!!!  Fikir-fikirkanlah, andai anda ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang berkelakuan sedemikian, tolonggggggggglah, nasihati dan sedarkanlah mereka.. Anda boleh mengubahnya!!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

makcik gatal,makcik seksi,Baju tidur nipis,mak cik seksi,baju kelawar,baju kelawar seksi,baju tidur kelawar,baju nipis,tidur dengan makcik,makcik gebu,baju kelawar online,yhs-per_003,baju tidur cotton,seluar dalam makcik,yhsm-imp1,seluar dalam nipis,baju tidur wanita cotton,baju tidurnya nipis,mak cik gatal,baju tidur cotton online,baju tidur kaftan,main dengan makcik,baju tidur kaftan batik,makcik yang seksi,baju kelawar terengganu,baju tidur kaftan online,baju tidur online,makcik ku gatal,baju nipis nampak dalam,seluar dalam kakak

Tags: , , , ,

This entry was posted on Tuesday, July 21st, 2009 at 10:43 am and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 comments so far

1.  sUa
July 21st, 2009 at 9:18 pm

biase jumpe camni..kat cre4/giant kalo p lewat2 skit..heeee

2.  Ayu
July 22nd, 2009 at 9:35 am

huhuhhu..
tu la pasal.. tak larat nak tengok la aus
apa agaknya perasaan diorang eh?

3.  adwanigallery
July 22nd, 2009 at 9:03 pm

Bila ayu buka post fasal baju kelawar nie membuatkan bro tersenyum sampai ke telinga…kenapa? hehhehehe.. actually baju kelawar@kaftan nie mempunyai permintaan yg tinggi jikalau di jual di ebay US…Boleh cecah spai USD25.00 dan keatas..

Modal yg di perlukan untuk beli cuma sekitar RM6.00 sahaja..USD25.00 = RM87+++…tolak shipping boleh untung bersih skitar RM40.00… bANYAK LOOOO…eekekkeekek…

so,mmg jelas pertukaran wang asing tue memberi pulangan yang tinggi kepada kita…hehehehehe…

4.  Ayu
July 22nd, 2009 at 9:40 pm

Bro Adwani,
setujuuuuuuuuuu! heheh
actually, suami ayu pun terlibat dengan ebay nih.. :)
so ayu tau macam mana untungnya kita bila dah buat currency conversion
hidup EBAY :D

5.  juON
July 23rd, 2009 at 3:05 pm

idup eBay gak..kaftan oooo kaftan :)

6.  Ayu
July 23rd, 2009 at 4:51 pm

hurm.. jom jual kaftan kat ebay! :D

7.  khairul
July 30th, 2009 at 9:58 pm

hmm..
pasal baju ni mmg seksi sikit.. seksa mata ni melihatnya. tapi gatal gak la nak tertengok juga.

baik jgn pakai masa kuar rumah bila angkat ketiak nampak la perhiasan dlm tu.

satu lagi yg suka pakai seksi ni agaknya nak tarik perhatian lelaki.

bahaya tu.. mata lelaki bukan boleh di rangsang2 mcm tu..

8.  hazrinphixel
August 3rd, 2009 at 12:40 pm

wahh… artikel menarik…

9.  kak yati
April 19th, 2010 at 9:53 am

akak pun suka pakai baju kelawar ni, tapi kat rumah je..ringkas,nak masak ke apa ke pun senang.tapi kalau ada org datang cepat2 akak tukar dik..malu.lagi satu akak jahit sikit kat lengan tu biar la atas sikit..kalau angkat tangan pun tak nampak apa2

10.  Ayu
April 19th, 2010 at 12:39 pm

hehehhehe
tu la saya tulis tu kak yati, kalau pakai di rumah, takper la
ni kalau bawak keluar, pegi tesco, pegi c4, tak manis sungguh rasanya
bila angkat barang dari rak2 tinggi tu, nampaklah bahagian2 yang tak sepatutnya..
malu sungguh..

11.  Roz
May 24th, 2010 at 1:32 pm

Well..mmg tul tu Ayu…akak pun stuju..slalu sgt nampak di tesco/giant/c4…i kuar pun pki tshirt/suar track…

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player