Assallammualaikum semua!!!!

Apa khabar?  Harap anda semua sihat2 dan ceria hari ini..  Lama betul saya tak update blog, hingga ada yg perli2 kata saya raya sakan.. heheheh

Bagaimana dengan hari raya anda tahun ini?  Seronok?  Saya menyambut Syawal di Padang Besar, Perlis tahun ini, di kampung suami.  Kami bertolak selepas solat Jumaat pada 18hb September, dan tiba di kampung lebih kurang jam 10malam.  Kereta yang bertali arus dan hujan yang kadang-kala renyai, kadang kala lebat sedikit menggusarkan hati saya, namun Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami selamat sampai.

Sehari sebelum raya, saya dan suami ke Kangar.  Di kala ini, semua barang di jual dengan harga borong, terutama kuih.. Tudung, telekung dan baju2 juga dijual pada harga yang murah.  Kami terserempak dengan beberapa orang rakan suami, yang masih tercari2 baju melayu.. heheh.. confirmlah itu last minute preparation..

Takala azan akhir ramadhan berkumandang, sayu sungguh hati saya, tak tahu la sama ada saya akan diberi peluang oleh Allah untuk menyambut Ramadhan pada tahun hadapan.. Moga2 Allah panjangkan umur saya & keluarga.. Amin… 

Kesucian malam Syawal mula dicemari dengan bedilan meriam oleh pemuda-pemuda dan budak-budak di kawasan kampung suami saya.. Aduh, bingit sungguh.. Terkejut2 saya di buatnya.. Pesta meriam itu berterusan sehingga ke Subuh.. Saya akui, ia agak “merosakkan” mood saya, kerana saya rasa jelik dan geram dengan perangai mereka.. Seharusnya malam Syawal disambut dengan takbir, membaca yassin & berjemaah dengan keluarga, ini tidak, mereka seolah2 menggadaikan nyawa bermain dengan bahan berbahaya itu.. Semoga Allah memberikan petunjuk, taufik dan hidayah kepada mereka semua.. Amin…

Di Perlis, tidak ada ketupat nasi seperti di kampung asal saya, Melaka.. Memang saya terasa sangat bila tiada hidangan wajib ini.. Tapi, mujur ada ketupat palas yang dimakan dengan serunding.. Walaupun rasa agak canggung, namun ia bukan alasan untuk tidak bergembira dan mensyukuri rezeki yang Allah berikan..

Alhamdulillah, saya dapat bersalaman dan mengucup tangan suami, memohon kemaafan beliau, dan bermaaf-maafan dengan keluarga dan jiran-jiran.. Aktiviti pagi raya dimulakan dengan Solat Hari Raya & mengunjungi jiran-jiran.. Air mata saya mengalir deras takala memohon kemafaan dari ibu, ayah dan adik-adik di Melaka, maklumlah, ini kali pertama saya beraya tanpa mereka di sisi.. hehehe…

Pada raya keempat, kami bertolak balik ke Melaka.. Suami memandu selama 10 jam ke Melaka, disebakan kesesakan yang berlaku di Penang dan Perak.. Kesian melihat suami.. Saya tahu dia penat, tapi digagahkan diri memandu hingga ke Melaka, sebab dia tahu saya sudah terlalu kepingin bertemu dengan keluarga saya.. Kami sampai di Sg Rambai, Melaka pada jam 2 pagi..

Kerinduan pada ketupat terubat bila hidangan itu disajikan oleh emak saya pada raya ke 6.. heheh.. Cuti di Melaka dihabiskan dengan melawat sanak saudara dan bermain dengan anak2 buah saya yang sekrang sudah bijak bercakap dan berjalan.. Seronok melihat keletah mereka.. Harap2 rezeki saya untuk menimang cahayamata akan menyusul tidak lama lagi..

Secara keseluruhannya, saya puas berhari raya pada tahun ini.. Saya masuk bekerja pada 01.10.. hehehe.. Tapi dek kerana kesibukan kerja dan kesihatan diri yang tidak mengizinkan, saya tidak sempat menulis di blog ini..

Anda semua bagaimana? Jom kongsi pengalaman raya anda, suka, duka & adventure sepanjang hari raya anda di blog saya ini..

Oh ya, selamat berpuasa 6 pada semua yang sedang berpuasa, moga Allah menerima amalan2 kita..

Hingga bertemu lagi di post akan datang.. Insya-Allah..

This entry was posted on Wednesday, October 7th, 2009 at 9:52 am and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments so far

1.  jebon
October 7th, 2009 at 11:56 pm

ala k.yuyu..bukan perlia arr..
jgn terase..huhu

eh..cop2..nak ketupat!! eh lagi..xde buat open house ker?

2.  Ayu
October 8th, 2009 at 8:28 am

Uiks, naper jebon yang terasa nih.. Jebon yang perli2 akak yer.. hahahahha
Hari2 umah open, datanglah kalau sudi ;)

3.  mijie
October 23rd, 2009 at 10:50 pm

ooo..suami org perlis, awk org melaka yer…

em apapun selamat berblog kembali

4.  AJ
November 5th, 2009 at 12:27 am

Salamat berkenalan.

Baru je tersesat datang sini dari pautan blog Imabiz :-)

Selamat berkenalan dan selamat kembali ke blog.

Mari2x komen2x membalas2x komen di blog sesama blog :-)

Mana nak tau ada rezeki kat blog ni ngan komen2x jer :-)

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes