Kotak Sabun Tawas

Sabun Tawas - berwarna jernih dan tidak berbau

Assallammualaikum..

Hari ni saya nak jadi nenek kebayan, nak bagi petua skt.. Heheheh

Ada email yang datang kepada saya, dengan pertanyaan sebegini - Kak Ayu, saya kuat berpeluh, lengan baju saya, di bahagian ketiak, masih berbau walaupun saya dah cuci.. Tolonglah kak, malu saya bila bercampur dengan kawan2, takut saya berbau busuk.. Padahal saya rajin mandi dan jaga kebersihan…

Saya faham masalah adik kita ini.. Memang secara amnya, orang lelaki memang kuat berpeluh.. Bila bertindak balas dengan bakteria, bau peluh itu mengeluarkan bau yang kurang enak.. Ada yang memakai deodaran, namun itu tidak dapat mengatasi masalah ini, dan kesan deodaran yang melekat di celah lengan baju itu juga tidak hilang walaupun dicuci.

Petua saya padanya – jaga kebersihan diri, mandi sekurang2nya dua kali sehari.  Banyak minum air masak.. Kurangkan makanan yang banyak herba seperti kari, dan yang mangandungi banyak bawang putih dan bawnag merah.

Selain itu, anda yang mengalami masalah yang sama boleh cuba cara ini – ambil beberapa biji limau nipis, potong 4, selawat dan gogok perlahan2 di ketiak anda.  Amalkan seberapa lama dan sekerap yang mungkin sehingga bau ketiak anda hilang.

Selain itu, anda boleh ke toko2 jamu, cari sabun tawas.  Ia berwarna putih jernih, seperti agar-agar.  Sabun itu cuma berharga RM5.00 sahaja, dan tahan lama.  Sampai di rumah, kerat 4, jadikan ia kecil.  Gosokkan di tangan anda dengan air, hingga ia berbuih, selawat dan gosokkan di ketiak. Bilas hingga bersih.  Ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau, malah boleh mencerahkan celah ketiak yang hitam.

Untuk baju pula, masak secerek air.  Setelah masak, curahkan di bahagian ketiak.  Ini akan membuatkan lemak2 dan peluh2, serta bekas deodaran yang melekat di baju tertanggal.  Untuk kesan yang lebih baik, rendamkan baju tersebut di dalam air panas (curahkan air panas tersebut ke dalam baldi).  Saya suka menambah sabun pembasuh baju ke dalam larutan air panas tersebut, untuk menjadikannya lebih bersih.  Bila air sudah suam2 kuku, anda beruslah bahagian ketiak itu.  Anda akan dapati bekas deodaran lebih mudah tanggal dan bau ketiak yang melekat juga hilang!! Namun, AWAS, pastikan anda membaca label penjagaan baju sebelum merendam baju tersebut dengan air panas yer!!

Alhamdulillah, petua yang diberikan dijadikan amalan dan penulis email tersebut mendapat kesan yang positif.

Tubuh yang bersih dan wangi bukan sahaja menarik orang ramai untuk dekat dengan anda, malah anda juga akan berasa yakin dan selesa!  Selamat mencuba yer!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

sabun tawas,tawas,air tawas,produk tawas,petua hilangkan kesan kuning di ketiak baju,khasiat sabun tawas,ketiak busuk,tawas ketiak,cara menghilangkan bau ketiak pada baju,kelebihan sabun tawas,tawas untuk ketiak,menghilangkan kesan deodorant,hilangkan bau ketiak di baju,hilangkan kesan kuning pada ketiak baju,cara menghilangkan kesan deodorant pada baju,cara hilangkan kesan deodorant pada baju,hilangkan kesan deodorant di baju,cara menghilangkan peluh di ketiak,cara menghilangkan kesan deodoran pada baju,menghilangkan bau ketiak pada baju,cara hilangkan kesan deodorant,petua ketiak busuk,cara menghilangkan bau ketiak di baju,beli tawas,kelebihan tawas,KHASIAT TAWAS,menghilangkan bau ketiak di baju,hilangkan kesan deodorant pada baju,petua hilangkan bau ketiak pada baju,beli tawas online

Tags: , , ,

This entry was posted on Saturday, January 9th, 2010 at 12:56 pm and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments so far

1.  ida
October 5th, 2011 at 7:54 pm

salam, thanx for petua. saya bru je beli sabun tawas ni.saja nk cuba sabun2 jenis mcm ni lak. murah dan nk tgk berkesan ke tak. selain tu saya guna jgk sabun kulit rambai. pakai kat muka jgk. beli jgk sabun yang jenis2 mcm ni mcm aloe vera, kalamansi..nanti nk beli yg pegaga..dan mcm2 lg..

2.  nk tahu
March 28th, 2012 at 8:10 pm

sabun nie kat mana dijual??

3.  bau badan
April 1st, 2012 at 2:01 am

boleh lah cuba lepas ni.

4.  Lyn
June 26th, 2012 at 3:24 pm

sy nak dapatkan air tawas..bagaimana caranya? tq

5.  rania afifa
January 29th, 2013 at 3:16 pm

sabun tawas ni boleh pakai di muka ke?

6.  Marisa
April 28th, 2014 at 12:21 pm

mau tanya kira2 mo beli sabun tawasnya daerah mana? berapa harganya? terima kasih

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player