Kembara Amsterdam 2 – Schipol Airport + Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference Center

Assallammualaikum,

Bersua lagi di catatan kedua.. Kali ni saya nak cerita sedikit tentang Schipol Airport & hotel penginapan kami – Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference Center.  Saya agak ralat sedikit bila bercerita tentang hotel & airport ni sebab keadaan cuaca & kami sibuk sangat ambik gambar tempat2 lain sampaikan gambar kat 2 tempat ni sangattttttttttttttlah sedikit sedangkan Schipol Airport itu sendiri adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati & Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference Center itu juga satu cerita yang seronok untuk saya kongsikan.. Satu lagi yang buat saya marah dengan diri sendiri ialah hari pertama tu kami habiskan masa sampai pukul 1 di Schipol, tapi ada 8 keping gambar je.. adoi la! Agaknya masa tu otak tak fokus lagik sebab jetlag.. haha.. Maka, yang tinggal beberapa keping gambar yang sempat di”snap” sepanjang berada di sana ye..

 

1)  Schipol Airport

Schipol bermula sebagai sebuah “military airbase” pada 16 September 1916.  Pada masa itu, ia hanya ada beberapa barracks dan sebuah padang yang berfungsi sebagai platform & ruang berlepas.  yang dikenali sebagai The Military Airfield Schiphol.  Pada 17 May 1920, K.L.M. melakukan penerbangan pertamanya di sini.  Diantara tahun 1921 sehingga 1936, tiada kapalterbang yang berhenti dis ini, ia hanya menjadi tempat laluan traffic untuk tentera.  Dalam tahun 1935, kubu yang dibina pada tahun 1916 telah dirobohkan dan ia kemudiannya menjadi “civil airfield” yang sehinga hari ini dikenali sebagai “Amsterdam Airport Schiphol”. Sehingga tahun 1945, ia digunakan secara eksklusif untuk tujuan ketenteraan dan dikenali sebagai Fliegerhorst Schiphol.  Pada tahun, 1967 terminal baru di Schiphol Centre telah pun dibuka.  Yang lebih menarik lagi, airport ini terletak 4.5m di bawah paras laut! Untuk kronologi masa, sila lihat gambar di bawah:-.

 

History of Amsterdam Airport Shcipol1

 

Selain itu, Schipol Airport juga menempatkan laluan keretapi serta laluan bus untuk memudahkan perjalanan ke Amsterdam Centrale.  Satu lagi benda yang best pasal Schipol Airport ialah Schipol Plaza – tempat untuk membeli belah yang duty free! Serious murah, especially perfume! Tapi kena tunjuk boarding pass tau, baru boleh buat pembelian.. Nanti saya tunjuk perfume yang saya dapat beli dengan harga 50% lebih murah dari harga pasaran semasa di sana..

 

Schipol Arrival

Ini masa baruuuuuuuu je touchdown.. Masya Allah, penat sangat2.. muka pun muka tido tak cukup.. anak saya pun mamai2 je rupanya.. haha

Schipol Airport Schipol Arrival 2 Schipol Arrival 3 Schipol Arrival 4 Schipol Arrival 5 KLM


Schipol Airport 2 Schipol Airport 3

Schipol Airport 4

 

Macam yang saya cerita di posting pertama, sampai je kat Amsterdam, terus keluar dari Airport.. Pusing2 keliling kat luar tu, then masuk balik utuk letak beg di hotel & meronda semula di Schipol.. Buat pengetahuan semua, ada satu tempat yang dinamakan Panorama Terrace.  Dari atas tu, kita boleh melihat kapal2 take off.. Masa kami pegi tu, hujan pulak, so dalam kepenatan + kesejukan + kelaparan, kami cuma tengok jer la kapal berlepas, tak terpikir langsung nak ambik gambar sebab pikir, Ahh, lama lagik kat sini.. sudahnya sampai balik la tak dapat ambik gambau! huhuhu

Kat airpot ni pun banyak kedai makan, tapi tak halal la kan.. Ada 2 kedai yang saya selalu lawati masa kat sini – HEMA & AH To go.  Di Hema, ada barangan asas seperti pakaian, pakaian dalam, alat tulis, perkakas seperti cawan & pinggan, makeup, toiletries, dan makanan seperti roti, chips, kekacang & coklat.. Di sini juga ada jual minuman ringan.. Harga semurah 0.99E! Baju kanak2 pun bermula dari 5E.. hadoi la, dah la cantik2, murah pulak tu kan.. Tapi kami budget traveller, mampu tengok ajer la.. hehe.. But seriously, andai kata anda perlukan barangan keperluan, dan anda tidak ada masa untuk ke Amsterdam Centrale, HEMA adalah pilihan terbaik.. AH To Go pula lebih kepada kedai runcit.. Roti dibuat fresh di sini.. 2 biji untuk 1Euro.. Roti dia pun lain sangat, sedap & gebu.. Saya bertanya dulu sebelum beli & menurut kata baker, no pork, no wine, so kami makan tanpa was2.. Apples & buahan lain pun ada dijual di sini.. Epal berharga 0.50E, besar & manis sangat.. Lain la dari epal kat malaysia ni.. Pisang pulak, mahal harganya, 0.70E sebiji.. Kita kat sini, pisang tu kekadang bagi makan kat kambing je kan.. haha.. teringat masa mak mertua saya terlibat dalam program pertukaran pelajar, keluarga mertua mengambil pelajar dari German.  Hampir setiap hari Kim (nama pelajar tersebut) makan pisang & betik, katanya harga buah ini sangatttt mahal di German.. Eh dah teroff topic pulak.. hehe.. Berkongsi pengalaman, so lepas ni sebelum pergi German, makan pisang puas2.. huhu

 

2.  Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference

Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference (selepas ini disebut sebagai Hotel tersebut) dihubungkan melalui satu skybridge.. Dari Airport, dah boleh nampak hotel tersebut..

Faktor utama saya pilih hotel ini ialah Lokasi – mudah untuk mengambil train @ bus ke Amsterdam Centrale.  Kedudukannya di tengah2 airport juga menjadikan penginapan kami tidak bosan sebab kedai dibuka seawal jam 7.30 dan ditutup jam 10.00 malam.  Sila take note ye, SEMUA SHOPPING COMPLEKS & KEDAI2 DI AMSTERDAM DI TUTUP JAM 6.00 PETANG! So kalau anda berjalan2 di tengah bandar Amterdam, hanya kedai makan & beberapa kedai cenderamata saja dibuka selepas jam 6 petang.. (errr dan red light district jugak.. heehe)

Dari segi kualiti & servis, Hotel tersebut memang A++++.. Biliknya besar, katil & tilam yang empuk, tv channel yang agak banyak pilihannya, WIFI yang laju, breakfast yang sedap (kami makan bersama dengan crew MAS, its in the package), tekanan air yang stabil.. nice view from the room.. Nothing to complain, semuanya A +++++…. Staffnya semua peramah, baik sangat.. They make u feel at home.. Owh, the coffee is really good! Kat dalam bilik tak ada coffee maker, tapi ada satu coffee maker umum di level 1, 3, 5.. So boleh pegi minum sebanyak mana yang anda nak, its fresh grounded coffee! Kami menginap di sini selama 5 hari dari 16 – 20 Mei, dan dari 24-25 Mei, iaitu sehari sebelum berlepas balik ke KLIA.. Owh, walaupun dekatttttttttt sangat dengan airport, bilik di sini memang soundproof.. tak pernah sekalipun kami dengar kapal landing @ take off.. Amazing kan.. So jom tengok gambar.. Untuk tempahan, anda boleh rujuk di sini:- Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference

Sheraton
Schipol Airport 7

The Connecting Bridge

Connecting Bridge antara Airport & Hotel..

Sheratom Amsterdam Airport Hotel

Sheraton Amsterdam Room 547 Sheraton Amsterdam Room 547 3 Sheraton Amsterdam Room 547 4

Sheraton Amsterdam Room 547 2

Sheraton Amsterdam Room 547 5

SPG Sheraton

Ok, sekian dulu buat kali ni.. Untuk posting akan datang, saya akan ceritakan tentang Keukenhoff.. Saya bagi tengok sekeping gambar sebagai teaser dulu ye 😉

Red & White Tulips @ Keukenhoff

 

 

2 thoughts on “Kembara Amsterdam 2 – Schipol Airport + Sheraton Amsterdam Airport Hotel & Conference Center

  1. Ayu Post author

    JM, sehari jalan2 kat airport pun banyak benda boleh buat tau.. tapi tu la, sebab tak terpikir nak ambik gambar, tak dapatlah tempek kat sini buat rujukan..

    Kami lalu kat RLD tu, tapi belum ada apa2 “pertunjukan” masa tu.. muahahahaha..

    Pasal hotel ni, JM boleh cuba email pada hotel tu sendiri sebab ada kakitangan swasta @ kerajaan yang diberikan diskaun tau 🙂 macam saya pun dapat diskaun sebab husband kije dgn mas.. so dapat la merasa dok hotel2 cenggini..

    Banyak lagik citer ni JM, gambau tak sempat nak edit.. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

  2. jarimanis

    Di aiport pun dah ada tempat menarik..mcm mana ni..arghh..arsterdam..nk pegi sana..sabar ye JM..pujuk hati 🙂

    Red light district?..antara tempat JM nak pegi kalau ke sana hahahahaha

    Kalau hotel kategori A++++++++ harganya pun mesti mahal ni..mahu tak mampu JM kalau nk tinggal sini

    Arghh..sukanya tengok pic yang lastu tu..cantikkk..

    Panjang lak komen..ehehe..byk story nk cover nih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge