Kembara Amsterdam 14 – Apa beza Iamsterdam Card dengan Holland Pass?

Assallammualaikum wbt,

Antara benda2 yang boleh memberikan penjimatan pada kita sebagai traveller bila melancong ialah Discount Card.. Kat Amsterdam, ada dua pilihan, Holland Pass @ Iamsterdam Card.  Saya telah memilih Holland Pass sebab masa kami pegi ke sana, Keukenhoff dibuka, jadi kami nak jimat dengan penggunaan free ticket dari Holland Pass.  Nanti saya tunjukkan berapa penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets ok 🙂

 

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 4

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 3Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 2

Dari pengalaman saya, lebih mudah membeli Holland Pass di Arrival Hall 2 di Schipol Airport. Cari Holland Tourist Information, atau jika tak jumpa tanya saja di kaunter pertanyaan di Schipol Airport, staff2 di sana sangatlah helpful & friendly 🙂

Ok, berikut adalah penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets – 29 Euro.. Pada saya berbaloi sebab tak perlu beratur panjang, tunjuk tiket percuma tu dan anda terus dapat masuk ke tempat2 menarik..

Savings Benefit with Holland Pass

 

Ok, kalau anda masih mahu masuk ke tempat2 yang menarik @ museum di Holland tapi dah habis ticket free, anda boleh tunjukkan Holland Pass dan anda akan dapat diskaun 10 – 50% bagi tempat2 yang terpilih.. saya senaraikan di sini tempat2 yang menarik perhatian kami.. Anda cuma perlu tunjukkan Hollad Discount Card tu untuk mendapatkan diskaun di tempat2 yang di senaraikan di bawah.. Informasi lanjut boleh didapati di sini:- http://www.hollandpass.com/things-to-do/

 

Discounts and Free Tickets with Holland Pass 1Discounts and Free Tickets with Holland Pass 3Discounts and Free Tickets with Holland Pass 2

Saya harap posting kali ini memberi manfaat kepada future traveller ke Amsterdam, Insya-Allah 🙂  Kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ye, Insya-Allah saya cuba memberikan jawapan sebaik mungkin..

 

One thought on “Kembara Amsterdam 14 – Apa beza Iamsterdam Card dengan Holland Pass?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge