Kembara Amsterdam 1 – Kenapa & Mengapa Saya Memilih Amsterdam?

Assallammualaikum & Salam Sejahtera buat semua..

Catatan hari ini saya mulakan dengan kesyukuran kepada Allah swt atas segala rezeki & peluang yang diberikan kepada saya dan keluarga untuk menikmati keindahan bumi Amsterdam.. Semoga catatan perjalanan ini dapat membantu rakan2 sebagaimana catatan terdahulu yang pernah saya buat untuk lawatan ke Istanbul.

Bila kawan2 bertanya, mengapa pilih Amsterdam? “Itukan negara menjual ganja & tempat pelacuran”, kata mereka… Owh, janganlah berfikiran sempit, buat research dahulu sebelum melabel sesebuah negara.. Walaupun saya tidak menafikan, namun Amsterdam lebih daripada ganja & seks sahaja.. Ia terkenal untuk canal cruise, cheese, terompah, windmill & juga tulips.. Seni reka bangunannya, sejarahnya juga unik untuk diterokai & dipelajari.. Jom tengok beberapa fakta menarik mengenai Amsterdam, yang pastinya akan mengubah persepsi anda mengenai negara Belanda ini!

 

Fakta Mengenai Amsterdam

 

Sumber dari Wikepedia:-

“Amsterdam bermula sebagai satu perkampungan nelayan dalam abad ke-13. Menurut legenda, Amsterdam telah dijumpai oleh dua nelayan Frisian, yang telah mendarat di pesisir Amstel dalam sebuah bot dengan anjing mereka.

Pengempangan sungai Amstel memberikan namanya (dalam bahasa Belanda: Amstelredam bermakna “Empangan dalam Dam Amstel”, dan kemudian berubah menjadi Amsterdam”.

Nah, ternyata Amterdam bukan negara yang tidak ada value, hanya 7 fakta di atas membuktikan ia sebuah negara yang “worth it” untuk dilawati 🙂

Selain dari fakta di atas, niat asal kami melawat Amsterdam ialah untuk melihat sendiri kecantikan ciptaan Allah di Keukenhoff, Taman Bunga Tulips terbesar di dunia!  Syukur, doa kami dimakbulkan.. melihat sendiri bunga-bunga itu menimbulkan rasa keinsafan dalam hati, memang Allah itu Maha Pencipta & segala kecantikan itu hanya milikNya.. Insya-Allah catatan ini akan diteruskan selagi ada daya & masa.. Stay tuned! 🙂

 

2 thoughts on “Kembara Amsterdam 1 – Kenapa & Mengapa Saya Memilih Amsterdam?

  1. Ayu Post author

    Urm, tu la kadang2 malas nak cerita dengan orang2 yang tak pernah travel ni, otak depa tersumbat sebab banyak sangat tengok sinetron! hahaha..

    Tulips tu bermusim JM, biasanya bila masuk summer, dah tak ada dah tulips.. so sebaiknya2 pergi pada pertengahan bulan April @ awal bulan Mei sebab masa tu masih spring lagik, tapi cuaca sejuk yang amatttttt! still kena pakai gloves & jacket.. masa kat sana saya pakai 6 lapis baju + jacket, tapi masih sejuk sampai ke tulang.. haha

    kat tepi2 jalan pun ada bunga tulip yang tumbuh liar tau.. rasa nak petik jer bawak balik, kang kena tangkap lak, naya je! hahaha

  2. jarimanis

    JM mmg tidak suka kepada orang yg berfikiran sempit bila sebut Armsterdam dorang ingat ganja dan sex, kita sepatutnya open minded dan think positive kan. Tiba2 emosional 🙂

    Kagum pulak bila baca faksa menarik mengenai Arsterdam ni..JM tak pernah tahu 😉

    Betul ke bunga tulip itu pun bermusim eh..jadi bulan berapa paling sesuai nk travel ke sana eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge