Kejujuran Adalah Polisi Yang Terbaik

Assallammualaikum wbt

Ini adalah work station saya.. ye, sangat terbuka, even kalau anda mengunyah keropok, semua orang dalam department boleh dengar.. pendek kata, Say No Evil, Do No Evil, See No Evil.. Kiri Kanan Depan Belakang, semua orang boleh lihat apa yang anda buat.. Ada pro & ada kontranya..

Photo1843

 

Bagi orang yang sangat mementingkan privasi seperti saya, konsep terbuka begini amat merimaskan, nak bercakap dengan client pun payah, sebab semua orang akan dengar.. dah la opis ni senyap sunyi, buat apa aje pun mesti berdengung macam dalam gua.. Tapi, being positive, saya cuba “embrace the spirit, as per the message from our CEO.. ”

Pesanan dari CEO –

Jika anda melawat Menara XX anda boleh melihat bahawa bangunan tersebut dibina dengan megahnya daripada besi dan kaca. Dengan seni bina yang unik, menara tersebut nyata berbeza daripada pencakar-pencakar langit lain di ibu kota. Begitu juga, pejabat-pejabat XX dan bilik-bilik mesyuarat di dalam menara itu juga dibina menggunakan kaca dan anda boleh melihat rakan-rakan kita bekerja dan mengadakan perbincangan.

Konsep terbuka ini mencerminkan ketelusan yang kita mahu untuk organisasi kita terutamanya dalam cara kita menjalankan perniagaan. Ini termasuk komunikasi terbuka, kejujuran dan integriti. Komunikasi terbuka bermakna ia bukan dari satu arah sahaja, kita semua perlu bersedia untuk memberi pandangan dan mendengar pada masa yang sama. Maka itu, marilah kita bersikap jujur antara satu sama lain. Saya percaya kejujuran adalah polisi yang terbaikdan ia juga akan memastikan bahawa kita melaksanakan tugas kita dengan integriti.

 

Photo1844

 

Maka, saya perlu tabah menghadapi segala ujian ini.. haha.. (p/s otak saya sedang serabut, jadi maafkanlah posting yang bukan2 dari saya ni ye.. hahah)

 

 

3 thoughts on “Kejujuran Adalah Polisi Yang Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge