“Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak…”

Salam..

Dah sarapan?  Syukur Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis sekali lagi untuk anda semua…

Semalam saya ada menyaksikan sebuah rancangan TV, namun maaf, saya betul2 lupa tajuknya.. Ia adalah sebuah rancangan kecantikan.  Kisah yang dipaparkan adalah kisah sebenar yang berlaku pada seorang wanita bernama Siti.. Beliau adalah seorang guru dalam awal 40-an, namun kelihatan lebih tua dari usianya.  Pernah terjadi, rakan suaminya menyangka dia “makcik” kepada si suami.. Pada suatu hari, Siti dan suaminya terserempak dengan rakan lama Siti di sebuah pusat membeli belah.  Rakan lamanya itu masih cantik, “bergetah” dan “stylo”.  Suami Siti memandang si rakan tadi tanpa jemu sambil tersenyum2.. Rakan Siti yang bernama Adawiyah itu sempat memberikan name cardnya sebelum meneruskan perjalanan.  Sebaik sahaja Adawiyah meninggalkan mereka, suami Siti terus bertanya “Siapa tu?”.  “Oh, itu Adawiyah, kawan saya masa di Universiti dulu..”, jawab Siti.  “Rakan seuniversiti?  Maknanya dia sebayalah dengan awak?”, suami Siti bertanya lagi.  “Ya, sebayalah..”.  “Hmmmm, tapi kenapa awak nampak lebih tua, macam makcik?” tanya suaminya lagi.. Siti terdiam, dia rasa kecil hati dengan kata-kata suaminya.  Suami Siti terus meminta name card Adawiyah, dengan alasan dia mahu buat urusan perniagaan dengannya.  Di dalam kereta mereka bergaduh sehinggakan suami Siti berkata “Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak, awak ubahlah cara pakaian, cari produk perawatan muka yang bagus sehingga awak jadik cantik macam Adawiyah tu!!… “

Aduh, saya rasa sedih da kesal dengan kata2 yang terpacul dari mulut si suami…  Adakah kasih sayang dan cintanya pudar hanya semata-mata kerana kecantikan Siti sudah mulai hilang?? Adakah dia sayang dan cinta kepada Siti hanya kerana paras rupanya?  Adakah kedut2 dan garis2 halus di wajah itu alasan untuk dia cari yang lain?  Adakah dia terfikir perkara-perkara lain yang dilakukan dan dikorbankan oleh Siti untuknya dalam perkahwinan itu?  Alahai… Sedihnya saya memikirkan persoalan2 ini…

Saudara, itulah akibatnya kalau anda jatuh cinta kerana wajah.. saya percaya, Siti seorang gadis yang cantik semasa mudanya, kalau tidak, masakan si suami jatuh cinta padanya.. Cuma dek kerana tuntutan kerjaya, tuntutan keluarga, menjaga anak2 dan sebagainya, Siti tidak punya masa lagi untuk menguruskan dirinya seperti dahulu… Di sinilah kesilapan Siti.. Dia lupa si suami mahu dia menjadi “gadis cantik yang mencuri hatinya seperti 20  tahun dahulu setiap hari”… Dia lupa bahawa si suami mahu dia cantik bergaya, dengan wajah yang gebu dan tegang setiap hari.. Dia lupa wajahnya asset pertama yang mencuri hati suaminya.. Ya, dia lupa kerana dia fikirkan wajah bukan kayu pengukur cinta suaminya, tapi dia silap, dan begitu juga kita, para ibu-ibu, wanita-wanita yang bekerjaya…  Kita sebagai wanita ada banyak tuntutan dalam kehidupan, dan salah satu darinya ialah untuk kelihatan jelita dan cantik sepanjang masa.. Ada yang mengabaikan untuk tampil cantik dan jelita kerana menyangka “alah, suami aku tak kisah…..” Jangan begitu puan2, dah ada bukti bahawa suami akan cari lain kalau kita tak pandai jaga kecantikan.. Jadi, mulai hari ini, kita kenalah ubah semuanya, cara berpakaian, jaga badan, jaga wajah dan segala-galanya agar kita jadi wanita super dalam hati si suami.. Jangan nanti, dek kerana pakaian, rupa paras dan badan, suami cari alasan nak pasang lain macam suami Siti…

Buat para suami, kalau anda inginkan isteri-isteri anda sentiasa cantik, bergaya hebat dan mantap, rajin2lah belikan produk kecantikan, pakaian, alat-alat makeup dan pelansingan badan.. Jangan pandai komen saja, tapi tak buat apa2.. Kesianlah kat isteri yang bekerja siang malam di opis dan di rumah.. Berilah dorongan dan semangat kepada isteri, bukan komen yang kritikan yang membinasakan…

Berbalik kepada Siti tadi.. Siti kemudiannya nekad, mencari jalan penyelesaian bagi merawat wajahnya, dia kemudiannya pergi ke salah sebuah pusat rawatan kecantikan muka dan setelah hampir 3 bulan, dia kelihatan seakan-akan seorang wanita lewat 20-an.. Suaminya pula, sudah tidak malu lagi berjalan berpimpin tangan dengannya, dan tidak malu lagi memperkenalkannya kepada rakan-rakan lain. Pandai pulak, dah cantik baru nak tunjuk2, peluk2 isteri depan orang ramai, huh!!

Saudara, kalau anda rasa isteri ada kekurangan, begitu juga dengan anda.. Tapi isteri biasaya berdiam diri, kerana mereka menerima anda seadanya.. Walaupun perut anda maju kehadapan dan bersaiz lebih daripada 35, mereka tetapppppppppp sayang.. Kalaupun rambut dah boleh dikira dengan jari, si isteri masih cintaaaaaaakan anda!  So, kita harus saling ingat-mengingatkan antara suami dan isteri, sokong & beri semangat kepada each other, jangan pasal rupa, anda cari alasan untuk pasang yang lain!

Nak tau apa lagi ciri-ciri lelaki idaman wanita, jangan lupa beli ebook saya di www.panduancintalelaki.com! 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa supaya suami ingat isteri,doa agar suami sentiasa ingat isteri

3 thoughts on ““Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak…”

  1. Ayu Post author

    betul, cinta ialah sesuatu yang sangat suci, yang lahir dari hati, bukan kerna paras rupa..
    kita kena cintai pasangan kita seadanya, terima segala kekurangan & berikan semangat setiap masa

  2. ashika

    kalau suami cari lain sebab kita dah tak cantik, itu bukan cinta,, tapi nafsu….kalo suami yg betul betul syg…dia akan terima isteri dia seadannya…..kalau sy berkahwin kelak pun… sure i will never take effort to look more beatiful……sy akan jadi diri sendiri sy,, kalau suami sy betul syg kat sy,.,,sure he will not leave me…bersolek,, berdandan untuk suami supaya dia tak nak tinggalkan kita ilah perkara yg tak masuk akal, maksudnya suami tu tengok kecantikan la, bukan tengok hati……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge