Jom sedekah!

Assallammualaikum kawan2 semua,

 

Saya ada terbaca mengenai fadhilat sedekah, dan rasa seronoknya kalau kawan2 semua tau tentang kebesaran bersedekah ni:-

“Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!”

Jadi, apa lagi yang kita tunggu.. Makin banyak kita bersedekah, makin banyak rezeki yang Allah berikan.. Ingatlah kawan2 semua, rezeki itu, Allah yang punya.. Tak kiralah orang miskin atau jutawan, apa2 rezeki yang diperolehi, semua datang dari Allah, dan Allah boleh memberi serta mengambil semula rezeki yang diberikanNya pada bila2 masa sahaja..

So jangan bermegah dengan kelebihan harta, sebaik2nya, bersedekah kepada kawan2 kita yang memerlukan.. Itu semua saham kita untuk akhirat kelak.. Insya-Allah..

Jom bersedekah šŸ˜‰



Pelawat menemui web ini melalui carian:

kekuasaan allah,allah,fadhilat sedekah,gambar allah,sedekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge