Jerbu Oh Jerebu

Assallammualaikum,

Waktu saya menulis posting ini, jam menunjukkan tepat jam 9.09 pagi, tapi jerebu tebal di Shah Alam ni membuatkan suasan sekeliling ni macam masih jam 7 pagi.  Rimas & lemas sebab tak boleh nak buka pintu @ tingkap, rasa suffocated dalam rumah ni 🙁  Pada masa yang sama, rasa takut dan insaf juga dengan ujian jerebu yang Allah berikan ni serta berbagai ujian lain yang Allah berikan kepada kita rakyat Malaysia sekarang ni..Ddengan kehilangan MH370 yang telah masuk hari ke 9, dengan catuan air, dengan jerebu, denggi dan macam2 lagi.. Ini semua adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermuhasabah & bersatu dalam menghadapi semua dugaan & peringatan yang diberikan olehNya.. Sama2 kita berdoa, bertaubat & bersyukur dengan segala yang Allah berikan.. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba2Nya lebih daripada apa yang boleh ditanggung oleh hamba2Nya, Insya=Allah.. permudahkanlah segalanya untuk kami, Ya Allah..

Keukenhoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge