Isteri Mangsa Pukul dan Dera – Ini Yang Perlu Anda Lakukan!

Assallammualaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi informasi ini berdasarkan kepada pengalaman ketika menjadi saksi untuk satu tuntutan fasakh.

Untuk posting ini, saya focus kepada fasakh disebabkan suami sering atau berterusan memukul dan mendera isteri yang tidak nusyuz kepada suami, dalam erti kata lain, isteri yang taat dan patuh kepada suami.
Untuk nasihat undang-undang syariah secara detail, saya bukan orang yang terbaik sebab saya tiada kelayakan Syariah, tapi saya nak kongsi APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN SEBAGAI MANGSA KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA. Ini penting untuk anda “establish” kes fasakh kerana apabila anda menuntut fasakh, “burden of proof” adalah di atas bahu anda untuk membuktikan tanpa keraguan bahawa anda sebagai isteri, didera secara fizikal dan emosi oleh suami.

Seksyen 52, AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 menyatakan seperti berikut:
Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

Berikut saya senaraikan perkara yang perlu anda lakukan setiap kali anda sebagai isteri, dipukul dan dimaki oleh suami:

fasakh

Kesemua bukti ini akan diminta oleh peguam yang mewakili anda untuk diberikan kepada Yang Arif Hakim pada hari perbicaraan. Ia juga memudahkan anda mengingati setiap insiden yang berlaku sebab semuanya ada bukti.

Saya dapati, ramai isteri mendiamkan saja kelakuan suami, biasanya kerana malu dan memikirkan anak-anak seandainya mereka bercerai. Selain itu, isteri merasakan suami berhak memukul isteri, dan semuanya berpunca kerana isteri gagal menjadi isteri yang terbaik.
Saya mohon supaya isteri yang mengalami kejadian seperti ini, supaya bangkit dan melawan. Anda bukan punching bag suami, bukan alas kaki suami, bukan sekadar tempat suami melempiaskan nafsu, Anda adalah amanah dan tanggungjawab suami, maka anda berhak dilayan dan dikasihi dengan sepenunya.

Kepada rakan2 yang tahu mengenai masalah keganasan rumahtangga ini, tolong jangan jadi MULUT BANGKAI dan pergi cerita dengan semua orang tentang masalah rakan anda itu. Mereka memilih anda kerana mereka percaya anda mampu membantu mereka.. Anda seharusnya menjadi penyokong dan pembantu kepada si isteri. Tolong dia catatkan setiap kejadian, berikan dia semangat dan sama2 cuba keluarkan dia dari masalah kganasan rumahtangga itu.

Semoga bermanfaat buat semua, u maybe a victim, u may know a victim, and you can save a life and a few innocent lives.. Thank you..

2 thoughts on “Isteri Mangsa Pukul dan Dera – Ini Yang Perlu Anda Lakukan!

  1. Jari Manis

    Isreri jgn berdiam diri.. serah kepada pihak berkuasa utk ambil tindakan..jgn biar diri anda menjadi mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge