Alhamdulillah.. akhirnya saya sudah ada blog sendiri.. Pada orang lain, ia perkara remeh, memang sudah trend sekarang ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri, tapi pada saya ia sebuah kejayaan kerana sudah lama saya ingin memiliki blog sendiri, tapi cuma hari ini, impian saya tercapai.. Kenapa saya ingin ada blog sendiri? Simple – saya suka mengarang, menulis, saya gemar berkongsi pendapat idea, dan saya suka memberi pandangan..
Seterusnya, anda mungkin bertanya lagi, kenapa MOTIVASI, INSPIRASI dan CINTA?
Semua orang perlukan motivasi dan inspirasi untuk dijadikan panduan dalam mengejar kejayaan, menjadi manusia yang lebih sempurna, matang dan berkebolehan. Lantaan itu, saya harap tema motivasi dan inspirasi ini dapat menyumbang kepada pembagunan insan yakni teman-teman yang berkongsi pendapat, pengalaman dan pandangan dalam blog saya ini.
Cinta itu luas, love is an endless topic, u can talk about it now, and it will take forever to end.. Cinta itu misteri, ia wujud dalam diri setiap insan, tidak mengira darjat, pangkat, keturunan, umur atau harta.. Nah, pada saat ini anda mungkin akan berkata, ini hanyalah satu blog biasa, yang menghanyutkan.. Saya minta anda jangan bersikap judgmental.. Saya percaya, bab cinta ini dapat dikongsikan oleh pembaca dari semua peringkat usia.. There is something to learn from other people’s life.. Cinta bukan hanya pada kekasih, tapi juga pada Allah, pada Rasul, pada agama, pada ibu, ayah, adik2, kawan2 hatta haiwan kesayangan.. Ada kalanya, cinta inilah yang kita lupakan, yang kita pinggirkan.. Dan itulah yang akan cuba saya sampaikan dalam blog saya nanti..
Blog ini tidak terhad pada motivasi, inspirasi dan cinta sahaja, saya akan menulis tentang berbagai2 fenomena yang berlaku sekarang ini, dan saya harap anda semua akan bersama2 saya dan berkongsi segala-galanya…
Hingga bertemu di nukilan seterusnya.. Jika anda belum lagi mengucapkan kata-kata cinta pada isteri, suami, ibu, ayah atau orang2 tersayang, ucapkanlah hari ini, waktu ini, sebelum ianya terlambat..
Artikel yang berkaitan
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





Jun 8, 2009 at 23:58:01
tahniah…jangan sekerat jalan udah ler…
Jun 11, 2009 at 04:34:07
Salam …
Tahniah sebab dah ader blog sendiri skang … ringkas tapi menarik , kalau tak menarik pun bab bab iklan tuh nampak cam weird skit . Just my 2 cent .
Chou ..
Jun 11, 2009 at 09:04:56
Waalaikumsalam..
Terima kasih Yus, saya cuba baiki semua kelemahan dalam blog ini
Jun 12, 2009 at 11:40:24
Tahniah, blog sy pun masih baru. Jemput datang.
Jun 14, 2009 at 04:23:47
salam..saya nak tanya sket ttg blog akak ni,saya pon berminat nak ada blog sendiri cmni tp xtau cmner caranyer.brpkah kos utk m’bgnkan blog spt ini?bole akak bantu saya?terima kasih..klu sng2 email la ek..heheh!!
Jun 16, 2009 at 14:52:03
khairul, nanti akak email yerk..
Jun 16, 2009 at 14:52:30
shahrul, thanks lawat blog saya… tahniah untuk blog awak jugak!
Jun 16, 2009 at 17:38:33
wa…sume org da blog sendiri,bilela saya nak ada ni,ermm..tlg2,bantuan diperlukan..ngeh3..
Jul 3, 2009 at 11:56:22
salam kak,nak tanya ni//akak amik tempalte ni dr Btemplate kan..cmne akak d/lod?saya nakd/lod pon xbole..tq