I love you..

Pertanyaan ini khas untuk para isteri dan para suami.. Dah ucap I love you ke pada pasangan anda hari nih?  Acapkali, dek kerana terkejar2 di waktu pagi, anda terlupa atau memang tidak mengucapkan I love u pada pasangan.. Kalut2 mandi, siap2kan anak, siap2kan diri sendiri, start keta, salam dan bye2.. Bagaimana kalau itu kali terakhir anda melihat pasangan anda?  Katakanlah anda bergaduh, masing2 tak nak mengalah, tak nak bersuara, sampai di ofis, keluar dari kereta dan hempas pintu tanpa ucap apa, tiba2 di waktu tengahari anda dapat panggilan pasangan anda kemalangan dan meninggal??  Nauzubillah, janganlah itu terjadi pada sesiapa.. Namun, ajal dan maut kan di tangan Allah, apa2 sahaja boleh terjadi di tengah jalan.. Waktu malam pun begitu, kalau dah masuk tido, baca bismillah, terus zzzzzzz… Macam mana kalau esok anda bangun dan pasangan anda dah kaku tak bernyawa? 

Kenapa agaknya, waktu bercinta dulu, senang sungguh ucapkan kata2 cinta, I love you tu kalau boleh setiap kali tarik nafas, nak ucapkan pada yang tersayang.. Tapi bila dah kahwin, buat tak endah saja.. Mungkin bila dah kahwin, anda anggap, dia sudah di depan mata, dia dah tahu aku sayang & cinta pada dia, kan kita dah kahwin nih, tak payahlah nak ucap selalu.. Ish.. janganlah fikir cam tuh tuan-tuan & puan-puan..

Sepatutnya, bila dah kahwinlah kita perlu semarakkan lagi hubungan kita.. patutnya bila dah kahwinlah  kita perlu lebih ucapkan I love you pada pasangan, peluk & cium dia dengan penuh kasih sayang setiap hari & hargai dia..

Saya dapati orang melayu rasa macam taboo nak ucapkan I love you pada pasangan.. Alasannya, malu, segan, tak perlu sebab masing2 dah tahu, dan ada yang kata, dah tunjuk dengan perbuatan, tak payah la dengan kata2 pula… Anda salah seorang dari mereka ker?

Tuan-tuan, puan-puan, adik2, abang2, kakak2, saya bukan nak membangga diri, atau bukan nak bagitau yang konon2nya saya contoh isteri terbaik.. Tapi saya pastikan, setiap hari sebelum saya pergi kerja, saya salam suami, cium tangan & pipinya, peluk dia erat2 selama seminit atau lebih dan sambil itu ucapkan I love you padannya.. Suami juga akan melakukan perkara yang sama.. Selepas itu, bila sampai di ofis, saya cium dia sekali lagi dan ucapkan I love you, dan pesan dia agar sms bila sampai di ofisnya.. Padahal, ofis dia cuma 3 minit dari ofis saya..  Bila sampai di ofis, dia akan sms – dah sampai ofis, love u, dan saya akan balas semula, ok, love u too, take care.. Susah sangat ke nak menaip msg yang kurang dari 10 perkataan tuh? 

Waktu malam sebelum tidur pun macam tu juga, kami akan ucap I love you dan kami akan bermaaf-maafan, ye la, manusia kan tak lari dari kesilapan, kot2 la ada buat salah seorang dari kamu berkecil hati, dan saya minta suami redha pada segala yang diberikan pada saya.. Saat bermaafan itu, rasa ringan badan dan kepala, dan saya tahu kalau saya mati dalam tidur, suami dah maaf dan redha pada saya.. Dan kalau suami juga pergi pada malam itu, saya tahu dia cintakan saya dan meredhai segala apa yang saya buat.. 

Kadang2, saya sengaja panggil suami, lepas tuh, bila suami tanya, ada apa, saya akan jawab, saje panggil, I love you yang.. heheheh..

Mungkin anda akan cakap, elehhhh, ko baru kawin setahun, pastu belum ada anak lagik, bolehlah buat benda tuh sume.. Tuan2, Puan2, Adik2, Abang2, Kakak2, kalau tak mula dari awal, memang sampai bila2 lah anda tidak boleh berubah.. Benda cam nih, kena buat dari awal, kena buat hari2, bukan di awal2 perkahwinan saja..

So, saat ini, kalau anda belum ucapkan I love u pada pasangan, call la dia lepas habis baca post saya nih.. Beritahu yang anda sayang dan cintakan dia.. Katakan anda hargai kehadirannya dalam hidup anda.. kalau malu nak cakap, sms @ email saja.. Ya, dia tentu terkejut, tapi lama-kelamaan, dia pun akan buat benda yang sama.. Atau anda berikan sahaja post ini padanya, biar dia baca & dia pun paham.. 

Hargailah pasangan anda.. Buat para isteri, ingat, suami itu tiket anda ke syurga!  Dan buat para suami, isteri itu bagaikan tanah ladang untuk anda, kalau anda bajai & jaga ladang itu dengan baik, ia akan membuahkan hasil yang bagus.. Kalau isteri nampak penat selepas balik kerja, rajin2lah menolong mengemas dan sebagainya, jangan lah sampai di rumah, campak baju, tukar kain pelikat & terbaring depan tv, lepas makan, cuci tangan dan tengok tv lagi.. Kesian pada isteri.. Sudahlah sibuk bekerja di ofis, kemudian berkerja di rumah, lepas tu malamnya dikerjakan oleh anda pula, tapi anda tak menghargai mereka pun.. Sesekali, biar isteri berehat & anda pula yang mengemas, mencuci baju dan memasak.. Baru anda tahu penat lelah isteri melakukan tugas2 di rumah..

Satu lagi, ucapkanlah terima kasih pada pasangan jika mereka telah menolong anda melukan sesuatu..  terima kasih juga membawa erti yang mendalam dan membuatkan pasangan rasa dihargai.. Contohnya, terima kasih masak lauk yang sdang untuk abang atau untuk isteri, boleh ucapkan terima kasih sebab hantar saya ke opis dan sebagainya..

Jadi, mulai hari ini, jangan lupa peluk, cium & ucapkan I love u pada pasangan anda setiap hari yer! 🙂

8 thoughts on “I love you..

  1. Ayu Post author

    mijie, alhamdulillah, beruntung isteri awak..
    bagus2.. teruskan.. semoga cinta anda dan isteri makin erat hari ke hari dan kekal hingga akhir hayat! amin..

  2. mijie

    sy tiap2 hari ckp i love u kat org rumah………..dan sy rasa kalau tak ckp i love u rasa mcm hari tu ada somthg yg kurang je

  3. Ayu Post author

    heheheh.. ya, mungkin ada betulnya kata2 Adney, tapi takut2 pada hari yang kita tak ucapkan I Love U tu, itulah hari terakhir si dia dengan kita.. pasti kita tak nak menyesal di kemudian hari, kan? 🙂

  4. Adney

    msih bujang tapi agak seronok mmbacenye.. ape2pun pd pdgn sye, kalau hri2 mungkin boleh tapi kalau di reducekan/dikurangkan, ade baiknye juge.. sbb sesuatu klo terlalu kerap kdg2 ianye agak kurg dihargai, klo jarang2 tapi maintain, hurmm.. tahan lame dan manis.. hehe.. jus pendapat 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge