He caught me at Hello….

Posted by: Ayuin Love
12
Aug

Assallammualaikum…

Hari ini 12.08.09, pada anda mungkin ini hari biasa, tapi ada kenangan buat saya pada tarikh ini..

Tanggal 12.08.07, saya mendapat panggilan pertama dari suami, yang pada masa itu dalam proses mengurat saya.. ahaksss…

Saya dan suami berkenalan melalui email.. Kebetulan, pada masa itu, ada kerja kosong di ofis saya. Saya kemudiannya menghantar email mengenai kerja tersebut kepada adik angkat saya. Kebetulan, adik angkat saya itu, Firdaus, adalah rakan baik suami saya. Maka, email itu pun diforwardkan oleh adik angkat saya kepadanya.. Kemudian, dia menghantar email kepada saya, bertanyakan tentang kerja tersebut.. Mulai tarikh itu, 17.01.07, kami bertukar2 email setiap hari.. :)

Aktiviti bertukar2 email jenaka itu kemudiannya menjurus kepada mengenali diri masing2.. Dari bulan Januari, suami yang pada masa itu masih kawan, terus berbalas-balas email dengan saya hinggalah 18.06.07. Pada tarikh itu, saya demam panas, dan diberikan MC selama 4 hari. Menyedari saya tidak membalas emailnya seperti kelaziman, dia menghantar sms pertama kepada saya pada tarikh tersebut.. Pada mulanya,dia tidak memberitahu namanya, tapi naluri wanita saya mengatakan, itu dia.. Jangkaan saya memang tepat, kerana adik angkat saya mengesahkan itu nombor hpnya! hahahah…

Kemudian, dari tarikh 18.06.07 itu, kami terus berbalas-balas sms pula, namun suami masih belum menghubungi saya melaui telefon.. Pada waktu itu, saya tau saya sudah jatuh cinta padanya, walaupun saya belum pernah melihat wajah atau suaranya, saya jatuh cinta pada jenaka2 dan kata2nya yang dikirim melalui email dan sms.. Saya yakin dia lelaki yang sangat loving, caring & prihatin..

Seterusnya, pada 12.08.07, dia menelefon saya untuk kali pertama.. Aduh, berdebar2 dada takala melihat nombor hpnya terpapar di skrin hp.. And yes, when I picked up the phone to answer, he did caught me at hello… ;)

Kisah cinta kami bermula dengan “hello”.. Kali pertama memang agak kekok, kerana selama ini kami hanya berkomunikasi melalui sms & email, tapi kali ini kami mendengar suara, mendengar tawa.. Sukar saya gambarkan perasaan itu..

Berikutan dari panggilan itu, kami kemudiannya bertemu buat kali pertama pada 25.08.07 di KL Central.. heheheh.. Ya, KL Central, memang tempat bertemu dan berpisah, tapi di KL Central lah cinta kami berputik untuk kali pertama..

Pertemuan itu ternyata permulaan pada detik2 indah percintaan hinggalah kami berumahtangga.. Suami datang bertemu keluarga saya pada 28.10.07 & 03.11.07, dan kemudian saya pula ke Perlis, kampung beliau pada 30.11.07. Apa yang melucukan, emak suami terus mahu datang meminang saya pada minggu hadapannya! hahahah.. Kalut juga, nasib baik suami dapat memujuk untuk membuat persiapan sewajarnya.. pada 29.12.07, keluarga suami datang merisik, dan sekaligus menghantar tanda & kami bertunang.. Pada 15.03.08, tarikh perkahwinan ditetapkan, dan Alhamdulillah, kami dinikahkan pada 31.05.08..

Saya jatuh cinta pada suami tanpa mengenal rupa, tanpa mendengar suara.. Saya jatuh cinta padanya lewat kiriman2 email & smsnya kepada saya.. Siapa kata cinta yang lahir melalui teknologi cyber dan telekomunikasi ini tidak boleh berjaya?? Saya dan suami adalah buktinya!!!

Kini, setelah 2 tahun bersama2, cinta kami masih seperti dulu.. Dia masih lelaki yang saya kenali melalui sms & email, masih menghantar email & sms cinta kepada saya walaupun jarak ofis kami hanya 5 minit berjalan kaki.. Dan hari ini, dia menghantar sebuah puisi indah sempena mengingati hari ini.. Puisi itu menusuk hati saya, membuat saya dilanda keharuan & pastinya saya merasakan keikhlasannya cintanya dalam puisi itu.. Ini puisi yang dihantarnya:-

I asked God for a flower, He gave me a bouquet
I asked God for a minute, He gave me day
I asked God for true love, He gave me that too
I asked for an angel, He gave me YOU

Yes, my love you are the best
And to this I can attest
I married the right one, I feel
Because our marriage is ideal

Ya Allah, moga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat..

Yes, he caught me at hello yesterday, today and he will always caught me with his love..

Incoming search terms:

Tags: ,

This entry was posted on Wednesday, August 12th, 2009 at 9:41 pm and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

28 comments so far

1.  nell
August 13th, 2009 at 8:33 am

Ayuuu……huhuhu jeles di situ…
Baru ari ni tau kisah cinta Ayu..masa pergi kenduri hari tu tak sempat interview yer..yg ini very detail…

2.  Ayu
August 13th, 2009 at 9:07 am

Angah,

Jangan jeles yer, mungkin kisah cinta Angah lebih menarik dari Ayu :)
Masa kenduri kawin tuh memang limited sangat time nak sembang, kan? heheheh…
Nanti ayu kirim gambar kawin kat Angah melalui email ok!

3.  Khairul Hazwan
August 13th, 2009 at 9:07 am

Wow..hebatnya kak Ayu..boleh ingat semua tarikh2 penting tu..akak tulis dalam diary eh :-)

4.  Ayu
August 13th, 2009 at 9:12 am

Hi Hazwan,

Ya, akak catat setiap tarikh penting.. Buat memo di dalam handphone, dan memang dah tercatat dalam kepala.. hehe
Ini satu tips untuk Hazwan, kebanyakkan perempuan akan mengingati tarikh2 sebegini, walaupun pada lelaki ia nampak remeh.

Orang Perempuan akan rasa sangat dihargai dan amat terharu jika lelaki boleh mengingati tarikh2 sebegini.. Tak perlu beri hadiah, cuma ingatan tentang saat2 manis ini sudah mencukupi.. Pastinya hubungan anda akan semakin erat & kasih sayang juga bertambah2.. ;)

5.  Sua
August 13th, 2009 at 1:54 pm

time tu dgr lagu “Kini Hati Ku Telah Tertawan” mesti tangkap lentok
pergh..romantis gitu :)

6.  reitzal
August 13th, 2009 at 1:55 pm

Ayu,

Some moments are best to be remembered…some are the moments we tried hard to forget it..At least that’s what i felt…

7.  Ayu
August 13th, 2009 at 2:23 pm

Lagu saper tuh Aus? Sharifah Aini ker?

Kini hatiku telah tertawan..
Oleh seorang satria pahlawan
Terpikat dari tinggi baktinya
Yang tak dapat di nilaikan..

Sekian.. huhuhuhuh

8.  Ayu
August 13th, 2009 at 2:26 pm

Reitzal,

With my hubby, each & every moments are good & memorable :)
I’m lucky to have him as my hubby..

9.  reitzal
August 13th, 2009 at 2:49 pm

Ayu,

Syukurlah. But always remember…Langit x selalu cerah..tetiba hujan di tengah hari…

10.  Ayu
August 13th, 2009 at 2:57 pm

Shah,

Benar, langit tak selalu cerah, tapi sebelum hujan, kita boleh mengagak kedatangan hujan, kerana awan yang mendung dan hitam adalah tanda2nya…
Maka, jika kami sudah ada payung dan tempat berlindung, Insya Allah, kami tidak akan kebasahan dalam hujan..
Kami bertemu dan berkahwin kerana Allah, semoga Allah terus memberkati dan merahmati kami dengan cinta yang berkekalan di dunia & akhirat.. Amin…

11.  reitzal
August 13th, 2009 at 3:27 pm

Ayu,

Masakan langit yg mendung belum tentu turunnya hujan..Masakan kita mengagak ketentuan Illahi..Sedangkan ada tempat berlindung masih lagi di panah petir…

Hidupku Matiku Kerna Allah…Amin..

12.  Ayu
August 13th, 2009 at 4:11 pm

Shah,

Betul, semua yang berlaku adalah qada’ dan qadar dari Allah..
Namun, sebagai orang Islam, kita boleh jadikan doa sebagai perisai kepada semua masalah.. Hanya maut sahaja yang tidak dapat dielak..
Maka percaya dan yakinlah dengan setiap doa, terutama doa untuk kebahagiaan kita dunia & akhirat ;)

13.  reitzal
August 13th, 2009 at 4:27 pm

Ayu,

Finally we agree on something…Insyallah..Doakan yg terbaik untuk diri masing2…

14.  nell
August 14th, 2009 at 10:13 am

Ayu,

baru nk email huhuh…make sure ada muka angah yer.
Ada ker? :)

15.  Ayu
August 14th, 2009 at 11:01 am

Hahahaha.. sorry2.. memang nak email, tapi selaluuuuuu lupa..
Mestilah, ada gambar angah, nieza & nora ;)

16.  Fatin Pauzi
August 14th, 2009 at 11:22 am

Wah, romantiknya. Kan best kalau saya nak kahwin semudah tu. Huhu. Ade jodoh yang sangat mudah, ada jodoh terlalu banyak rintangan. Tahniah, kak. Perkahwinan adalah perkara yang paling bahagia untuk pasangan.

*Kak, kalau saya boleh subscribe post2 akak dari emel, kan best. :D Just a suggestion. Thanks! ;)

17.  Ayu
August 14th, 2009 at 2:14 pm

Hi Fatin,

Kalau dah jodoh, semunya Allah akan mudahkan, dik..

Sebelum bertemu suami, akak banyak kali juga putus cinta, semua tak menepati citarasa akak, terutama dari segi personaliti & keyakinan diri.. Masa putus cinta tu, rasa serik sangat, dan tak nak lagi kenal dengan mana2 lelaki.. hehhe… Namun, jodoh dengan suami membuatkan hati akak terbuka semula..

“Sometimes God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet THE ONE, we will be more appreciative..”

Tentang cadangan Fatin tuh, terima kasih, akak akan pertimbangkan..

Thanks for supporting me ye dik.. ! :)

18.  ramzy0
August 14th, 2009 at 3:58 pm

waa, so0o swit laa akak story neh…tersentuh ati

19.  ramzy0
August 14th, 2009 at 4:00 pm

aaa, lagi satu akak. agree jugak dengan suggestion fatin tu, aktif’kan feedburner email tu, nak subscribe post akak ikut email..:)

20.  Ayu
August 14th, 2009 at 8:46 pm

Ramzy0,

macam citer dalam novel tak? heheheh
dah 2 tahun, tapi cinta tuh masih hangatttttttt membara! chewahhhh! huhuhuhu

insya-allah, nanti akak aktifkan feedburner tu yer.. thanks sebab selalu bagi sokongan pada akak!

21.  Ama
August 16th, 2009 at 11:35 pm

salam akak..
wah romantiknyer..Ama nk kena cari pakwe dalam cyber jugak ni..hik3:D

Ama doakan akak bahagia sampai ke anak cucu..eh2 silap sampai hembusan terakhir..Amin…

22.  khalifah
August 17th, 2009 at 3:57 am

wah.. dahsyat..
moga sentiasa dalam perlindungan dan
mencapai kebahagian dunia n akhirat
aminx

nice n very beutyful

23.  Ayu
August 17th, 2009 at 9:59 am

Waalaikumsalam,

Terima kasih Ama, semoga Ama pun bertemu dengan seorang yang beriman, berilmu & beramal soleh.. Aminnn :)

24.  Ayu
August 17th, 2009 at 10:00 am

Khalifah,

Terima kasih banyak2 untuk doa itu..
Moga kami dilimpahi kebahagiaan dan kasih sayang dari Allah di dunia & akhirat..

25.  Raja Kamil
August 18th, 2009 at 2:13 am

Best. Patut lah boleh buat ebook nak ngorat..ahhaha

Kim salam kat husband ek

26.  Ayu
August 18th, 2009 at 8:47 am

Terima kasih Raja Kamil, sebab sudi datang melawat blog saya :)

Insya-Allah, nanti saya sampaikan salam Raja Kamil pada hubby..

27.  sUa
August 18th, 2009 at 7:13 pm

wah2..tahniah ar kak yuyu..
actually diorang senyap2 je cintan-cintun dulu..
pastu ade satu mase aus jumpe dalam friendster mereka komen-mengomen pasal kedai kasut yg diorang p..
pastu baru la dpt tau citer sebenar..
ni akk kene buat entri baru tajuk “SAYA SUKA KASUT ITU”

huha
hehe
huhu

28.  Ayu
August 18th, 2009 at 8:06 pm

Huh?
Ada ker kami citer pasal kasut dalam Fs?
Kena bukak Fs balik la nih.. Heheheh…

P/s: Nih ler Aus yang diperkatakan dalam post saya nih..
Allah hantarkan dia untuk menemukan kami berdua.. Thanks Aus.. :)

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes