Haytai Free & Easy 2

Hat Yai Free & Easy – Day 1

Assallammualaikum wbt

Selamat datang Februari!

Saya pulak baru nak posting cerita cuti ke Hat Yai pada bulan Oktober 2017! haha.  Saya sertakan sedikit tips untuk anda yang merancang untuk ke Hay Yai dengan kereta sendiri, semoga bermanfaat dan menjad ilmu yang diberkati oleh Allah.

20171016095402

Pada 16 Oktober, 2017, saya, suami & anak ke Haytai melalui Padang Besar, Perlis.  Saya agak cemas sebenarnya, sebab masih teringat lagi kes pasport saya dicampak oleh pegawai imigresen sewaktu ke sana pada tahun 2013.  Puncanya, suami pergi ke bahagian insurance sekejap je.  Geram betul masa tu! huhu.  Anda boleh rujuk posting ke Hatyai pada tahun 2013 di sini.

Kami sampai di sempadan kira2 jam 930 pagi dan sudah ramai yang beratur panjang untuk cop pasport / boarder pass.

Ok, info ini SANGAT PENTING. Ini adalah dokumen yang perlu disediakan sebelum anda memandu masuk ke Hatyai –

Dokumen Untuk Masuk Haytai dengan Kereta

 

SEMUA PENUMPANG PERLU TURUN DARI KERETA UNTUK COP PASPORT DAN PEMANDU PERLU ISI SEMUA BORANG2 INI UNTUK DICOP BERSAMA DENGAN PASPORT.

a)            Borang Informasi kereta (Information of Conveyance)

b)            Borang TM3 – Senarai Penumpang (Passenger List)

c)            Arrival & Departure card

Anda perlu isi dokumen2 tersebut sebelum cop pasport di Imigresen Thailand.  Dokumen2 ini boleh didapati di meja di sebelah kanan anda bila anda masuk ke Imigresen Thailand.

Sila bawa pen sendiri sebab biasanya ramai mengisi borang di meja tersebut.

Anda boleh rujuk kepada gambar di bawah untuk cara mengisi borang2.

Transportation Form to Hat YaiTransportation Form to Hat Yai 2

Borang TM3 Masuk Hatyai

Ok, lepas dah dapat cop pasport, anda kena pergi untuk cop insurance pula ye.  Kami masuk ke Haytai melalui Padang Besar, dan di sini ada satu pejabat agen yang boleh buatkan insurans untuk anda.

Bila semua dah cop, pengembaraan anda pun bermula! Sawadee, welcome to Hat Yai!

Haytai Free & Easy 1 Haytai Free & Easy 2

Sekarang dah zaman teknologi, ada waze kan, so ikut saja panduan dari waze.  Perjalanan sangat mudah, tiada tol, jalan pun elok.  Kira-kira 1 jam setengah, anda dah masuk ke Hat Yai.

Ini adalah program kami untuk dua hari satu malam di Hatyai, Tema perjalanan kali ini ialah Free & Easy, jadi memang santai2, tak rushing dan tak padat.

Hatyai Free and Easy Itinerary Day 1 Hatyai Free and Easy Itinerary Day 2

Sebelum saya sentuh tempat-tempat yang kami lawati dalam masa 2 hari 1 malam tu, saya cerita dulu tentang hotel.  Kami menginap di Aloha Hotel dengan kadar bayaran RM127 tanpa sarapan. Tempahan dibuat di Bookingc.com.

Kenapa saya & suami pilih Aloha Hotel?

  1.  Bedekatan dengan Lee Gardens – tempat makanan halal & tempat membeli belah.  Hotel juga berhampiran dengan Robbinsons dan stesen keretapi Hatyai.
  2. Harga yang berpatutan dan bilik yang luas.
  3. Parking disediaan
  4. Tidak sesak (crowded) seperti di area Lee Gardens.

Dari pengamatan saya, kebanyakkan pelancong memilih Lee Gardens Hotel, mungkin disebabkan mudah mencari makanan & membeli belah agaknya.  Sekiranya anda tidak mahu tempat yang terlalu sesak, saya syorkan anda menginap di sini – tenang dan bersih.

Aloha Hotel HatyaiAloha Hotel Hatyai 2

Done with the hotel, saya share tempat-tempat yang kami lawati:

HARI PERTAMA – DESTINASI PERTAMA – CHANG PUAK CHAMP 

Masuk adalah PERCUMA! Tapi, kalau ada bayaran dikenakan untuk aktivit2 yang disediakan.  Boleh rujuk kepada gambar.  Kami waze untuk datang ke sini.

Chang Puak Camp Hatyai EntraceChang Puak Camp Hatyai Activity Price Chang Puak Camp Hatyai Elephant Ride

Kami habiskan kira2 sejam di sini, bagi gajah makan pisang.  Saya punyalah nervous, kelam kabut bagi gajah makan sebab gajah tu baru balik dari bawa pelancong pusing2 dalam camp, dia punya lapar macam setahun tak makan! Haha.

Usai di sini, kami ke DESTINASI KEDUA – SAMILLA BEACH

Pantai di sini, masya Allah, cantik dan BERSIH! tak ada sampah sarap, tin2 kosong, plastik @ segala mak nenek yang biasanya ada di pantai2 kita.

Samilla Beach Hatyai Samilla Beach Hatyai

Di seberang jalan, ada gerai2 menjual daging bakar, ayam bakar, rojak dan air sejuk.  Daging dan ayam bakar di sini dihidangkan dengan pulut.  Sos Thai yang pedas menjadi sangat enak bila dimakan dengan daging bakar dan pulut! Yumsss!  Penjual memang sediakan tikar sekali untuk kita.. Bagus kan..

Makanan terasa sangat sedap ditemani dengan pemandangan laut dan angin sepoi bahasa gitu..

Makanan terasa sangat sedap ditemani dengan pemandangan laut dan angin sepoi bahasa gitu..

Lepas makan, kami bergerak untuk check in di Aloha Hotel, kira2 setengah jam dari Samilla Beach.  Check in sangat smooth, dalam 10 minit dah settle dan boleh check in.

DESTINASI KETIGA – WINDOW SHOPPING & MAKAN MALAM DI LEE GARDENS

Lebih kurang jam 630 petang, kami keluar semula.  Dah niat nak jamak Mahrib & Isyak.  Kami pusing2 dalam Robinsons, lepas tu terus ke Lee Gardens, tempat paling popular di Hat Yai ni.

Ada udang goreng, ayam goreng, pulut mangga, sotong bakar, lokching, tiram goreng, kueytiow goreng dan nasi goreng dijual di sekitar Lee Gardens.  Tapi, yang paling sedap ialah air Teh Aisnya.. Allah, memang sedap.. Mungkin juga sebab dah penat berjalan, maka air tu rasa sedap sangat! haha

Udang Goreng Lee Gardens

Kami makan nasi lemak saja, dan beli macam cekodok udang, ada rasa pedas2 sikit, memang sedap bila makan panas2.

Teh Ais power tu ada jual di gerai ni ye.

Teh Ais power tu ada jual di gerai ni ye.

Lepas makan, kami singgah tengok gerai2 dan kedai2 yang ada di situ.  Lepas tu masuk 7-11, sebab dok baca orang kata best barang-barang di 7-11 di Thailand.  Jadinya, beria la masuk 7-11. Haha.  Pada saya biasa aje, cumanya di 7-11 Thailand, variasi makanan tu lebih banyak dari 7-11 kita.  Mostly non-halal ye. One of the must try di 7-11 ialah susu kulturnya – sedap!

Dah puas masuk 7-11, kami lalu sebelah gerai Kuey Tiow di Lee Gardens tu. Bau dia, Masya Allah sedap betul, makanya beli la satu pek utk makan di hotel.

Lepas tu, balik hotel dan rehat.  Insya Allah nanti saya sambung perjalanan hari kedua di Hatyai.

Salam sayang.

Pelawat menemui web ini melalui carian:

dokumen yang perlu untuk masuk hatyai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge