Salam semua.. Selama ni, bila anda bekerja, apa yang anda inginkan?? Gaji yang tinggi atau kepuasan dan kegembiraan bekerja?

Dulu masa di sekolah, cikgu dan emak ayah selalu pesan, belajar pandai2, biar dapat kerja yang bagus dan gaji besar.. Diaorang tak pernah pun cakap belajar pandai2, biar dapat kerja yang menyeronokkan! hahaha…

Saya pun sebenarnya dah di”brainwash” untuk pikir hanya gaji yang tinggi saja yang akan membuatkan saya gembira.. Tapi selepas dah bekerja hampir 7 tahun, pada saya gaji yang tinggi tidak menjamin keseronokkan bekerja.. Lebih besar gaji, lebih besar tanggungjawab, lebih cepat dapat penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung datang berkawan dengan kita… heheheh..  Saya bosan mengkut telunjuk dan arahan dari pihak atasan.. Yang tak boleh pun, mesti dibolehkan.. Nak marah balik, dia boss, kita pun makan gaji, ada kala saya melawan juga, tapi timun dengan durian, saya mengalah jer.. Kadang2 rasa nak muntah tengok file yang berlambak2 atas meja.. Keluar awal2 pagi, petang baru sampai rumah.. Kadang2 bawak balik kerja sampai ke rumah…  Sampai di rumah, otak penat, badan pun letih, emosi pun terganggu ingatkan kerja.. Di rumah, saya masih ada tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Nasib baik suami seorang yang memahami, kalau nampak saya letih, dia yang tolong masak dan mengemas rumah..

Dulu saya pernah bekerja sebagai retail assistant di salah sebuah kedai bunga.. gaji kecil, dalam RM700.00 sahaja sebulan.. Tapi saya amat seronok, setiap hari menyusun bunga, menggilap pasu, melayan pelanggan.. Saya masuk kerja pada pukul 9, dan pulang jam 8.. Tak terasa langsung penatnya, malah terasa sangat cepat masa berlalu.. Hari2 saya sungguh ceria dan bersemangat.. Tapi, dek kerana inginkan posisi dan gaji yang lebih baik, dan sementelah saya sudah mendapat ijazah, saya meninggalkan kerja itu dan menjadi seorang peguam..

Memang, sebagai seorang peguam, saya ada pangkat, gaji pun ok la, tapi saya terlalu sibuk & tension, sabtu ahad pun saya bekerja, balik pukul 10.. memang tak ada life.. Lepas itu saya join bank, hurmmmm.. lagiiiiiii tension! hahahah.. Aduhai, manusia memang tak pernah puas hati dengan kurniaan Allah, kan?

Kepenatan dan ketidakpuasan itu membuatkan saya terfikir, sampai bila saya nak jadi begini?  Sampai bila saya nak bekerja dengan orang?  Kenapa saya nak harungi 5 hari yang menyeksakan di pejabat?  Boleh tak saya dapat pekerjaan yang memberikan saya pendapatan dan pada masa yang sama memberikan saya kepuasan bekerja?  Jawapannya ada, buat business!  Tapi saya perlu ada kemahiran dan pengetahuan..  Jadi, buat masa ini saya sedang “meninjau2″ peluang yang baik.. Saya sedang mengumpul2 maklumat dan pasaran.. Buat masa ini, saya fokus dulu pada ebook..

Saya pasti dengan bekerja sendiri saja saya akan dapat kepuasan bekerja, saya boleh plan masa saya, dan ada lebih masa untuk suami.. Mungkin sebagai pendahuluan, pendapatannya tak seberapa, tapi mana ada benda yang kita buat, terus berjaya dan menjadi jutawan, kan?  Kenalah ada usaha dan perancangan..

Saya tak mahu lagi datang kerja dengan hati yang berat, hati yang tidak ikhlas, kerana duit yang saya dapat akan dibuat untuk beli makanan yang akan jadi darah daging saya, saya mahu pendapatan saya halal dan diberkati.. Saya sanggup buat kerja dengan gaji yang rendah asal saya happy.. Bila saya happy, prestasi kerja akan meningkat dan saya pun lebih sihat dan ceria.. heheheeh.. Duit bukan segala2nya.. Ya, kita perlu ada duit, tapi jangan bertuankan duit.. Tak guna kerja dengan gaji yang besar kalau kesihatan anda terganggu, dan anda tidak ada masa untuk famili anda..  Ya, saya bersyukur masih ada kerja, ramai yang menggangur sekarang ini.. Namun, saya berhak memilih yang terbaik untuk saya.. Dan kalau ada peluang kerja atau perniagaan yang bagus, saya tidak akan teragak2 untuk resign..  :D

Semoga Allah kabulkan doa saya untuk menjadi seorang businesswoman yang berjaya.. Amin….

 p/s – Anda pula, bagaimana?  Gaji yang tinggi @ kepuasan bekerja??

Pelawat menemui web ini melalui carian:

gaji peguam,gaji seorang peguam,gaji besar,pendapatan seorang peguam,gaji kerja watson,kerja yang gajinya besar,kerja gaji besar,gaji peguam sebulan,kerja gaji tinggi,gaji tinggi,kerjaya besar gaji,pekerjaan gaji tinggi,gaji kerja di watson,gaji peguam di malaysia,berapa gaji sebulan untuk kita gembira kat malaysia,gaji pekerja watson,berapa gaji seorang peguam,pekerja watson,degree tapi gaji besar,gaji di watsons,gaji lawyer,gaji peguam rendah,kehidupan seorang peguam,kedai mana yng gajinya besar,gaji seorang peguam di malaysia

Tags: , , , , , , , , ,

This entry was posted on Wednesday, June 17th, 2009 at 12:36 pm and is filed under motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 comments so far

1.  framestone
June 18th, 2009 at 9:11 am

more pada kepuasan berkerja..

duit gaji besar mana..tp tekanan kerje truk.. penyakit byk dtg.. xde gunanya jugak kan

2.  Ayu
June 18th, 2009 at 9:16 am

betul2.. gaji besar, tapi ada macam2 penyakit, akhirnya duit habis kat bill sepital.. huhuh

3.  framestone
June 18th, 2009 at 11:47 am

tau pun huhuhu..parahkan huhuu

4.  razman
June 30th, 2009 at 11:30 pm

sana pilih gaji besar,
sbb skrg saya gaji kecik,
awak ok la keje 5 hari pn gaji tinggi,
saya keje 6 hari seminggu gaji rendah,
keje apa pun selagi di bawah telunjuk orang mmg tak best,
jadi kalau keje mmg saya nak gaji tinggi.

5.  Ayu
July 1st, 2009 at 12:16 pm

hai razman,
mana awak tau gaji saya tinggi? uhuhuhuhuh
bangunan jer tinggi, gaji rendah! hahahaha

ok, itu pendapat masing2, tapi pada saya, kepuasan dan kegembiraan bekerja lebih utama dari gaji yang tinggi.. :)

yang lain macam mana?? jom kongsi di sini..

6.  mummy mithali
October 7th, 2009 at 5:39 am

saya kerja gaji ok tapi xdpt perform bagus sbb tiap 2 thn beranak. Boss pun tension sbb setiap 2 thn cuti 2 bln utk bersalin. Kerja luar pun payah sbb anak menyusu badan. Kesian boss saya. Nyesal kot dia amik saya kerja aritu.. hahahah

7.  shah
October 1st, 2010 at 12:37 am

Biasanya kita akan rasa kitalah yang hidup paling susah berbanding orang lain. Tapi renunglah hidup saya ni. seorang budak bandar yang mempunya keluluasan dip mekanikal dari UTM, tak menyambungkan pelajaran ke degree semata2 untuk menolong keluarga. kalau kerja dgn org gaji cuma Rm1200, tak cukup tolong diri sendiri-apatah lagi keluarga. kemuadian menjadi petani dan bekerja berat ditengah panas setiap hari dengan tiada masa cuti dari pagi hingga lewat petang. Badan letih, kulit penuh dengan luka dan parut.Malam terlalu letih dan tidur awal,lepas subuh pergi kerja balik. Hasil pula belum tentu. Bayangkan tak pernah berkebun seumur hidup tapi bekerja sebagai petani semata2 untuk mendapatkan pendapatan lebih dari makan gaji.Sedih tengok orang lain gembira, tapi saya tidak. tetapi itulah pengorbanan.. bagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain..

8.  Ayu
October 21st, 2010 at 1:10 pm

Salam Shah,

dari satu segi, mungkin Shah rasa rugi dan penat
tapi renunglah dengan kesyukuran..
bertani adalah satu ibadah yang menghampirkan kita kepada Allah

RASULULLAH ada menjelaskan mengenai pahala dan ganjaran orang bergiat dalam bidang pertanian seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.
Baginda bersabda: “Tidak ada Muslim menanam dan bertani, maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah.”
Manakala dalam riwayat lain, baginda bersabda: “…melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”. (Hadis riwayat Muslim).

Nah, betapa besarnya pahala orang yang bertani, bukan sahaja anda bekerja utk dunia, malah mendapat ganjaran seolah2 bersedekah dik!
Dengan bertani juga, kita berusaha dengan tangan kita, dan bertawaqal agar Allah memberikan ganjaran dalam bentuk tanaman yang subur.. Doa ini mendekatkan kita dengan Allah setiap hari, setiap masa.. Bukankah Allah suka pada hamba2nya yang sentiasa berdoa kepadaNya?
Selain itu, bertani juga memberikan kesihatan.. kami yang duduk di pejabat ni, nak keluar peluh punyalah susah, maklumlah, duduk dalam pejabat yang berhawa dingin, cepat jatuh sakit dan tak tahan dengan sedikit kepanasan..
tapi Shah dapat bersenam bersenam sambil bekerja setiap hari.. menghirup udara segar di awal pagi.. badan sihat, otak cergas, hasil pun dapat..

Shah,
mungkin ada hikmahnya Allah mentakdirkan Shah jadi seorang petani.. mungkin Shah insan yang terpilih, yang Allah uji di dunia supaya mendapat ganjaran di akhirat.. maka, redha lah dengan ketentuan Allah, dan bertawaqal dan sentiasa berdoa agar Allah memberikan yang terbaik utk Shah di dunia & akhirat.. Akak doakan Allah mudahkan segala urusan Shah di mana sahaja Shah berada.. Amin :)

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash player