Fridge Magnet – my new obsession!

Assallammualaikum..

Saja nak kongsi dengan anda semua, hobi & obsessi terbaru saya ialah mengumpul fridge magnet.. heheh.. Hobi ni baru jer bermula, awal tahun ni.. so masih banyak ruang kat fridge tu untuk dipenuhkan! haha.. setakat ni baru ada beberapa fridge magnet je, ada orang yang ada beratus2 fridge magnet kan? best betul.. Insya-Allah saya pun akan sampai ke angka ratus2 tu nanti.. hehe (belum abik gambar lagik, esok saya upload, Insya-Allah)

Dulu masa kecik2, suka betul kalau jumpa magnet ni, semua benda nak “tarik” dengan magnet, duit syiling la, tutup botol la, paku tekan la.. hehe.. excited masa tengok benda2 tu melekat kat magnet, rasa cam magnet tu “ajaib” aje.. hah.. Ntah nape, nampak fridge magnet ni semua comel je. lagipun ia membawa banyak kenangan kalau fridge magnet tu kita beli ketika mengunjungi sesebuah tempat @ negara kan..

Macam saya, setakat ni saya mengumpul fridge magnet yang ada gambar2 tempat bersejarah @ nama tempat saja.. ada orang yang suka kumpul fridge magnet yang bentuk bunga, binatang, huruf dan sebagainya.. Di ebay contahnya, ada macam2 jenis fridge magnet, dari yang vintage kepada yang baru, gambar orang, gambar kartun, gambar makanan, minuman, nama tempat dan macam2 lagi la.. Dan jangan terkejut jika sebiji fridge magnet vintage boleh mencecah bid sehingga USD30 @ lebih, kerana pengumpul fridge magney tang obsess tidak akan teragak2 untuk mendapatkan sebiji fridge magnet yang penuh dengan sejarah & nostalgia demi sebuah koleksi! chewahhhhhhhhh! heheheh

 

 

 

 

 

Adakah anda tahu bahawa paten untuk fridge magnet yang pertama  telah diperolehi oleh William Zimmerman St Louis, Missouri,  pada awal tahun 1970?  Zimmerman telah mematenkan ideanya iaitu  kartun magnet!!

Menurut wikepedia, pengumpul fridge magnet yaang terbanyak DI DUNIA ialah  Louise J. Greenfarb, of Henderson, yang berasal dari Nevada (USA).  Menurut  British “Book of alternative records”, koleksi Greenfard meningkat kepada 29.000 Februari 2002, dan kemudian sehingga lebih 30,000 barangan.   Wooooooooooooooooww!! Ni dah boleh bukak kilang fridge magnet kan? Kau ada??? heheheh..  Lebih 7,000 magnet dari koleksi Greenfarb telah dipamerkan di Muzium Guinness di Las Vegas, yang sejak itu telah ditutup. Sayang kan.. kalau tak boleh kita melawat muzium kat Las Vegas tu  (dalam mimpi.. heheeh) Tambah menarik lagi, plat kereta Greenfarb ialah MGNTLDY (magnet Lady).. interesting betul.. hehe.. Lepas tu, Greenfarb juga ada meninggalkan wasiatnya, beliau ingin dikebumikan di dalam peti sejuknya,  dengan semua fridge magnetnya! huhu – “But she also has a magnet-related death wish. Her ultimate goal is “to be buried in her fridge, surrounded by a thousand of her favorite magnets.” (ni betul2 pengumpul hardcore ni.. )  

 

Pada Januari 1999, Tony Lloyd, guru di Cardiff, Wales, telah ditemuramah oleh Channel 4, sebuah stesen televisyen.  Lloyd dikatakan mempunyai koleksi terbesar magnet peti sejuk di Eropah pada masa itu, iaitu lebih 2000 keping!! Pada September 2010, dia dikatakan mempunyai koleksi lebih daripada 3,600 fridge magnet..  Haaaaaaaaa, kalau setakat ada 2-3 ketul fridge magent cam saya, tak yah nak berlagak poyo la, diorang ni lagik banyak, tahap boleh bukak kedai cenderamata @ kilang fridge magnet ok! hahahah.. Maknanya diorang ni banyak fridge la kat umah kan (does my question makes sense? ehehehh)

 

 

 

 

Ok, back to the topic, tahukan anda, orang yang mengumpul frdige magnet dipanggil memomagnetist? haaaaaa, berbelit lidah nak sebut, saya pun baru tahu ari ni, and i’m proud to say that i am a memomagnetist! heheeh Awesomeeeeeeeeeeee!  😉

Nah, itu la sedikit sebanyak sejarah tentang fridge magnet.. Insya-Allah esok saya upload gambar ye, sementara tu tengok dulu gambar2 fridge magnet yang saya google..  🙂

 

p/s: Thank you wikepedia, banyak infor yang saya dapat hari ni 🙂

 

 

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pengumpul fridge magnet,magnet peti sejuk

One thought on “Fridge Magnet – my new obsession!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge