Floating Market, Hatyai – Update as @ 3hb November 2013

Assallammualaikum wbt

Buat para sahabat & pembaca yang dikasihi sekalian, sukacita ingin saya maklumkan di sini, jambatan yang menghubungkan tempat meletak kereta dengan Floating Market sedang mengalami pengubahsuaian dan saya tak tahu pula berapa lama tempoh masa pengubahsuaian tersebut.  Buat sementara waktu, para pelancong perlu menggunakan jambatan kayu seperti di dalam gambar. Gambar di ambil ketika saya & keluarga mengunjungi Floating Market tersebut pada 3/11/2013.


Floating Market 2013

 

Floating Market 2013 c

 

Floating Market a

 

Ini adalah gambar jambatan asal yang diambil pada 03hb Februari, 2013, sebelum dirobohkan.

Jambatan Floating Market

 

 

Musim hujan menyebabkan jalan menuju ke jambatan kayu tersebut sangat licin dan lecak…  Jambatan kayu tersebut juga agak tidak stabil, bergegar2 ketika kami melintasi jambatan tersebut, agak mendebarkan juga walaupun jambatannya pendek.. haha..

Ingin saya kongsikan sedikit tips untuk para pelancong dari Malaysia yang nak ke Hatyai sepanjang cuti sekolah ini:-

1)  Sentiasa bawa payung @ baju hujan sebab kebiasaannya hujan lebat pada waktu petang

2)  Pakai kasut sports @ kasut bertutup yang sesuai kerana jalan sangat lecak dan licin, kalau pakai selipar habis kotor kaki dengan tanah merah.. 

3)  Kawasan makan di hadapan Floating Market sangattttttttttttt sesak dengan para pelancong, perlu banyak kesabaran dan berhati-hati kerana bimbang ada penyeluk saku dan makanan tertumpah ke atas baju anda dek kerana kesesakan dan orang yang berasak2.

Kunjungan kali kedua ini tidak sehebat yang pertama, mungkin kerana faktor cuaca + pelacong yang terlalu ramai.. Jadi saya harap anda rancang masa lawatan anda sebaiknya, dan sediakan payung sebelum hujan, amat penting jika tidak mahu basah kuyup ketika menikmati juadah di Floating Market.  Selamat melancong!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge