Dompet Usang & Cinta – Part 3

Assallammualaikum..

Maaf ye, disebabkan kesibukan, saya tak sempat2 menghabiskan cerita ini..  Pada anda yang menghantar email, bertanyakan kesudahan cerita ini, saya berjanji, minggu depan cerita ini akan ditamatkan.. Sementara itu, jemput baca apa yang terjadi setelah Adam melawat rumah Makcik Fatimah..   Saya sertakan dari awal, agar pembaca-pembaca baru tidak hilang punca membaca cerita ini:-

Aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tiba-tiba dia tersepak sebuah dompet usang berwarna hitam.  Pada mulanya, aku mahu terus berjalan pulang, apatah lagi gerimis sudah mula menjamah bumi, namun hatiku memaksa aku mengangkat dan membuka dompet usang itu.

Cuma ada RM2 di dalam dompet itu, dan kad pengenalan seorang lelaki tua.  Di dalammnya juga terdapat kad nama sebuah pusat penjagaan orang-orang tua.  Ku belek lagi dompet tersebut, dank u lihat ada sekeping surat yang sudah usang.  Perlahan-lahan dan dengan cermat ku buka surat tersebut, kerana aku khuatir jari-jariku akan mengoyakkan kertas yang sudah rapuh itu.

Di dalamnya, dengan tulisan tangan yang cukup kemas dan cantik, tertulis kata2 ini…

Abang,

Mah terpaksa pergi meninggalkanmu kerana ibu bapamu tidak merestui perhubungan kita ini.  Mah sedar, Mah tidak layak untukmu kerana darjat kita yang berbeza.. Namun, hati, jiwa, cinta dan kasih sayang Mah, semuanya hanya untuk abang.. Tidak akan ada orang lain yang mampu mengambilnya dari Mah…

Mah cintakan abang sampai hari terakhir kehidupan Mah.. Biarpun jasad kita dipisahkan, namun hati ini dekat selalu dengan abang..

Salam sayang & cinta yang tidak pernah akan putus,

Fatimah Binti Manaf

09.06.1942

Subbahannallah, surat ini sudah hampir 60tahun usianya.  Aduhai, surat ini tentu mempunyai makna tersendiri pada tuan punya dompet ini.  Aku harus memulangkannya!!

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam ketika aku sampai di rumah.  Aku terus menelefon rumah penjagaan orang-orang tua tersebut dan bertanya sama ada tuan punya dompet itu, Encik Hamzah bin Ali, salah seorang penghuni tersebut.  Lega rasanya bila petugas di situ menyatakan memang ada seorang penghuni dengan nama tersebut.  Aku menyatakan bahawa aku akan datang esok untuk memulangkan dompetnya yang tercicir.

Malam itu, aku rasa sukar untuk melelapkan mata.. Apa agaknya yang telah terjadi kepada wanita bernama Fatimah itu?  Adakah dia masih hidup..?? Aku terkebil-kebil di atas katil, memikirkan jawapan yang aku sendiri tidak tahu.

Esoknnya, dengan perasaan gementar, aku pergi ke pusat penjagaan orang-orang tua yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahku.  Ketibaanku di sambut mesra oleh seorang wanita yang kemudiannya membawa aku berjumpa dengan Encik Hamzah.

Orangnya tinggi lampai, masih segak walaupun ku rasakan umurnya sudah menjangkau lewat 60-an.. Rambutnya tersisir kemas, senyumannya ihklas dan mesra.

“Assallammualaikum Packik”, kataku seraya menghulur tangan untuk bersalam.

“Waalaikumsalam.. Ada apa nak?”, katanya sambil mempersilakan aku duduk.

“Pakcik, saya ada terjumpa dompet pakcik ni”, dan dompet ku hulur kepadanya.

Serta merta ku dapati riak wajahnya berubah ceria, ada cahaya dalam matanya bila terlihat dompet itu.

Terus di peluknya aku sambil mengucapkan terima kasih berulang kali…

“Tapi saya minta maaf Pakcik, saya dah baca surat Pakcik tuh..”

Rangkulannya terhenti.. Alamak, mesti Pakcik ni marah aku!!!!

Tiba-tiba aku terdengar esakan di hujung telingaku.. terasa basah bajuku dengan airmatanya..

“Pakcik, saya betul-betul minta maaf, saya tak sangka perbuatan saya mengguris hati Pakcik.  Saya minta maaf Pakcik..”, berkali-kali aku mengucapkan kata maaf sambil memeluk Pakcik tersebut, kerana dia masih lagi merangkul aku dalam pelukannya.

Aku memandang ke arah staf yang membawaku masuk tadi.  Dia seakan faham dengan bahasa mataku.  Perlahan-lahan, dia menarik Pakcik Hamzah daripadaku.

“Pakcik, mari kita duduk dulu, tenang-tenangkan diri.. tak elok Pakcik menangis-nangis macam ni.. Nanti apa pula kata orang”, lembut suara staf yang bernama Faudziah itu memujuk Pakcik Hamzah.

Dia akur.. dan perlahan-lahan sendunya hilang sambil dia duduk di hujung katil.

“Mengapa ni Pakcik?  Ada masalah ke?  Nak kongsi dengan kami?”, kata kak Faudziah kepadanya.

Pakcik Hamzah cuma diam membisu, namun masih bergenang air di matanya.  Dompet itu dipeluk ke dada, seakan menyatakan kesedihannya berpunca dari dompet itu.  Aku melangkah ke arahnya, memegang tangannya dan meminta kemaafan sekali lagi kerana membaca surat itu.

“Pakcik nak berehat, boleh tinggalkan pakcik seorang diri?”, katanya perlahan.  Kami mengangguk saja.  “Kalau ada apa-apa, panggil saya ye Pakcik”, pesan Kak Faudziah sebelum kami keluar.

“Pakcik tu tak ada anak-anak atau saudara-mara ke kak?”, aku bertanya pada Kak Faudziah dalam perjalanan keluar.

“Tak ada dik, dia sendiri yang mendaftarkan diri kat sini.  Dah hampir 3 tahun dia di sini, tak pernah ada orang pun yang melawat.. Kalau hari raya pun, dia beraya sama-sama dengan kami..” jawab Kak Faudziah.

Aduh, pilu rasa hatiku mendengar cerita tentang Pakcik Hamzah.  Betapa beruntungnya orang-orang tua yang masih punya anak-anak yang datang menjenguk ketika Syawal menjelma atau pada hari-hari biasa, tidak seperti Pakcik Hamzah yang keseorangan, pasti dia merasa kesuyian dan keseorangan, tiada tempat untuk berbual dan bersenda gurau.

“Akak tak pernah tanya ke tentang keluarganya”, tanyaku lagi.

“Pernah, tapi dia kata, dia dah tak ada saudara-mara, dia anak tunggal, ibu bapa dia pun dah meninggal.  Dia tak pernah berkahwin dik, jadi dia tak ada waris”.

Sekali lagi hatiku dipagut kesedihan.  Sepinya Pakcik Hamzah.. Rasa kasihan yang teramat memagari hatiku.

“Boleh tak saya datang melawat pakcik Hamzah bila-bila saya senang kak?” soalku pada Kak Faudziah.

“Boleh, datanglah bila-bila adik suka, akak pasti dia suka kalau ada orang datang menjenguk dia.  Tapi, dia pendiam orangnya.  Suka bersendirian, merenung keluar ke jendela.  Dia gemar benar mendengar lagu “Mohon Kasih”.. Kalau diputarkan di radio, dia pasti tunggu di situ sampai lagu tu habis.. Akhirnya, akak belikan dia kaset lagu tu.

Owh, satu lagi, akak selalu perhatikan, dia akan baca surat dalam dompet tu berkali-kali bila tak ada orang yang perasan.  Akak selalu curi-curi tengok apa dia buat dalam bilik tu”, terang Kak Faudziah sambil tersenyum lembut.

“Insya-Allah, ada masa nanti saya datang lawat dia.. terima kasih ye kak.  Assallammualaikum”.

“Waalaikumsalam”, jawab Kak Faudziah, dan aku meninggalkan pusat penjagaan orang-orang tua itu dengan seribu tanda tanya tentang Pakcik Hamzah dan surat dalam dompet itu.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi, tapi aku masih belum dapat melelapkan diri.  Benakku, fikiranku, jiwaku, kusut dengan Pakcik Hamzah.. Entah apa kuasa yang menyebabkan aku asyik terfikir tentang dia.

Terus aku buka PC, mencari lirik Mohon Kasih.. Hahhhhh, dapat pun.. owh, lagu ni pernah dinyanyikan oleh Siti Nuhaliza rupanya.. Aku hayati bait2 lirik tersebut..

Mohon Kasih

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan

Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja

Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman

Hmmm… mendalam sungguh makna lagu ni.. Lama aku di depan PC, terkelip-kelip, kaku, menerawang mengingati Pakcik Hamzah.. Hatiku meronta untuk bertemu dengan dia lagi,aku benar-benar ingin tahu tentang dia dan pengirim surat tersebut.. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang membuatkan pakcik Hamzah terlalu menyayangi surat tersebut.. Urm, tapi takut pula kedatangan aku tak diterima.. Nak pergi ke tak nak ni??? Ish, nak ke tak nak ni?  Patutke aku pegi?? Hmmmmmmmmmmmmm…………

Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!! Nyaring jam loceng mengejutkan aku.  Aku tak sedar bila aku terlelap..  Selesai mandi, bersolat dan bersiap untuk pergi kerja, aku terus membuat keputusan, aku akan pergi berjumpa dengan Pakcik Hamzah hari ini.

Jam 5.30, aku bergegas keluar.  Sempat aku belikan buah-buahan untuk Pakcik Hamzah.  Kedatanganku disambut oleh senyuman manis Kak Faudziah..

“Nak jumpa Pakcik Hamzah ye dik?”, dia menyapa.

“Ya, dia ada?  Sihat ke dia kak?”

“Alhamdulillah, sihat.  Mari akak bawa adik ke biliknya”, kata Kak Faudziah lagi.

Berdebar-debar ku rasakan takala menghampiri bilik Pakcik Hamzah.. Aku takut dia menghalau aku pergi.  Salam ku beri, dan di lur jangkaan, dia menyambutku dengan baik dan mempersilakan aku duduk.

“Anak ni nama siapa? Pakcik lupa nak tanya semalam”, katanya setelah kami duduk bersama-sama.

“Nama saya Adam, pakcik”.

“Oh, bagus nama tu”.

Dari situ, kami berbual tentang banyak perkara.  Betul kata kak Faudziah, pakcik Hamzah memang peramah orangnya.

Sedar tak sedar, sudah hamper waktu Mahghrib.. Pakcik Hamzah kemudian mempelawa aku bersolat jemaah di surau, dan aku akur.  Selepas pertemuan itu, aku bagaikan seorang pelawat setia, hampir setiap hari aku melawat Pakcik Hamzah, namun aku masih belum berani bertanyakan tentang keluarganya.  Ada kalanya aku membawa dia keluar berjalan-jalan dan makan di luar bersamaku.  Staf di rumah orang-orang tua itu juga telah mengenali aku.

Akhirnya, setelah hampir sebulan berulang-alik melawatinya, aku kemudiannya memberanikan diri bertanya tentang keluarga Pakcik Hamzah.  Alhamdulillah, dia menjawab soalanku dengan baik.

“Pak cik ni anak tunggal Adam.  Emak dan ayah Pakcik dah lama meninggal.  Lepas tamat berkhidmat dengan askar, Pakcik tak tahu ke mana hala tuju, maka Pakcik pun masuk lah ke rumah orang-orang tua ni.  Sekurang-kurangnya di sini, Pakcik ada kawan-kawan, ada orang untuk tengok-tengokkan sakit pening Pakcik”, jawabnya dengan tenang.

“Pakcik tak pernah berkahwin ke?”, aku bertanya lagi.

Dia memandang kepadaku, dan tunduk seketika.  Sambil menghela nafas panjang, dia meneruskan jawapannya.

“Adam, masih ingat surat yang Adam baca dalam dompet pakcik dulu?”.

“Ya, saya ingat”, jawabku sambil mengangguk tanpa henti, berdebar-debar menunggu Pakcik Hamzah membuka rahsia di sebalik surat tersebut.

“Dulu, Pakcik pernah juga bercinta, Fatimah namanya.  Ayu, manis, sopan santun orangnya.  Pakcik betul-betul cintakan dia, sayangkan dia, tak ada orang lain yang Pakcik cintakakan, melainkan dia.. pada pakcik, dia cukup sempurna, sempurna agamanya, sempurna budi bahasanya.  Kami memang merancang nak berkahwin, tapi tak ada jodoh, emak dan ayah Pakcik menghalang perhubungan kami.  Semuanya sebab darjat.  Keluarga Pakcik boleh dikatakan berada juga, keluarga Fatimah pula orang biasa-biasa.  Ayahnya penoreh getah, emaknya cuma suri rumah”.  Pakcik Hamzah behenti seketika.

“Maaflah, kalau cerita ni membosankan Adam pula”, dia tersenyum memandangku, namun dalam matanya, ada kesedihan, dan aku pasti dia mahu meneruskan cerita tersebut yang telah lama bersarang dan trbuku dalam hatinya.

“Eh, Pakcik, tak  apa, teruskanlah, Adam nak tau apa yang terjadi.  Sebenarnya dah lama Adam nak tau pasal kisah di sebalik surat tu, tapi Adam malu nak tanya”, kataku sambil tersengih, takut juga dikatakan penyibuk.

“Bila ayah dan emak Pakcik dapat tahu tentang perhubungan kami, teruk Pakcik dimarahi, mereka kata, Pakcik akan memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga kalau berkahwin dengan orang biasa-biasa.  Dan yang lebih memedihkan, mereka katakan bahawa Fatimah cuma cintakan duit dan kekayaan keluarga Pakcik, dan bukannya diri Pakcik.  Mereka sebenarnya sudah mengatur perkahwinan Pakcik dengan saudara terdekat.. Semuanya kerana tidak mahu harta kami jatuh ke tangan orang lain”.

Pakcik Hamzah berhenti seketika, menghirup air kopi panas di hadapannya.

“Adam tahu, pakcik bergaduh dengan emak dan ayah, Pakcik menentang keputusan mereka.  Pakcik cuba yakinkan mereka yang Fatimahlah dan calon isteri terbaik untuk Pakcik. Tapi usaha Pakcik gagal…”, ada keluhan yang berat dilepaskan di hujung cerita itu.

“Fatimah juga tahu tentangan dari emak dan ayah pakcik.  Akhirnya, dia mengambil keputusan berpindah dari kampong itu, dan pergi ke rumah makciknya di Johor.  Sebelum dia pergi, dia tinggalkan surat itu untuk Pakcik.  Pakcik tak sempat pun ucapkan selamat tinggal pada dia.  Kebetulan ketika itu, tawaran dibuka untuk menyertai askar melayu, Pakcik terus daftar.  Sebelum berangkat, Pakcik khabarkan pada keluarga Pakcik, yang Pakcik tak akan berkahwin dengan orang lain selain Fatimah, dan inilah jalan terbaik untuk pakcik dan keluarga”.

“Emak dan ayah pakcik berusaha memujuk, tidak membenarkan Pakcik pergi, tapi hati pakcik sudah keras, sudah terlalu kecewa, pakcik pergi juga untuk menjaga Negara”.

Aduhai, sebak dadaku, runtun jiwaku mendengar kisah Pakcik Hamzah.  Betapa setianya dia pada cinta pertamanya iti, hingga sanggup tidak berkahwin, sanggup meninggalkan keluarga hanya kerana cinta… Teringat aku pada pantun “nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan.

“Pakcik tahu di mana makcik Fatimah sekarang?”

“Kali terakhir Pakcik dengar, dia dah balik ke Melaka, tapi entahlah, mungkin dia pun dah berkahwin, dah beranak pinak..”jawab Pakcik Hamzah, sayu…

“Pakcik tak nak jumpa dia, tak nak cari dia?”, soalku kembali.

“Teringin sangat, tapi dengan kudrat yang tak seberapa ni, Pakcik dah tak larat nak cari dia. Adam”.

“Pakcik ingat lagi alamat akhir makcik Fatimah di Melaka tu?” aku mengorek lagi rahsia.

“Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat berkasih”, dia menjawab sambil tergelak kecil.. Sempat lagi dia berseloroh.

“Pakcik tak ingat alamat penuh, tapi rumah Fatimah di Bukit China, betul-betul depan sekolah.  Dulu sekolah itu, sekolah mengaji Al Quran, sekolah pondok, sekarang ni, Pakcik tak tahulah masih ada lagi atau tidak..

Aku mengangguk cuma… Rasanya cukuplah untuk hari ini, ada baiknya aku membawa Pakcik Hamzah keluar mengambil angin, biar tenang kembali hatinya.

“Pakcik, mari kita ke pekan, makan roti canai”, kataku.

Dia tersenyum dan mengangguk sambil menuruti langkahku.

Usai solat Isyak, aku mencari “Bukit China” di dalam google.  Aduh, terlalu banyak.. Hmm.. Aku zoom in pula kepada “Sekolah Kebangsaan Bukit China”.  “Just try your luck Adam”, hatiku berbisik.  Alhamdulillah, ada satu laman web berkenaan sekolah tersebut.  Aku bernasib baik lagi, kerana ada alamat penuh.  Aku bertekad, akan pegi ke Bukit China hari Sabtu ini untuk mencari Makcik Fatimah.  Ya Allah, moga Kau mudahkanlah urusan hambaMu yang serba kekurangan ini, doaku dalam hati..

Hari Sabtu tiba, dengan sinaran mentari yang ceria, dan yang bertiup lembut, mendamaikan suasana.  Aku berdoa sebelum bertolak, mengharapkan Allah menemukan aku dengan pencarian cinta ini..Pakcik Hamzah tidak tahu pemergianku, kerana aku ingin benar menemui Makcik Fatimah dan menemukan hati mereka berdua, andainya memang telah tersurat cinta itu milik mereka.

Perjalananku tidak menghadapi kesukaran, apatah lagi aku meman orang Melaka, cuma daerah ku sahaja yang berlainan dengan tempat Makcik Fatimah.

Bukit yang tersergam dengan peninggalan sejarah menyambut kedatanganku.  Memang penuh dengan jirat-jirat cina di atas bukit tersebut.  Suasana sangat nyaman di sini.  Oh, itu dia, tanda jalan ke Sekolah Kebangsaan Bukit China.  Ya Allah, debaran makin terasa.

Aku membelok masuk dan memandu perlahan.  Di kiriku penuh dengan rumah-rumah Melayu, dan di kananku, sekolah yang tersergam indah.  Betul-betul di hadapan pintu masuk sekolah, ada sebuah rumah kayu dan batu berwarna putih.  Nampak lengang rumah tersebut.

Aku menarik nafas dalam-dalam, berdoa agar inilah rumah Makcik Fatimah.

“Assallammualaikum”.. aku memberikan salam.

Masuk salam kali ketiga, terjongol kepala seorang gadis.

“Waalaikumsalam.. Ya, cari siapa?”, tanya si gadis manis dari celah pintu.

“Adik, tumpang tanya, ini rumah Makcik Fatimah Manaf ke?”.

“Bukan… Ni bukan rumah Fatimah Manaf..” jawab gadis manis itu.. Kekecewaan menyelubungi diriku..

“Ni rumah siapa ye??”  Aku bertanya lagi.

“Ini rumah nenek saya, Hajah Zaharah”, jawab si gadis lagi, sambil memandangku dengan pandangan yang agak pelik.

“Adik ada kenal sesiapa nama Fatimah Manaf di kawasan ni?”

“Urm, tak ada la bang.. Kenapa abang nak cari orang nama Fatimah tu?”, si gadis manis pula menyoalku.

“Oh, dia tu nenek saudara abang.. Dah lama kami terpisah..” jawabku.  Masakan aku mahu bercerita tentang Pakcik Hamzah, tentu si manis ini merasakan aku kepoh pula.. heheeh

“Saya tak kenal la bang, tapi mungkin emak atau ayah saya kenal.  Tapi mereka tak ada di rumah sekarang ni.. Abang bagilah nombor telefon, nanti kalau ada apa-apa info, saya telefon abang.. :

Aduhai, gembira hatiku, dan aku terus berdoa agar ibu dan ayah si comel ini mengenali makcik Fatimah Manaf.

“Adik ni, nama siapa?  Terima kasih ye nak tolong abang”, kataku saambil menghulurkan kertas berisi nama dan nombor telefonku kepadanya.

“Siti Fatimah”, jawabnya sambil tersenyum.

“Nampaknya abang terjumpa dengan Fatimah lain pulak”, aku sengaja mengusiknya.  Dia Cuma tersenyum.

“Ok, abang gerak dulu ya, kalau ada apa-apa info, adik tolong sms atau telefon abang tau.. benda ni penting sangat dik..”.

“Insya-Allah..” ringkas jawapannya.

Aku masuk ke kereta, dengan perasaan kecewa yang amat sangat.  Terlintas juga di benak, kenapalah aku bodoh sangat, mencari seseorang yang tidak aku kenali langsung, yang tidak ada faedahnya bagi aku.. Tapi ku pujuk lagi hatiku.. Tak mengapalah, ini semua Allah yang lorongkan.. Ada hikmahNya di sebalik semua ini.

Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis berlalu tanpa apa-apa panggilan telefon dari Melaka.  Aku bagaikan sang kekasih yang mabuk rindu, setiap saat dan ketika, aku membelek telefon bimbit, menanti panggilan dari adik Siti Fatimah atau ibu bapanya, namun aku hampa.  Mungkin sampai sini sahajalah pertolongan yang dapat aku berikan kepada Pakcik Hamzah.. Aku rasa lemah kerana tidak dapat memberikan pertolongan kepada Pakcik Hamzah.  Aku mengharapkan kalaupun nenek Fatimah sudah tidak ada lagi di dunia ini, sekurang-kurangnya, aku mampu membawa Pakcik Hamzah melawati pusaranya.  Namun kini, aku telah tenggelam punca, tak tahu lagi apa yang boleh aku lakukan.  Urm, mungkin si gadis comel itu terlupa memberikan nombor telefonku pada ibu dan ayahnya, atau mungkin ibua bapanya sibuk sehingga tidak ada masa menelefon aku.. Bermacam- macam persoalan timbul di benak.  Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.  Kelam kabut aku mengeluarkannya dari poket.  Oh, Pakcik Hamzah rupanya.

“Assallammualaikum Adam, apa khabar?” Pakcik Hamzah memulakan bicara.

“Waalaikumsalam Pakcik.  SIhat, Alhamdulillah.. Pakcik macam mana?  Macam tahu-tahu saja Adam sedang fikirkan tentang Pakcik”, jawabku.

Dia tergelak kecil di hujung talian.

“Hujung minggu ini, Adam ada apa-apa rancangan?  Ada sahabat lama menjemput Pakcik untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya di Melaka.  Kalau Adam tidak ada apa-apa rancangan, Pakcik nak ajak Adam temankan Pakcik ke Melaka.  Duit told an minyak nanti, Pakcik bayarkan”, katanya.

“Oh, boleh, tak ada masalah.  Tak payahlah Pakcik risau tentang duit semua tu, petang nanti Adam datang, kita bincang nak bertolak pukul berapa ya.” Ujarku, gembira, kerana dapat membawa dia pulang ke kampungnya.

“Baiklah nak, pakcik tunggu Adam petang nanti.  Assallammualaikum”.

Usai menjawab salam, aku merenung telefon bimbitku.  Mungkin aku harus bawa pakcik Hamzah ke rumah lama makcik Fatimah nanti.  Mungkin rindunya akan terubat walaupun hanya dengan melihat rumah tersebut..

Hari Sabtu itu, aku sampai di tempat Pakcik Hamzah seawal jam 9.00 pagi seperti yang dijanjikan.  Pakcik Hamzah tersenyum memandangku, sungguh segak dengan baju batik dan seluar hitam, serta songkoknya.

“Pakcik, risau pula saya nak pergi ke kenduri kahwin ni”, aku memandang wajah pakcik Hamzah dengan muka yang gusar.

“Eh, kenapa pula?  Adam tak sihat kah?” ada nada kerisauan dalam pertanyaan Pakcik Hamzah.

“Saya takut pengantin perempuan tersilap pengantin lelaki saja, sebab pakcik segak sangat hari ini..” jawabku sambil tergelak besar.

“Ada-ada saja kamu ni Adam”, jawabnya sambil ketawa besar juga.

“Kita gerak sekarang ye Pakcik?”, tanyaku.

“Iyelah. Selawat banyak-banyak”, jawabnya.

Melewati tol Ayer Keroh, Pakcik Hamzah seakan kagum melihat pekembangan yang berlaku di bumi Hang Tuah ini.  Pembinaan Kompleks Kastam, Zoo, Dataran, MITC dan hotel-hotel di sepanjang jalan membuatkan dia agak terpegun.

“Dulu, kawasan ini semuanya hutan dulu dan belukar saja Adam.  Tak sangka, pesat sungguh pembangunan di sini”, ujarnya kepadaku.

“Ini baru Ayer Keroh saja, Pakcik belum tengok lagi Bandar Melaka, pesat sangat pembangunanya, dah berujuta pelancong datang ke Melaka ni pakcik.  Kalau ada masa nanti, kita ke Bandar Melaka ya Pakcik?”, terangku.

“Baiklah, kita selesaikan undangan ini dulu nak”, jawabnya tersenyum.  Ada keceriaan di wajahnya bila ku nyatkan akan membawa dia melawat Melaka.  Benarlah kata orang, orang-orang tua ini, jiwanya seperti kanak-kanak, mereka ini dibelai dan diberikan perhatian.

Kami tiba di Padang Temu, lebih kurang jam 11.30 pagi.  Pakcik Hamzah turun dari kereta, memandang kea rah rumah rakannya.  Di depan jalan masuk, ada seorang lelaki tua yang segak berbaju melayu dan bersamping, sedang menjemput tetamu untuk makan.

Pakcik Adam memandangku, sebagai isyarat untuk mengekorinya dari belakang.  Aku akur.

“Assallammualaikum Haji Daud”, kata Pakcik Hamzah kepada lelaki tua berbaju melayu itu.

“Subahanallah, Hamzah!! Tak sangka kau datang majlis anak aku!” terjerit lelaki tua yang bernama Haji Daud itu.  Meluru dia memeluk Pakcik Hamzah.  Mereka berpelukan, erat, lama dan masing-masing dilanda kegembiraan dan menahan sebak yang terbuku di hati.  Pakcik Hamzah menepuk belakang Haji Daud.  Pelukan usai, dan masing-masing memandang wajah satu sama lain dengan senyuman yang amat mendalam.

“Mari Hamzah, jemput makan.  Ini siapa?”, Tanya Haji Daud apabila menyedari aku menemani Pakcik Hamzah.

“Oh, ini anak angkat aku, Adam namanya.  Nasib baik dia ada, sampai lah aku ke sini”, katanya sambil memperkenalkan aku.

Aku bersalaman dengan Haji Daud.

“Terima kasih nak, sebab bawak Hamzah ke mari.  Dah berpuluh tahun Pakcik tak jumpa dia.  Selalunya berhubung melalui telefon sahaja.  Dia ni kawan baik Pakcik sejak kecil”, Haji Daud sempat memberitahuku kenangan silamnya.

“Makan dulu Hamzah, Adam, nanti kita sambung sembang lagi”, ujar Haji Daud.

Semasa di khemah majlis, Pakcik Hamzah berjumpa lagi dengan beberapa orang teman lamanya.  Mereka seakan-akan tidak percaya Pakcik Hamzah yang ada di depan mata mereka. Pelukan demi pelukan berbalas, kegembiraan yang teramat terlihat di wajah Pakcik Hamzah.

Agak lama juga kami di kenduri tersebut.  Selesai pengantin bersanding, kami meminta diri.

“Hamzah, kalau kau datang ke sini, jangan lupa jenguk aku.. Datanglah tidur di rumah aku.  Lama benar aku tak berbual dengan kau”, pesan Haji daud saat mereka berpelukan sebelum kami berangkat pulang.

“Insya-Allah”, jawab Pakcik Hamzah, ringkas, dengan pelukan yang erat.

Di dalam kereta, Pakcik Hamzah nampak ceria dan bersemangat.  Dia bercerita tentang kawan-kawan lama yang ditemui sebentar tadi.  Aku menyampuk sekali sekala dan tersenyum melihat kegembiraanya.

Aku berkira-kira dalam hati, perlukah aku membawa Pakcik Hamzah ke rumah lama Makcik Fatimah.  Rumah makcik Fatimah semakin dekat.  Entah atas kuasa apa, aku tekad membawa Pakcik Hamzah ke situ.  Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, aku terus membelok masuk ke jalan menuju ke rumah makcik itu,  Aku tak tau sama ada tindakan aku itu betul atau salah, tapi aku berdoa pada Allah, agar tindakan aku ini adalah tindakan yang terbaik.

Pakcik Hamzah masih tidak sedar semasa melalui jalan tersebut.  Dia masih girang berceloteh.  Namun, bila keretaku melalui Sekolah Kebangsaan Bukit China, Pakcik Hamzah terdiam seketika.

“Adam, pakcik rasa pakcik tahu mana kawasan ini..”, katanya sambil merenung kepadaku.

“Ya Pakcik, ini Sekolah Kebangsaan Bukit China.. Kan makcik Fatimah pernah tinggal di sini dulu”, jawabku.

“Maaf Pakcik, kalau tindakan Adam ni mengguris hati Pakcik.. Maaf sebab Adam tak minta izin Pakcik sebelum kita ke sini..”, ujarku.

“Tak mengapa nak.. Dah berpuluh tahun Pakcik tak datang sini.. Dah banyak perubahan sekolah ni.. Mari kita keluar sekejap..”, jawabnya sambil menepuk bahuku.

Syukur Alhamdulillah, aku tidak menyangka dia menyambut baik tindakanku.

Sewaktu kami keluar dari kereta, kedengaran suara kanak-kanak mengaji dari rumah di hadapan sekolah itu.

“Ini rumah Fatimah”, kata Pakcik Hamzah kepadaku, perlahan, seakan berbisik..

“Adam tau pakcik.. Adam dah datang ke rumah ini, tapi pemiliknya tak kenal dengan sesiapa bernama Fatimah Manaf..:, kataku..

“Ooh…” itu saja yang mampu diucapkan oleh Pakcik Hamzah.

“Mungkin makcik Fatimah dah berpindah”, aku cuba menyedapkan hatinya.

“Mmm.. mungkin…”, jawabnya lemah.

“Mari Adam, kita balik….” Ajak Pakcik Hamzah.

Aku akur.  Sewaktu Pakcik Hamzah sudah berada dalam perut kereta, kelihatan kanak-kanak keluar dari rumah tersebut.  Pasti mereka sudah tamat kelas mengaji.  Kemudian, keluar seorang wanita tua, dan semua kanak-kanak itu bersalaman dengannya sebelum mereka pulang.

Seakan sedar dirinya diperhatikan, dia mengangkat mukanya, dan tersenyum kepadaku.  Seraya itu juga, Pakcik Hamzah keluar dari keretaku, dan berdiri memegang pintu.. Erat pegangannya.  Mulutnya seakan-akan ingin mengatakan sesuatu, tapi bagaikan kelu.

Wanita tua itu memandang ke arah kami, lama, tajam renungannya.  Perlahan-lahan dia menghampiri kereta dan kami berdua.

“Cari siapa Encik?”, dia bertanya.  Lembut suaranya, manis orangnya.

“Fatimah…”, lirih suara Pakcik Hamzah… Aku tergamam.. Inikah akhirnya pencarian kami selama ini????

“Ya, saya Fatimah.. Dah lama orang tak panggil nama tu, di sini orang panggil saya Zaharah.. Encik ni siapa ye?”, Tanya makcik itu kembali.

“Fatimah tak kenal abang lagi?”, soal Pakcik Hamzah.  Aku membiarkan sahaja dia ditelan emosinya.

Kelihatan Makcik Fatimah menarik nafas panjang.  Diperhatikan pakcik Hamzah dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Seketika, Makcik Fatimah juga bagaikan terkaku…

“Subahannallah, Abang Hamzah ke ni???”, Makcik Fatimah seakan menjerit.  Matanya kebasahan..

“Sungguh ke Abang Hamzah yang berdiri depan mata Mah ni?  Betul ke ni?”, Makcik Fatimah bertanya bertalu.

Pakcik Hamzah juga seakan kelu.  Masing-masing diasak dengan memori dan emosi yang yang sukar dimengertikan.

“Ya Mah, abang ni, abang Hamzah ni..”, kata pakcik Hamzah, bergetar suaranya…

“Subahanallah.. Maha Suci Allah.. Mah tak sangka kita akan jumpa lagi bang.. Mah…” dia tidak dapat menghabiskan ayatnya.  Matanya tak lepas melihat Pakcik Hamzah, begitu juga dengan dia.

Aku juga dilanda kepiluan melihat pasangan yang terpisah ini bertemu semula.

“Mak Su.. Ooo Mak Su..” tiba-tiba kedengaran suara dari dalam rumah.  Kami bertiga seakan tersedar dari satu drama kehidupan.

“Ya, sini, di luar ni”, sahutnya.

Seorang wanita keluar, sambil tersenyum kepada kami.

“Eh, siapa ni Mak Su, tak nak jemput masuk ke?”, dia bertanya.

“Laa, Mak Su terlupa.. Jemput masuk rumah bang. Ni siapa?  Anak abang ke?”, Tanya Makcik Fatimah sambil memandang kepadaku.

“Ini anak angkat abang, Adam namanya”.

“Mari masuk Adam, kita minum dulu”, jemput Makcik Fatimah.

Aduhai, patutlah Pakcik Hamzah jatuh cinta dengan wanita ini.  Walaupun usia telah meningkat, dia masih nampak cantik, menarik dan rupawan.. Pasti amalan-amalan dan ibadatnya dengan Allah yang membuatkan dirinya awat muda.

Di dalam rumah, aku lebih banyak berdiam diri, membiarkan Pakcik Hamzah dan Makcik Fatimah mengimbas nostalgia dan bertanyakan khabar diri masing-masing.  Dari perbualan itu, aku mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka rupanya tidak pernah berkahwin.  Makcik Fatimah ketika ini tinggal bersama-sama dengan anak buahnya.

Rupanya, Makcik Fatimah juga dikenali sebagai Zaharah. Petua orang tua dulu, kalau anak sering menangis atau sakit, mereka akan memberi dua nama, dan seandainya di dapati nama itu serasi dengan anak tersebut, mereka akan menggunakan nama kedua.  Kata Makcik Fatimah, dia kerap sakit ketika kcil dahulu, jadi nama Fatimah ditukar kepada Zaharah.. Hanya teman-teman rapat yang memanggilnya Fatimah.  Patutlah adik Siti Fatimah tidak tahu bila aku tanyakan tentang wanita bernama Fatimah Manaf itu.

Kami berada di rumah Makcik Fatimah hinggalah selesai makan malam.. Makcik Fatimah berkeras menyuruh kami makan di rumahnya, dan aku juga tidak keberatan, memberi laluan kepada dia dan Pakcik Hamzah untuk meluangkan masa yang telah lama ditinggalkan.

“Mah, terima kasih sebab masakkan untuk kami.  Air tangan Mah masih sedap macam dulu-dulu jugak.. Insya-Allah, ada masa nanti kami datang lagi.  Mah jaga diri baik-baik ya..”.. pesan Pakcik Hamzah sebelum kami berangkat balik.

“Insya-Allah, abang pun, ada masa jenguk-jenguklah Mah di sini..”, ujar Makcik Fatimah bersertakan senyuman manisnya.

Aku sempat mengambil beberapa keeping gambar mereka berdua sebelum kami pulang.

Kami minta diri dan keretaku membelah malam untuk menghantar pakcik Hamzah pulang.

“Adam, terima kasih, kerana bawa Pakcik ke Melaka.. Dan syukur Alhamdulillah, doa Pakcik terjawab..”.

“Syukurlah Pakcik.. Adam pun tak sangka hari ni ada jodoh Pakcik untuk berjumpa dengan Makcik Fatimah”, jawabku.

“Pakcik tidurlah dulu.. Dah sampai nanti Adam kejutkan”.. kataku.

“Adam, Pakcik rasa, Pakcik tak nak kehilangan Makcik Fatimah lagi..”,

“Pakcik ingin meminang Makcik Fatimah.. cukuplah sekali kehilangan dia..”

“Alhamdulillah, Adam sokong Pakcik..”.  Senyuman kami sama2 bertaut.

Rombongan peminangan kami disambut baik dan diterima oleh makcik Fatimah dan keluarganya.. Benarlah, kalau sudah jodoh, tidak ke mana.. Jodoh itu ketetapan Allah, cepat atau lambat, baik atau tidak, itu ketentuanNya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan hamba2Nya..

Aku rasa bahagia melihat Pakcik Hamzah dan Makcik Fatimah melayari bahtera perkahwinan dan menyulam kembali hamparan cinta yang pernah terbengkalai di tengah jalan.. Rasa cemburu pun ada juga melihat kegembiraan dan cinta mereka yang berbunga-bunga dan mekar indah.. Seakan sepasang remaja yang baru kenal erti cinta, setiap saat mereka abadikan dengan kenangan2 indah dan memori bersama..

Aku berharap kisah cinta ku juga seindah mereka.. Bagaikan cerita dongeng yang menjadi kenyataan, moga Allah merahmati cinta mereka, dunia dan akhirat.. Sebuah dompet usang & sehelai surat cinta, telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan takdir yang Allah tentukan… 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cerita orang tua bersetubuh,bersetubuh dengan pak cik,orang tua bersetubuh

7 thoughts on “Dompet Usang & Cinta – Part 3

  1. NoorAshikin Hj Abdul Majid

    Tidak sedar air mata saya mengalir tika membaca perenggan pertemuan semula mereka.Itulah yang dinamakan cinta sejati, cinta suci yang kekal abadi.

  2. Ayu Post author

    Salam Aleeya,

    saya telah menghubungi rumah amal tersebut & post terbaru juga sudah dibuat.. terima kasih atas ingatan anda.. 🙂

  3. aleeya

    Pn. Ayu..saya ada terbaca tulisan anda berkaitan rumah anak yatim di dengkil

    http://ayufatarina.com/love/rayuan-derma-dari-rumah-anak-yatim-miskin-taman-baiduri-2

    sekarang mereka sedang dalam usaha untuk mengumpul perbelanjaan untuk mengadakan majlis berkhatan beramai2 untuk anak2 yatim disana pada musim cuti sekolah ini iaitu pada 13/03/2010 ini.. jadi mohon dipanjangkan perkara ini supaya kita sama2 dapat membantu mereka mengumpul perbelanjaan tersebut.. utk keterangan lanjut puan blh hubungi mereka sendiri…terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge