Assallammualaikum,

Para pembaca yang dikasihi, moga Allah melimpahkan keampunan dan rahmatNya untuk kita hari ini..

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa doa yang saya perolehi dari internet dan buku.  Doa2 ini pendek sahaja, dan mudah dihafal.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi doa tersebut dalam tulisan jawi, tapi saya akan memberikan bacaannya dalam bentuk rumi.  Harap anda semua dapat mencari doa2 tersebut dalam tulisan jawi agar lebih tepat sebutan huruf2nya.. Jazakallah..

DOA BANGUN DARI TIDUR

Seharusnya, sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur, kita harus mengucapkan Alhamdulillah apabila kita bangun di waktu pagi, dan bersyukur kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup dan beramal kepadaNya.  Doa bangun tidur yang boleh anda amalkan setiap pagi ialah:

Alhamdulillahil ladzi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur. .

Maknanya – Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

Doa tersebut sebaik2nya dibaca dengan penuh kesyukuran dan keinsafan kepada Allah.

Setelah itu, bangunlah, dan bersugi, mandi dan berwuduk untuk mengerjakan solat Subuh.

Usai solat Subuh, ada 2 doa yang saya ingin saya kongsikan dengan anda.

1)  Allahhumma inni as-alukal jannata wa a’uuzubika minan nar

Maksudnya – Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar dimasukkan ke dalam syurga dan aku berlindung kepadaMu dari neraka.

2) Hasbiyallahu laa ilaaha illa huwa ‘alaihi tawakaltu wa huwa rabbul ‘arsyil ‘azim

Maksudnya – Allah lah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, kepadaNya aku bertawaqal.  Dialah Tuhan ‘Arasy yang Agung.

Bacalah doa ini sebanyak 7 kali setiap hari, di waktu pagi atau selepas usai solat setiap waktu.  Rasullullah telah bersabda, yang bermaksud – Sesiapa membaca doa ini di waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah akan mencukupkan baginya segala urusan dunia & akhirat yang menjadi perhatiannya – Hadis Riwayat Ibn Sunni & Abu Daud.

Saudara & saudari, sesungguhnya sesuatu sedikit dan kecil. andainya dilakukan secara istiqamah, itulah yang lebih disukai oleh Allah.. marilah kita sama2 berlumba2 mencari keredhaan dan keampunan Allah.. Jika anda ada doa2 yang baik untuk dikongsikan, silalah post di bahagian komen.. Terima kasih..  :)

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa selepas solat dalam rumi,doa selamat dalam rumi,doa dalam rumi,doa seharian,doa selamat rumi,doa selepas solat rumi,doa ringkas selepas solat dalam rumi,doa kesyukuran dalam rumi,doa tidur rumi,bacaan doa selamat dalam rumi,doa selamat ringkas dalam rumi,doa ringkas selepas solat rumi,doa kesyukuran rumi,doa ringkas selepas solat dalam tulisan rumi,doa doa seharian,doa selamat dalam bahasa rumi,doa tidur jawi,doa selepas solat dalam rumi dan jawi,doa selepas solat dalam bahasa rumi,doa selepas solat rumi dan jawi,doa doa dalam bahasa rumi,doa tidur dalam rumi,doa dalam bahasa rumi,doa selepas sembahyang dalam rumi,doa ringkas selepas solat,doa tidur dalam bahasa rumi,Doa Dalam Tulisan Rumi,doa selepas sembahyang rumi,bacaan doa selamat ringkas,doa lepas sembahyang rumi

Tags: , , , , , ,

This entry was posted on Wednesday, November 18th, 2009 at 9:35 am and is filed under Love. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 comments so far

1.  amin
July 26th, 2010 at 10:47 pm

asalamulaikum, dimana boleh saya dapat kan tulisan rumi bacaan doa selamat yang lengkap. terima kasih kpd yang memberitahu saya

2.  hasnan arshad
August 3rd, 2011 at 3:57 pm

doa selepas solat dalam tulisan rumi

3.  zakiah Mohamed Ali
August 24th, 2011 at 5:31 pm

bagaimana mendapatkan buku doa-doa dalam tulisan rumi

4.  zakiah Mohamed Ali
September 3rd, 2011 at 11:25 am

Asalammulaikum, tuan/puan/cik, bagaimana boleh saya dapatkan buku doa-doa dalam bahasa rumi.

5.  Shazli
May 28th, 2012 at 11:18 am

Boleh bagi doa masuk rumah baru dekat saya dalam bahasa rumi

6.  wan
July 8th, 2012 at 11:43 am

doa selepas solat dalam tulisan rumi.dan doa naik kenderaan rumi..tq

7.  AWANG SUZIM NURAJIM
March 8th, 2013 at 10:20 am

saya nak minta bacaan doa ringkas selepas solat dlm rumi…tq

8.  Ayu
March 12th, 2013 at 9:51 am

Insya-Allah nanti saya carikan ye..

 

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment

CommentLuv badge

 
Get Adobe Flash player