Diari Istanbul 9 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum- Intro

Museum of Turkish and Islamic Arts adalah muzium pertama di Turki yang mempamerkan seni Islam dan perkembangan masyarakat Turki secara terperinci.

 

Perkataan MUZE di pintu masuk

 

Dibuka pda tahun 1913, Muzium ini pada mulanya terletak di bahagian bangunan dapur kompleks Masjid Süleymaniye, yang merupakan salah satu kerja-kerja yang paling penting yang dibuat oleh Mimar Sinan, dengan nama “Evkaf – i Islamiyet Muzesi” (Museum Asas Islam). Selepas pengumuman republik itu, ia telah mengambil nama ” Istanbul Turkish & Islamic Arts.

 

 

Pada tahun 1983, muzium ini telah berpindah ke Ibrahim Pasha Palace. Ibrahim Pasha Palace adalah merupakan salah satu daripada sampel yang paling penting dalam seni bina sivil Uthmaniyyah pada abad ke 16.  Bangunan ini telah dihadiahkan kepada Ibrahim Pasha oleh Kanuni Sultan Suleyman pada tahun 1520.

 

Bergambar dengan pelancong2 dari istanbul juga 🙂

 


Sejarah menyatakan bahawa Istana Ibrahim Pasha adalah lebih besar dan lebih indah daripada Istana Topkapi.  Ia telah melalui berabagai2 peringkat dan peristwa, dari majlis perkahwinan, kenduri dan sambutan yang gilang-gemilang, kepada pemberontakan dan kegawatan.  Setelah kemangkatan Ibrahim Pasha, istana ini kemudiannya dinamakan bersempena dengan nama beliau.  Setelah itu, ia telah digunakan oleh wazir besar lain, dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berek, kedutaan istana, daftar pejabat, bengkel jahit dan penjara.

 

 

Bebezanya istana ini dengan bangunan Uthmaniayah yang lain ialah, ianya diperbuat daripada batu, manakala bangunan lain pada masa itu kebanyakannya dibuat dari kayu.  Atas faktor itu, maka ia masih bertahan hingga hari ini.  Ia telah dibaiki antara tahun 1966 ke tahun 1983 dan telah dinamakan Turkish and Islamic Works Museum. Bahagian ini masih dikekalkan sebagai museum hingga ke hari ini merupakan dewan majlis besar istana pada masa dahulu.
Museum of Turkish and ?slamic Arts telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas Juri di Museum of the Year Competition of the European Council pada tahun 1984, dan juga diberikan anugerah oleh European Council – Unesco ke atas kajiannya dalam menjadikan dan menimbulkan minat kanak-kanak untuk mencintai warisan budaya.

Museum of Turkish and ?slamic Arts juga merupakan antara muzium penting di dunia dan ia  mempunyai karya dari hampir semua zaman dan semua jenis hasil seni Islam.  Museum ini dikatakan memuatkan melebihi 40,000 koleksi barangan tentang sejarah keislaman.

 

Ada beberapa seksyen di dalam Muzeum ini, antaranya ialah:-

1)                  Seksyen Permaidani

2)                  Seksyen Tulisan Tangan & Kaligrafi

3)                  Seksyen Kerja Kayu

4)                  Seksyen Hasil Kerja dari Batu

5)                  Seksyen Kerja Kayu

6)                  Seksyen Seramik dan Kaca

7)                  Seksyen Seni Logam; dan

8)                  Seksyen Etnografi

 

Seksyen Permaidani

 

 

Seksyen Al-Quran

Seandainya anda datang ke Istanbul, sila la lawati Muzeum ini, sangat berbaloi & berinformasi.. Barang2 seperti Al-Quran, dan yang paling penting sekali, sehelai janggut Rasullullah SAW adalah antara barang2 suci dan penting yang harus anda lihat..

Balang yang mengandungi sehelai janggut Rasullulah s.a.w

 

 

 

 

Saya akan meletakkan gambar setiap sekseyn dalam entry akan datang.. Insya-Allah

2 thoughts on “Diari Istanbul 9 – Istanbul Turkish & Islamic Arts Muzeum- Intro

  1. Ayu Post author

    Waalaikumsalam kak
    Insya-Allah nanti saya emailkan budget serta cadangan lawatan ye.. Terima kasih sudi membaca posting saya 🙂

  2. Sofiah Ariffin

    Assalamualaikum Ayu, manarik sekali . kakak pun teringin nak melawat Turki mungkin boleh kongsi tips on budget dan catatan perjalanan sebagai nya ke my email. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge