Diari Istanbul 8 – Gulhane Train Station

Assallammualaikum

Kali ni nak bercerita tentang sistem pengangkutan di Istanbul.. Sepanjang berada di sana, kami menaiki Train di Gulhane Train Station.. Stesen train ni lebih kurang 5 minit dari hotel kami, Sirkeci Park Hotel..

 

 

Ini lah rupa train station & train yang membawa kami ke destinasi2 bersejarah di Istanbul

 

Bayaran untuk menaiki train ini ialah 2TL, tapi yang menariknya harga tersebut adalah harga tambang ke mana-mana destinasi yang dilalui oleh train tersebut, tak kira dekat atau jauh.. berbeza dengan kita, kalau naik LRT @ putra, lebih dekat, lebih murah, lebih jauh, lebih mahal, tapi kat Istanbul, harga pukul rata, tak kira mana destinasi.. heeheh..

 

Ini train station Gulhane.. terletak di tengah2 jalan je.. seram gak bila train lalu, tapi saya difahamkan, belum ada kematian lagi di sini angkara dilanggar train.. hehe

 

Untuk menaiki train, anda perlu ada 2TL & beli jeton dair mesin jetonmatik yang ada di setiap stesen.. Cuma cari booth kecil yang ada tulis Jetonmatik, kat sini lah anda perlu beli jeton untuk naik train tu..

 

Ada dua jetonmatik di setiap stesen

 

Map pun ada supaya anda boleh tengok ke mana anda harus pegi & train mana yang harus anda naik – satu ke Kabatas, satu ke Zeytinburnu

 

 

Menariknya train di Istanbul, ia berkongsi jalan yang sama dengan kereta & motor.. tengok gambar di bawah ni..Biasanya pemandu train akan membunyikan hon bila mereka sudah hampir dengan stesen

 

 

Dua train yang berselisih untuk ke destinasi masing2..

 

Train kat sini pun macam biasalah, packed masa2 prime time macam pagi & petang.. yang menariknya, saya lihat pemuda2 atau orang tua di sini biasanya berzikir @ membaca quran dalam train sementara nak sampai ke destinasi. Awesome kan? tapi segan la nak ambik gambar diorang, takut kena marah pulak.. huhu

 

Penumpang2 yang menantikan ketibaan train..

 

Dengan menaiki train ni, anda boleh ke tempat2 tarikan pelancong, berhenti di stesen Sultanahmet untuk ke Blue Mosque, Topkapi Palace & Grand Bazaar, atau ke Eminonu untuk ke New Mosque & Spice Bazaar… Selain itu anda juga boleh ke Galata Bridge dengan menaiki train ini juga.. Apa2 pun rancang perjalanan anda agar anda tidak membuang masa.. 🙂

 

Bergambar di stesen Sultanahmet – di sini ada Blue Mosque & Topkapi Palace

 

 

Anda juga boleh refer pada online train route ni untuk rancang perjalanan – Online Train Route Istanbul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge