Diari Istanbul 7 – Sirkeci Park Hotel

Assallammualaikum Semua

Ada yang bertanya di mana kami sekeluarga tinggal semasa di Istanbul.. Kami menginap selama lebih kurang seminggu di Sirkeci Park Hotel.

 

Hotel ini adalah hotel klasik Uthmaniyyah dan ia terletak  di tengah-tengah pusat bersejarah di Istanbul.  Sebenarnya banyak hotel2 lain tapi kami pilih Sirkeci sebab feedback yang agak baik dari booking.com – boleh baca tentang Sirkeci Park Hotel kat sini –  http://www.booking.com/hotel/tr/sirkeci-park.en-gb.html?aid=311984;label=ekim-apart-o3LyvLZc65CgaGOKtJlgxwS4861800343;sid=9e6b2797a33da5bb1ac7ae7d2a9693ef;dcid=1;origin=disamb;srhash=1662771837;srpos=2

 

Kami menginap di sini dari 18 – 23 Jun.  Kami memilih hotel ini kerana lokasinya yang strategik.  Ia terletak berhampiran Gulhane, stesen kereta api yang boleh membawa anda ke tempat-tempat bersejarah dan pusat membeli-belah seperti Masjid Biru, Istana Topkapi, Spice Bazaar dan Grand Bazaar. Anda hanya perlu membayar 2TL untuk jeton (tiket) ke mana-mana sahaja kawasan yang diliputi oleh laluan keretapi ..  Namun anda juga boleh memilih untuk berjalan kaki ke tempat2 bersejarah dan tarikan kerana ia agak dekat juga, lebih kurang 10-20 minit perjalanan..

 

 

 

Ni map untuk erboy hotel, tapi sirkeci terletak betul2 sebelah Erboy hotel tu..

 

 

Ini train yang berhampira dengan Sirkeci Park Hotel – di Gulhane Train Station

Kami tiba pada pukul 7.30 pagi pada 18 Jun. Kami disambut dengan baik dan diberikan sarapan percuma yang mengandungi pelbagai beberapa roti, lokums, buah-buahan segar, keju, telur dadar, salad, tapas, bijirin, teh, kopi dan jus. Kami memang berpuas hati dengan sarapan yang diberikan sepanjang kami berada di sini..

 

Pandangan Hadapan Sirkeci Park Hotel


Bilik kami adalah sangat kecil, tetapi bagi kami, dah okay sangat dah.. hehe. Bilik kami tu mengadap jalan raya, jadi ia agak bising pada waktu pagi, tapi masih boleh tahan la.. hehe.. Kat sini mereka provide towel & toiletries, hari2 diorang bagi toiletries baru..

Bagi anda yang mementingkan kebersihan, room service di sini adalah antara yang terbaik.. Tukang kemas bilik ni,  sentiasa tersenyum dan memberikan ucapan selamat bila berjumpa dengan kita..

 

Saya dari balkoni Sirkeci Park Hotel

Satu lagi kelebihan Sirkeci Park Hotel ni ialah, terdapat banyak restoran-restoran yang berdekatan, dan sebuah kedai runcit yang saya suka sangat di hujung jalan..  So senang la nak beli barang2 keperluan macam air minum, snek, sabun dll..

 

Kedai DIA.. hehe.. best kedai ni, boleh beli rempah ratus masakan Turki dan kudap2an serta biskut2 kat sini.. buah2 fresh pun ada..

 

 

Ablah Ayu (makcik dalam bahasa Turki) tengah carik barang.. huhu

 

Antara barang2 di kedai DIA

Saya nak bgtau awal2 ni, kakitangan kat restoran2 berdekatan Sirkeci park Hotel ni, diorang suka cam memaksa kita masuk tau.. harga pun, boleh tahan mahal.. Restoran ni pulak menghidangkan arak & wine.. so saya memang dah banned awal2 la.. kat sini banyak foreigners macam orang putih yang makan.. bagi anda yang pergi dengan budget terhad cam saya, saya syorkan anda jalan hingga ke stesen Eminonu.. dalam 10 minit jer, sana banyak kedai2 makanan kecik2 yang jual makanan tradisional Turki cam kebab, balik ekmek.. semua sedap, harga pun dalam 2-9TL (dalam RM4-18 duit kita).. Makanan diorang ni, semua dimasak depan mata, panas2, so memang sedap & kebersihan kedai, memang A++++.. bersih sangat tau!

 

Jalan berhadapan dengan bilik kami di Sirkeci park Hotel

Kakitangan kat sini pun peramah, senyum je kalau jumpa kita, tapi kebanyakkan mereka tak tau cakap bahasa Inggeris.. Receptionist dia aje yang pandai.. huhu

 

Receptionist

Meninggalkan hotel ini macam terasa macam meninggalkan keluarga, memang rasa sedih sampai saya menangis masa peluk staf dia.. hahaha.. poyo kan? tapi mungkin saya rasa sedih sangat sebab layanan mereka tu baik sangat.. So kalau ada sesiapa yang nak pegi ke Istanbul, boleh la cuba menginap di sini..

 

Staff Sirkeci Park Hotel yang baik2 belaka..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge