Diari Istanbul 4 – Basilica Cistern

Assallammualaikum…

Sewaktu membuat reserach berkenaan Basilica Cistern sebelum melawat Istanbul, saya dapati melalui pembacaan saya bahawa Basilica Cistern ini sentiasa basah, penuh dengan misteri dan sangat unik.. Setelah menjejakkan kaki ke dalam tangki yang indah ini, saya bagaikan dapat merasai kaitan misteri tersebut dan saya seolah-olah boleh melihat air mata 7, OOO hamba yang bekerja keras di bawah tanah untuk pembinaan tangki air gergasi ini.

Basilica Cistern ini adalah sebenarnya sebuah tangki air bawah tanah berukuran kira-kira 138 meter (453 kaki) dengan 64,6 meter (212 kaki) – kira-kira 9800 meter persegi (105,000 kaki persegi) dan mampu menampung 80,000 meter padu (2,800,000 kaki padu) air.

 

Papan tanda di pintu masuk Cistern

Siling tangki air ini disokong oleh 336 tiang-tiang marmar, yang setiap satunya berukuran 9 meter (30 kaki) tinggi, yang disusun dalam 12 barisan, masing2 mempunyai  sebanyak 28 tiang dalam setiap barisan.  Jarak setiap satu tiang ialah 4.9 meter (16 kaki). Setiap tiang mempunyai ukuran gaya Ionik dan gaya Corinthian, kecuali beberapa batang yang mempunyai gaya Doric tanpa ukiran.

 


Salah satu daripada tiang-tiang di sini diukir dengan gambar air mata yang bercucuran. Teks purba menunjukkan bahawa air mata ini adalah simbolik sebagai penghormatan kepada beratus-ratus hamba yang meninggal dunia semasa pembinaan Basilica Cistern.

 


Majoriti daripada tiang-tiang dalam tangki nampaknya telah dikitar semula dari runtuhan bangunan yang lebih lama, mungkin dibawa ke Constantinople daripada pelbagai bahagian empayar itu, bersama-sama dengan orang-orang yang telah digunakan dalam pembinaan Hagia Sophia. Tiang-tiang ini diukir dan pelbagai jenis marmar dan granit.

 

 

 

 

Ada sebanyak lima puluh dua anak tangga batu dari pintu masuk untuk turun ke bawah.. Tangki yang dikelilingi oleh dinding batu api dengan ketebalan 4 meter (13 kaki) dan disalut dengan mortar kalis air.
Air yang memenuhi Basilica Cistern pada satu masa dahulu datang dari Pusat Pengagihan Air Erikap di Hutan Belgrade, yang terletak 19 kilometer (12 batu) di utara bandar. Ia mengembara melalui 971 meter Valen Aqueduct, dan 115,45 meter Malova Aqueduct, yang dibina oleh Maharaja Justinian.

Tangki air ini mempunyai kapasiti untuk menyimpan 100,000 tan air, namun ianya kosong pada hari ini, dengan hanya beberapa kaki air yang melapisi bahagian bawah.

Jika anda berjalan ke belakang Basilica Cistern ini, dan anda akan mendapati satu kepala Medusa yang terbalik menyokong salah satu daripada tiang-tiang. Banyak soalan dan perbincangan timbul mengenai mengapa kepala medusa tersebut diletakkan terbalik, namun alasan yang terbaik adalah bahawa orang-orang yang meletakkan batu tersebut percaya bahawa jika kepala itu dalam pisisi terbalik, ia akan menangkis roh-roh jahat.

 

Tidak jauh dari kepala Medusa terbalik tersebut, ada satu lagi kepala Medusa, namun yang ini diletakkan dalam posisi sisi. Saya difahamkan, mungkin pembina merasakan bahawa untuk meletakkan dua kepala dalam orientasi yang sama akan memberi kekuatan kepada kuasa-kuasa jahat yang tinggal dalam kepala ular Medusa.  Mungkin juga, sejak kedua-dua kepala ini berada di dalam air, kuasa-kuasa jahat lain juga seakan tidak berkuasa dan turt tenggelam di dalam air tersebut.. Entahlah, itu Cuma teori dan penempatan kepala Medusa tersebut masih tinggal misteri..

 

Di dalam air tersebut, jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang dan sesekali berkumpul di tepi jambatan, bagaikan ingin menyambut kedatangan kami sebagai pengunjung.. Saya terfikir, apa agaknya yang ingin mereka ceritakan pada kami andainya ikan-ikan ini boleh berbicara.. Pastinya mereka menyimpan seribu satu rahsia mengenai tangki air ini.. Sejarah menyatakan bahawa ikan-ikan ini memang sengaja dipelihara dalam tangki ini, kerana seandainya tangki ini diracun, pastinya semua ikan-ikan itu akan mati dan manusia-manusia yang menggunakan air dari tangki ini akan terselamat..

 

 

Pada saya, ini salah satu binaan yang sangat wajib dilawati.. Ia lain dari yang lain, ia unik dan tersendiri.. So kalau pegi ke Istanbul, jangan lupa melawat Basilica Cistern ye.. Ia terletak di Sultanahmet, berhadapan dengan Hagia Sophia.. Bayaran masuk sebanyak 10TL dikenakan kepada pengunjung, namun ia sangat berbaloi!

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge