Assallammualaikum..
Lawatan anda ke Istanbul tidak lengkap sekiranya tidak melawat Sultanahmet Camii atau lebih masyhur dengan nama Blue Mosque. Blue Mosque ini mendapat nama sempena dinding marmar yang menghiasi bahagian interior masjid yang gah dan terkenal ini.. Masjid ini dibina antara tahun 1609 hingga 1616 oleh Sultan Ahmed 1 (sumber wikepedia).
Masjid ini berhadapan dengan Hagia Sophia. Rekabentuknya telah dibuat oleh arkitek dirajanya Sedefhar Mehmet A?a, yang merupakan seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan. Kerja pembinaanBlue Mosque ini telah dijelaskan secara terperinci dalam 8 naskah buku, dan buku2 tersebut dipamerkan di perpustakaan Topkapi Palace.
Bagi saya sebagai pelancong, interior Blue Mosque ini dapat juga dilihat di masjid2 lain seperti di Yenii Camii & Tomb and Sarcophagus Of Sultan Murad III. Namun rekaan dan hiasan dalamannya memang mengagumkan.. Sangat indah, dan terasa sangat damai di dalam Blue Mosque ini walaupun ramai pelancong..Tempat mengambik wuduk terletak di hadapan masjid..
Selain itu, perkarangannya dipenuhi pepohon rendang & bunga2 yang berwarna warni dan cantik.. Di bahagian belakang Blue Mosque ni, ada satu taman larangan.. dalam tu ada bunga2 ros yang sedang kembang mekar dan sangat cantik.. dari luar pun saya dah dapat merasa ketenangan di dalam taman tu.. Angin sangat kuat & nyaman di sini, sebab dekat dengan laut..
Owh, tiada yuran masuk dikenakan, ie. PERCUMA! Sebagai pelancong Islam, kita dibenarkan bersolat tetapi pelancong bukan Islam dihadkan kepada tempat2 tertentu sahaja.. Di belakang Blue Mosque ni, ada Arasta Bazaar yang menjual cenderamata dari seramik & marmar.. Harganya jauh lebih murah dari Grand Bazaar & ada beberapa kedai sahaja.. Seperti biasa, penjual akan menghidangkan anda dengan teh epal yang sedap.. hehe.. Kat sini pun kena tawar menawar serendah yang mungkin ye…
Di hadapan Blue Mosque ni, ada taman & juga air pancut (fountain).. Masa kami pergi tu musim panas, so ramaiiii sangat orang melepak kat taman tu.. Pastu ada jugak aktiviti jual beli barang2 seperti makanan, tudung, buku & poskad.. Tapi diorang semua ni tak ada lesen, bila polis @ majlis daerah datang, kelam kabut diorang lari.. Pengemis pun ada jugak, masa mintak sedekah tu, nampak lemah jer, tapi bila pihak berkuasa datang, dia yang lari paling laju.. heheheh..nanti saya tunjukkan gambar di bawah..
Di hadapan Blue Mosque ni, banyak kedai2 menjual tudung, sejadah, tasbih, pinggan seramik dan bermacam lagi cenderahati seperti fridge magnet dan keychain..
Harganya ok, medium.. hehe.. macam biasa, kena tawar menawar gak.. tapi barang2 cam tasbih & tudung, murah kat sini berbanding Grand Bazaar @ Spice Bazaar..
Interior yangs ama boleh dilihat di Yenii Camii dan Tomb of Sultan Murad III.. cuba anda lihat gambar di bawah..

Bentuk jalur merah putih ini juga boleh dilihat di masjid2 lain..
Seakan2 trademark untk masjid2 di Istanbul..
Di sebelah kiri Blue Mosque, ada Carpet Museum.. Sayangnya ia ditutup masa kami ke sana 🙁 What a waste..
Terowong pendek ini ada di belah kanan Blue Mosque.. Ia akan membawa anda ke Forbidden Garden dan Arasta Bazaar di belah kiri anda..

Kami ada membeli pinggan seramik yang tertulis kalimah Allah & Muhammad di sini.
Semua barang di sini handmade katanya.. Wallahualam..
Tapi penjualnya ramah & barang2 kaca tu dibalut dengan kemas & rapi, boleh hand carry ke atas kapal..
Di hadapan Blue Mosque ni, ada juga peniaga2 makanan & barang2 lain.. Tapi seperti yang saya kata tadi, mereka ni tak ada lesen.. So bertempiaran la bila pihak berkuasa datang.. hehe
Nampak tak tong gas tu disangkut kat kereta tolak?? Tu semua trick utk senang melarikan diri bila pihak berkuasa datang.. hehe
Diorang ni pun lari laju cam superman masa pihak berkuasa menyerbu! Kesian betul..
Ha ni penjual lempeng & tembikai tadi tu, laju woo depa lariii! hehe
Pingback: Hagia Sophia @ Ayasofya Istanbul, Turki | AyuFatarina.com