Diari Istanbul 17 – Topkapi Palace & Harem

Assallamualaikum …

Masa saya buat research sebelum datang Istanbul, semua pelancong kata Topkapi Palace & Harem ialah satu tempat yang WAJIB dilawati di Istanbul.. so saya pun letak la Topkapi Palace sebagai tempat pertama dalam list..

Topkapi Palace ini ditutup setiap hari Selasa.. Harga tiket ialah TL20 untuk melawat palace sahaja, dan tambahan TL15 untuk melawat Harem, iaitu tempat di mana pakaian & barang2 kemas Sultan dipamerkan. . Yang menyedihkan, tak boleh ambil gambar di dalam Harem, dan stroller utk baby pun tak boleh dibawa masuk.. So saya dan suami masuk berasingan sebab tak ada orang nak jaga stroller Iemrand.. huhu.. Selain itu, masa kami pegi, ada major renovation sedang dijalankan, so memang rugi la sebab banyak benda tak dapat tengok.. uhuk.. tak ada rezeki.. Selain Harem, pelacong juga DILARANG mengambil gambar2 dalam Treasury & tempat2 lawatan lain.. Pelancong cuma boleh mengambil gambar kat taman2, bahagian hadapan pintu masuk ke tempat2 tu, dan di dalam Imperial Council..

Waktu kami sampai, ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang beratur untuk beli tiket.. mujur kami dah beli Museum Pass so going in was a breeze, tak payah beratur 🙂

Jalan menuju ke Topkapi Palace

 

Topkapi Palace ni memang besar.. ye la, nama pun Palace kan.. hehe.. Saya tak nak citer banyak pasal Topkapi Palace ni sebab banyak dah web pasal sejarahnya, saya tempek sikit jer la sejarah yang saya cut & paste dari Wikepedia ye –

 

“Construction began in 1459, ordered by Sultan Mehmed II, the conqueror of Byzantine Constantinople. The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people,[2] and covered a large area with a long shoreline. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint.[2] The name translates as “Cannon gate Palace” from a nearby gate which has since been destroyed.”

 

Gambar Sultan Mehmed II
Gambar dari Google

 

Topkapi Palace ni sentiasa penuh dengan orang, so bersedialah untuk berasak2, berhimpit2, bertolak2 dan yang sewaktu dengannya.. Secara jujurnya, saya rasa kecewa melawat tempat ni, sebab macam tak teratur, dapat tengok barang2 pameran tu sekali imbas jer sebab orang ramai sangat.. huuhuhuh.. tapi kalau anda bersedia masuk tempat yang sama 5-6kali, mungkin anda semua puas la tengok semua barang2 tu.. saya tak sanggup nak menempuh orang ramai2 tu..

Review dari saya dalam Tripadvisor

 

Kat sini pun ada tempat2 makanan & kedai cenderamata.. Tapi saya tak masuk pun.. Nampak tak air yang ada kat luar tu, harga dia TL8 = RM16.00 huhuhu.. Rasa cam slurpee kat 7-11 je.. Tapi beli gak sebab anak saya dah merengek2 nak air merah.. haha

Kafe di Topkapi Palace

 

Ha, nampak air kat warna merah tu – RM16.00 ye adik2.. haha

 

Budak comot dengan air mahal.. haha

 

Gambar pun tak banyak, so apa yang ada jer la saya paparkan kat sini ye 🙂

The Gate of Salutation

 

 

The Tower Of Justice

The Tower of Justice Ini adalah bangunan paling tinggi di Topkapi Palace. Tempat ini dikatakan sebagai simbol bahawa Sultan bencikan ketidakadilan. Ia juga sebagai tanda bahawa Sultan akan memastikan keadilan diberikan kepada semua rakyatnya.. Bangunan ini boleh dilihat dari jauh.. Ia juga dijadikan sebagai tempat Sultan melihat & menikmati pemandangan..

 

Papan tanda di pintu masuk Harem

 

 

Bahagian dalam Harem
Gambar dari Google

 

Gambar dari Google

 

 

 

 

 

The Gate of Felicity
kat sini boleh ambil gambar ye..

 

Dipetik dari Wikepedia –

The Gate of Felicity (Bâbüssaâde or Bab-üs Saadet) is the entrance into the Inner Court (Enderûn), also known as the Third Courtyard, marking the border to the Outer Court or Birûn. The Third Courtyard comprises the private and residential areas of the palace. The gate has a dome supported by lean marble pillars. It represents the presence of the Sultan in the palace.[52] No one could pass this gate without the authority of the Sultan. Even the Grand Vizier was only granted authorisation on specified days and under specified conditions.

Bahagian bumbung Gate of Felicity

 

 

 

 

 

 

Tenunan dari EMAS, pure gold ok!

 

 

 

Tempat Menetapkan Arah Kiblat..

 

Pemandangan dari Topkapi Palace.. Tenang & damai
Angin pun sejuk sangat dari atas ni..

 

 

Kalau tak silap saya, ini adalah tinggalan kubu batu di sekitar
kawasan Istanbul..

 

 

 

Ada sebuah taman kat belakang Topkapi Palace ni
Boleh golek2 ambik angin laut.. Nyaman bah!

Untuk keterangan lanjut, anda boleh baca di sini – http://en.wikipedia.org/wiki/Topkap%C4%B1_Palace

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

sejarah topkapi palace

One thought on “Diari Istanbul 17 – Topkapi Palace & Harem

  1. Pingback: Diari Istanbul 23 - Sultanahmet Camii @ Blue Mosque | AyuFatarina.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge