Diari Istanbul 13 – Budget, Tips2 dan Panduan Merancang Perjalanan di Istanbul

Assallammualaikum

Posting kali ni dibuat khas untuk Kak Sofeah 🙂

Kali ini saya akan menyentuh tentang tips, perancangan lawatan & budget semasa berada di sana. Cerita kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan suami selama 6 hari di Istanbul. Lokasi kami adalah sekitar Sultanahmet & Eminonu sahaja, sebab di sini terletaknya Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Galata Bridge.

Kami pergi on a very tight budget.  Kami peruntukan RM5,000 termasuk penginapan & makanan sepanjang berada di sana.. Harga tiket tidak termasuk dalam budget ini yaaa…

Update as at 11 Januari 2013 – ini adalah harga tiket ke Istanbul dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

 

Percutian kami bermula dari 18hb June sehingga 23 June, 2012, dalam musim panas (summer).

Berikut adalah checklist (secara umum)  yang perlu anda selesaikan sebelum terbang ke sana.  Saya pergi dengan suami dan anak berusia 2 tahun 1 bulan ketika itu:-

 

1)       Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review dari para pelancong.. Jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web, sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.

 

  1. anda perlu memastikan lokasi yang ingin anda lawati di Istabul.  Macam kami, kami fokuskan untuk melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet.  Jadi, kami pilih Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet.  Hotel ni ada sarapan sekali, so anda tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
  2. Kalau anda memilih untuk menginap di apartment, pastikan ada kitchen untuk masak.  Barang2 basah kat istanbul pun murah & freshhhhhhhhhh! bukan macam kat giant, ayam dah hijau pun dia jual lagik.. huhu..
  3. jika anda ada membawa anak kecil seperti kami, memilih hotel yang berdekatan dengan train station juga adalah satu langkah yang bijak, kerana perjalanan lebih pantas untuk ke destinasi-destinati tumpuan.
  4. Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana

 

 

2)      Pastikan juga anda menempah teksi untuk ke hotel.  Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika anda jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..

3)      Pakaian yang sesuai – walaupun kami pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.

4)      Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!

5)      Bagi anda yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata

6)      Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah..

7)      Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan..

8)       Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha

9)      This may sound funny, tapi bagi anda yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya 😉

10)      Tukar matawang EURO di Malaysia.  Apabila tiba di Istanbul, and boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! Anda akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing.

 

Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.

Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai anda tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT! Kami pergi setelah membuat research & mendapatkan info dari kawan2 yang pernah ke sana..

Macam kami, kami buat research 3 bulan sebelum ke Istanbul.  Sumbernya dari Tripadvisor, Goturkey.com, timeout.com & ada 90% dari blog2 orang Malaysia yang pernah pergi ke Istanbul serta darisahabat handai yang pernah ke istanbul.. Anda boleh cuba type keyword melawat Istanbul, Insya-Allah banyak blog akan keluar mengenai lawatan ke sana..

Ok, selesai membuat research, pastikan anda PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk anda rujuk apabila di sana nanti.. Di sini mungkin anda tak nampak kepentingannya, tapi bila anda di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan anda.. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research anda.. Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget anda dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan anda potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh

Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00.  Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, anda boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau anda nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!!  Dengan pas ini juga, anda sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..

 

inilah museum pass tu..

 

Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..

Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/

Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-

1)       Topkapi Palace & Harem

2)       Hagia Sophia

3)       Istanbul Archeological Muzeum

4)       Chora Museum,

5)       The Museum of Turkish and Islamic Arts dan

6)       Istanbul Mosaic Museum.

Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.

 

MAKANAN

Owh, jangan bimbang langsung pasal makanan! Di sini sangat2 la mudah cari makanan halal & murah! Gerai2 pun bersihhhhhhhhh sangat, seekor semut @ lalat pun saya tak jumpa semasa di sana.. hehe.. Cumanya, macam saya kata tadi, sila bawak cili sos kalau nak pedas, sebab diorang memang tak ada cili sos ye.. harap maklum.. Masa kami pergi tu, memang tak bawak magee @ makanan segera lain dari Malaysia sebab kawan2 dah kata kat sana makanan sedap2 dan senang carik.. Roti kat sana pun murah, 1TL jer, besar lak tu, makan sampai lebam! Hahahah..

 

Kebab ikan, kebab daging & kebab ayam merata2 kat sini, so cuba la semuanya ye.. sedappppppppppppp sebab panas2!  Owh, satu lagi,  di Istanbul, mereka tidak masak air terus dari pili, tapi mereka beli air mineral.. Air mineral kat sana, murah aje.. Yang besar tu dalam RM4.00.. boleh tahan sehari dua.. tapi kalau anda tinggal di apartment, mungkin bolehla masak air dari pili… kitaorang bedal air mineral jer hari2.. hehe.. Satu lagik, jangan pelik kalau peniaga makanan bagi and sebakul roti yang telah dipotong2, tu memang kira cam compliment kalau anda makan di kedai mereka, semua kedai camtu, roti tu sume free of charge!

 

Balik Ekmek @ Kebab Ikan, Superbbbbbbbb!

 

Balik Ekmek dalam Roti

 

Kalau anda ada budget lebih, boleh la cuba makan di restoran2 besar tapi hati2 dengan scam restoran sebab kadang2 mereka hantar menu yang tidak diorder dan charge lebih2.. sejujurnya, saya dan suami Cuma makan di gerai2 & kedai2 kecil aje di sana – authentic Turkish kebab, lamahcun & pide membuatkan kami cukup kenyang sepanjang 6 hari.. harga dari 1TL ke 15TL.. kalau musim panas, buah-buah cam ceri, apricot, mubleri, strawbery, sume murah2.. hadoi, memang puas makan la, sebab buah2 ni memang disediakan masa sarapan.. hehe.. Jem diorang pun sedap sangat, manis buah, bukan manis gula.. pendek kata makanan sume superb la kat sana! hehe

 

PENGANGKUTAN

Kami berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke semuaaaaaaaa destinasi.. best! Kami tak naik teksi langsung untuk ke tempat2 pelancongan, so tak tau berapa harga tambang teksi ye..

 

MEMBELI BELAH

Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit, tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak.. barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagik, harga barang kat sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung, murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice Bazaar..

Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..

 

 

SCAM

Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat.. pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800! Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO THANK YOU!!  Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality & the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu.. hehe

TANDAS

Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah satu botol kosong untuk bersuci yer..

 

SOLAT

Masjid ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..

 

Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini.. .. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi anda yang ada tight budget cam kami)

kalau Kak Sofeah @ yang lain ada soalan, boleh komen kat bawah ye. Terima kasih!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

matawang istanbul,lawatan ke istanbul,tips melancong ke istanbul,pengalaman bercuti di istanbul,pengalaman melancong ke turki,melancong ke istanbul,shopping di istanbul,pengalaman melawat istanbul,harga makanan di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman melancong ke istanbul,ayu fatarina istanbul,bercuti ke istanbul,percutian bajet ke istanbul,tempat menarik di istanbul,shopping di turki,tips ke istanbul,tips melancong ke turki,mata wang istanbul,harga barang di istanbul,percutian di istanbul,perbelanjaan ketika bercuti di istanbul,tips bercuti di istanbul,budget ke istanbul,pengalaman bercuti ke istanbul,bajet percutian ke istanbul,ayufatarina istanbul,pengalaman ke istanbul,pengalaman bercuti di turki,penginapan murah di istanbul

153 thoughts on “Diari Istanbul 13 – Budget, Tips2 dan Panduan Merancang Perjalanan di Istanbul

  1. Syaiful

    Saya cadang utk beli ‘Turkish delight’ utk staf. Alternatif lain beli ‘key chain’. Staff ada 40 org. Boleh komen sbb tak tahu harga d sana.
    Dpt beli di Grand Bazaar?

  2. Athirah

    Assalamualaikum.. cerita pasal turki nie best. 🙂 nak tnya, mata wang turki ble convert ke msia bape ye? rm2.15 = 1 TL ke?

  3. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Farah,
    Kalau backpackers, Insya-Allah cukup RM2k tu, sebab makanan & souvenir di sana murah2, public transport pun murah 🙂
    pass tu memang applicable pada tempat2 yang saya bgtau dalam post, tapi sebelum pergi nanti check semula kat web museum pass tu, manalah tau ada pertukaran kan 🙂

  4. farah

    salam ayu.

    tq kerana share itinerary ni. sgt2 berguna. sy bakal ke sana bln nov ni. sy backpackers & travel alone ke sana. rasa2nya rm2k cukup tk utk sy sorg selama 6hari disana? hehe.. dan pass card tu mmg boleh masuk tmpat yg puan senaraikan tu eh?

  5. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Puan Siti Maryani.. Merhaba! Ha, memang best kan pegi Istanbul, saya dulu rasa tak nak balik dah.. hehe.. Alhamdulillah, syukur kerana tips saya banyak membantu.. Insya-Allah akan saya update lagi tentang Amsterdam.. U too, have a great weekend!

  6. Siti Maryani

    Assalam Puan Ayu,

    Just came back from Turkey.. Bestnya! Anyway just wanna thank you for your tips especially (cili sos) tak cukup stok bawak sikit sgt! My children kalau mkn suka pedas… Pls post more info about your Amsterdam trip. InsyAllah kalau ada rezeki teringin nak pergi.. Hv a great day!

  7. siti

    saya dn keluarga akn ke sana d bln dis ni tlg bgtau pkaian apa yg perlu kami bwa. nk cuba musim sejuk.

  8. Mahfuzah

    Wahhh…really, really berguna la tips ni. Cari punya cari berapa RM nak kena budget nak gi istanbul ni. Mmg membantu sy n kawan sy la… kitorg nak gi tahun ni. Tapi takut gak mahal sangat. Yelah, dgr euro je mmg takut. So mcm ni kalau rm4k to rm5k untuk 6@5 hari mmg enough la kan utk 2 org… tak sabar nya! !!! Terima kasih bebanyak utk tips ni!!!

  9. Ayu Post author

    Terima kasih Puan Azizah..

    Ok, mengenai pertukaran wang tu, contoh seperti berikut:-

    RM1,000 tukar kepada Euro = 224Euro (ikut kadar as at to date)
    224 Euro tu, tukar kepada Turkish Lira = 663 Turkish Lira.

    Puan boleh tengok contoh pertukaran tu di sini – http://ayufatarina.com/rm-to-euro-to-turkish-lira

    Harap penjelasan ini membantu ye.. Jzkh..

  10. Azizah

    Byk maklumat sy dapt dr penulisan awk. Nak tanya tukaran wang kita kepada euro dan seterusnya ke wang turki nak kira macam mana? Boleh bagi satu contoh. TQ

  11. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Nurul,

    Budget tu, kena tengok berapa lama Nurul di Istanbul & souvenir apa yang nak dibeli..
    Kalau setakat makan street food & membeli belah di Grand Bazaar + Spice Bazaar, lebih dari mencukupi 🙂
    Range harga makanan di sana (street food ye) dari 4 Turkish Lira – 20 Turkish Lira sahaja..

  12. Ayu Post author

    Waalaikumsalam
    1) Saya dulu pinjam dari hotel saja.. mungkin awak boleh email hotel & bertanya mengenai perkara ini, jika tiada boleh beli siap2 dari sini 🙂
    2) Ye betul, tukar dulu Euro di sini, sampai di sana boleh tukar Turkish Lira. Tukar sedikit saja di airpoert, bila dah sampai di kawasan hotel, boleh tukar banyak2 sebab di di airport, tax untuk tukar Euro ke Lira sangat mahal…

    Selamat melawat ke Istanbul 🙂

  13. Nurul Inayah Khairul Hasan

    Assalam sis..sgt informatif tulisan sis..inshaAllah saya akan ke istanbul hujung bulan januari 2014..just nak tanya kalau kite set bajet dlm 2k utk mkn and souvenir cukup ke?

  14. hambaNya

    Assalamualaikum
    Puan,
    Minta tanya, berkaitan charger…
    Malaysia triple pin,
    As u mention sana 2 pin, so perlu bawa or can pinjam hotel?
    Pastu duit tukar EURO dulu di Malaysia then, tukar duit Turkey di sana yer?
    Thanks

  15. fizi

    Salam terima kasih dengan maklumat yg padat dan bermanfaat. saya akan ke istansul pada 4 dis ni… di fahamkan winter berapa suhu masa tu dan baju yg sesuai. saya beli jaket kulit dan dalamnya baldu.sarung tangan perlu ada ke….saya dimaklumkan bahawa suhunya 10 cel…..

  16. Ayu Post author

    Wsalam Puan,
    sesuai atau tidak bergantung pada aktiviti & perancangan Puan.. Bulan Januari masih penghujung winter, so masih sejuk & siangnya lebih pendek.. Jadi pergerakan agak terhad & perlu perancangan yanteliti agar tidak terlepas menikmati tempat2 yang menarik di sana..

  17. Ayu Post author

    Saya rasa lebih baik ambil penerbangan terus ke Istanbul, kalau transit ni agak meletihkan & membuang masa, kecuali Puan memang sengaja nak transit agar dapat melihat airport di transit tu.. ada kawan2 saya yang sengaja buat camtu.. hehe

  18. Siti Maryani

    Apa pandangan Cik Ayu kalau saya membuat tempahan tiket yang ada transit. Atau direct flight lebih baik tanpa risiko flight delay sebagainya coz tak pernah ambik flight jenis transit.

  19. Siti Maryani

    Asalam.

    Saya bercadang ke Istanbul pada 30th Jan hingga 8 Februari. Kami anak beranak berlima. Nak mintak sedikit pendapat sesuai tak melancong pada tarikh yg saya nyatakan. Tq

  20. Ayu Post author

    Syimah, di Malaysia tak ada Turkish Lira, kena tukar Euro dulu, sampai di Airport, tukar sedikit Euro ke Lira utk bayar teksi @ naik train.. Kalau tukar Lira di Airport ada tax ye.. so tukar dalam 50Euro ok la..

    Pastu dah sampai ke destinasi, baru tukar semua Euro ke Lira di sana.. Selamat bercuti ke Istanbul!

  21. syimah

    assalamualaikum, jika kita tukar wang dalam bentuk lira di malaysia adakah kita akan rugi, ataupun tukar wang dalam euro dimalaysia baru tukar ke lira disana. yang mana lebih baik. saya akan ke turki pada 20ogos ini. terima kasih.

  22. Ayu Post author

    Salam Efa,

    dah cukup sangat duit tu, banyak cenderamata yang murah2 tapi cantik boleh beli di Istanbul.. pada saya yang penting dapat berjalan2 & tengok negara orang 🙂

    kirim salam orang2 di Istanbul nanti yek! hik2

  23. efa

    Best btl tgk travel awak ni…saya, suami & anak2 (1,4,5,6 thn) mmg dah rancang nak pergi thn lepas tp di sbbkan sy pregnant so tundala.thn ni mmg nak gi sgt.maybe 27 nov kalo urusan tiket ok.kami budget pun x besar…rm3000 je.lbh kurang 1000usdla.sbb masa kitaorg g dubai thn 2011 sy bwk 1000usd, sy bw blk 500usd.jimat giler la.tp ms tu sy duk apartment…so bole msk.tq atas perkongsian info ni…he. ISTANBUL AKU AKAN DATANG!

  24. Ayu Post author

    Waalaikumsalam.. Sesuai @ tidak bergantung kepada firdaus sendiri.. bulan November dah masuk musim sejuk so kalau suka musim sejuk, memang ia waktu yang paling sesuai 🙂

  25. firdaus

    salam. saya nak tanya sesuai tak pergi ke turkey bulan november? masih dalam perancangan

  26. Ayu Post author

    Sama2.. Semoga Kamilah dimurahkan rezeki untuk melawat Istanbul.. Amin 🙂

  27. Ayu Post author

    Waalaikumsalam En Yaye,
    saya tak pasti berapa budget yang boleh dianggap comfortable sebab budget & keperluan kita berbeza.. kalau nak shopping sakan, maybe RM6k utk sekeluarga tu boleh dianggap comfortable.. kalau nak jalan2 nak menikmati keindahan Istanbul, tak perlu la sebanyak tu.. kalau nak tinggal sekeluarga, lebih baik sewa apartment.. apartment pun banyak pilihan yang reasonable di sana..

  28. yaye

    Assalamualaikum…
    Nak tanya….saya plan nak pergi satu family…me, my wife and 4 kids…dalam awal december….Apart from flight ticket….how much is the budget you can consider as comfortable….utk satu keluarga…Mereka benarkan duduk satu bilik utk semua tak?

  29. Ayu Post author

    Maaf lambat reply mints, saya dah berangkat ke Amsterdam masa mints bagi soalan ni.. better tukar ke euro dari malaysia, dan kat sana nanti baru tukar ke lira..

  30. mints

    Salam , ayu better kita tukar USD ke euro dr malaysia ni…atau ade tukar lira terus ke?minta advice skit 🙂

  31. Ayu Post author

    selamat melawat Isyanbul ye dear.. kat bazar biasanya peniaga akan letak harga paling tinggi, so macam saya, saya letak harga 40-50% lebih rendah dari harga yang dia bagi.. kalau dia tak setuju, jalan aje, tak payah pedulikan dia.. kalau dia betul2 ikhlas, dia akan panggil balik & setuju dengan harga kita.. tapi pastikan awak betul2 nak beli barang tu, jangan tawar menawar, pastu tinggalkan kedai tu macam tu je, nanti peniaga marah.. 🙂

  32. mints

    t.kasih ayu, saya akan berangkat ahad ini ..ayu mcm mana tawar menawar di bazar ya? penjual sana ok ke..

  33. Ayu Post author

    banyak benda boleh buat dalam masa 3 hari tu 🙂
    jangan lupa naik bosphorus cruise, saya terlepas peluang tu..

    musim bunga masih sejuk, lebih sejuk dari aircond..
    pada waktu malam, cuaca akan jadi lebih dingin so make sure bawa baju yang agak tebal + stokin ye..

    selamat berangkat ke Istanbul ye mints.. have fun!!!

  34. mints

    ayu saya pergi atas tujuan kerja (Congress) , tapi maybe dalam 3 hari yg lain no activity – mungkin jalan2 cari makan..jadi hotel dsementara waktu ni istanbulroyalhotel..tapi agak jauh dengan Halic Congress Centre (mungkin akan minta dapatkan yang lebih dekat) …musim bunga agak2 sejuk aircondkan..

  35. Ayu Post author

    Waalaikumsalam Mints
    kalau camtu, saya cadangkan sewa aprtment, jadik boleh masak nasik + lauk pauk
    sana memang ada nasi, tapi takder la lauk pauk macam di malaysia ni.. takut tak sesuai dengan tekak anak2 la.. hehe

    baju2 di sana bermusim, macam skrg musim bunga, so baju2 ynag dijual bersesuaian dengan musim bunga.. harga memang lebih murah dari di sini.. tapi perlu rajin pusing2 di grand bazaar @ kedai2 sebab harga berbeza2.. mints cadang nak tinggal di kawasan mana ye di istanbul nanti?

  36. sarah

    Terima kasih banyak2 atas tip2 yang diberikan. semoga Allah membalas kebaikan saudari,Amin.

  37. mints

    salam ayu, saya pergi bawa anak saya 2 tahun dan 9 bulan pertengahan Mei ini.anak saya kuat makan nasi putih.mau saya bawa periuk nasi..keperluan baju anak2sy ingat nak bawa sikit je..beli kat sana murah x..mcm baju sejuk ke..

  38. Ayu Post author

    Sama2 Ruby..

    Saya syorkan Ruby print list hotel2 yang menjual pass tu, jadi kalau ternampak mana2 hotel yang berdekatan, boleh terus beli 🙂

    Dari Sirkeci ke Eminonu tu boleh jalan kaki aje sebenarnya, tak jauh pun…

    Selamat bercuti ke Istanbul ye, have fun!!

  39. Ruby

    Thanx a lot Ayu. Inshaallah, saya cuba yg mana paling senang samada ke Erboy Hotel atau ke Topkapi @ Hagia Sophia Museum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge